Kelas Al-Quran Bandar Seri Astana, Sungai Petani

Kelas Al-Quran Bandar Seri Astana, Sungai Petani

Share

Kelas Alquran Seri Astana Sungai Petani

08/01/2025

Dengar Quran Sahaja Dapat Rahmat
=========
1. Begitu mulia kedudukan al-Quran di sisi orang beriman sehingga diam mendengarkannya sahaja sudah berupaya menjadikan kita beroleh rahmat dari Allah. Firman Allah:

وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan bertadabur), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)

2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Sa’di menjelaskan bahawa mereka yang mendengar al-Quran iaitu dengan menghadirkan hati mereka sambil bertadabur dengan isi kandung al-Quran itu, maka dia akan beroleh rahmat. Kata al-Sa’di:

فإنه ينال خيرا كثيرا وعلما غزيرا، وإيمانا مستمرا متجددا، وهدى متزايدا، وبصيرة في دينه، ولهذا رتب اللّه حصول الرحمة

“Sesungguhnya dengan (mendengar dan bertadabur) seseorang itu akan mengalir padanya kebaikan yang banyak, ilmu yang lebat, iman yang berterusan, hidayah turut bertambah dan bimbingan dalam perkara agama. Atas dasar itu Allah meletakkan (mendengar al-Quran ini) sebagai sesuatu yang berupaya menyebabkan seseorang beroleh rahmat.

3. Bayangkan andai orang yang mendengar dan menghayati al-Quran sahaja sudah beroleh rahmat, apatah lagi orang yang membacanya, menghayatinya dan menghabiskan bacaan al-Quran dalam bulan Ramadan nanti.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

06/01/2025

Kelas Pengajian Al Quran Seri Astana, Sungai Petani

Assalamualaikum...
Makluman kpd semua.

Pendaftaran Pengajian Kelas Dewasa Sesi Februari 2025

1. Kelas Asas

2. Kelas Tajwid

Ciri-ciri

👍Penekanan pada sebutan huruf yg tepat

👍Membentuk cara bacaan tartil dan mengurangkan kesalahan bacaan

👍Pengenalan kepada asas tajwid yang mudah di fahami

👍Diberikan tips2 utk mudah mempelajarinya.

👍Insya Allah bacaan Asas dan Tajwid AlQuran dapat dikuasai dalam tempoh yg singkat.

Sekiranya tuan/puan berminat dan utk maklumat lanjut sila tekan link dibawah utk wassap Ustaz

WWW.WASAP.MY/60174628072
WWW.WASAP.MY/60174628072
WWW.WASAP.MY/60174628072

Kelas Al-Quran Bandar Seri Astana, Sungai Petani Kelas Alquran Seri Astana Sungai Petani

Want your school to be the top-listed School/college in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Astana 7 Bandar Seri Astana
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 20:00 - 22:30
Tuesday 20:00 - 22:30