Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Game Changer. Kami nak buat survey berkaitan dengan first KLINIK FUTSAL kami. Kalau kami buat pada 30/11 nii ada tak yang nak join??
Game Changer Futsal Academy
Page ini dibuka untuk memperkenalkan Prodigy Futsal Academy kepada masyarakat dimana akademi ini bertapak di Sungai Petani Kedah.
Futsal Academy in Sungai Petani Kedah
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera warga GAME CHANGER !!
Attention semua !!! Kami akan mengadakan KLINIK FUTSAL pada masa yang terdekat. TERBUKA kepada umur 13 - keatas sahaja. Slot adalah limited. Kami akan update esok lebih detail berkaitan dengan KLINIK FUTSAL. Stay alert semua !!!
11/11/2017
https://www.youtube.com/watch?v=r4TF8rBfGWc
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Game Changer !! Harini saya nak kongsi sebuah video yang boleh membantu anda untuk tingkatkan kemahiran anda ketika SHOOTING. Anda boleh tengok video in dan pratikkan !!! Selamat mencuba.
How to Shoot With Power | Training How to shoot with power in soccer or football! Improve shot power in football Music: Giraffe Squad - Wait For Me [NCS Release] https://www.youtube.com/watch?...
07/11/2017
https://www.youtube.com/watch?v=JsVAQ8cWT3E
Assalamualaikum and Good evening dari Game Changer !!
Petang nii nak share drill futsal yang boleh anda pratikkan ketika masa lapang. Selamat pratikkan !!
06/11/2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera dari kami GAME CHANGER !!!
Malam nii just nak share tentang SENJATA setiap pemain futsal yang wajib ada iaitu KASUT FUTSAL.
Kenapa sesetengah orang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli kasut futsal yang harganya agak mahal?? Apakah perbezaan antara kasut mahal dan kasut murah?? Apa faedah yang akan dapat jika kita perolehinya??
Ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sendiri. Yaaa, memang ada perbezaan. Tetapi anda harus ingat bahawa MEMPEROLEHI KASUT FUTSAL YANG MAHAL TIDAK AKAN MEMBUATKAN ANDA MENJADI SEORANG PLAYER HEBAT. Maksudnya jika anda beli kasut jenama athela o' rei, anda akan terus main seperti FALCAO. Ini dongeng namanya. Apa kebaikan yang kita sebagai player dapat bila beli kasut yang harganya agak mahal.
1. Comfort - Quality material upper yang selesa kerana upper diperbuat dari kulit, sintetik dan etc.
2. Tapak - Cushioning untuk mengekalkan tekanan yang rendah. Grip yang kuat untuk memastikan player senang buat turn dan berhenti.
3. Keselamatan - Heel encounter untuk memastikan player tidak mudah cedera ketika game.
Kasut yang harga agak keras ni boleh saya rujuk kepada kasut 1st gred. Ini adalah salah satu sebab kenapa seorang player berminat untuk membeli kasut 1st gred. Tetapi tidak salah untuk membeli kasut yang murah. Yang membezakannya adalah rasa dikaki ketika beraksi.
06/11/2017
https://youtu.be/EFDexmnyuQk
Assalamualaikum dan selamat petang warga Futsal Theory !!
Harini saya nak share sebuah video untuk menjadi seorang defender yang berdisplin dan untuk defend dengan cara yang betul. Anda boleh tengok dan pelajari dari video tersebut.
Selamat mencuba !!!
Futsal: how you should defense Bradford Futsal Club - https://www.facebook.com/pages/Bradford-Futsal-Club/302027793230486 In futsal a good defense tactic can be the key for achieving posit...
02/11/2017
Assalamualaikum dan Selamat petang warga Futsal Theory !!
Harini saya nak share tentang ilmu paling basic dalam futsal. Untuk menjadi seorang player yang digeruni ramai, anda harus menguasai perkara-2 asas didalam futsal dahulu.
Kenapa??
Jika anda menguasainya, kesilapan dapat dikurangkan dan automatik gameplay akan jadi lebih teratur dan juga professional. Perkara basic yang saya hendak kongsikan kepada anda adalah TOPIK "PASSING ( RECEIVING BALL)". Disebabkan gameplay futsal amat laju dan berbeza dengan gameplay bola sepak, anda boleh cuba pratikkan dan cuba ketika game atau ketika masa lapang.
1. 'RECEIVING BALL'
Ia digelar sole foot secara universal. Ramai yang bagus dalam penggunakan kasut luar dan kasut dalam (depth touch) dengan baik namun sangat lemah dalam penggunakan tapak kasut ataupun sole foot.
Seorang pemain futsal seharusya tahu cara menggunakan sole foot. Ada beberapa aspek yang penting dalam penggunaan tapak kaki ini.
i. Untuk menerima bola (control & trap)
ii. Untuk mengacah pihak lawan
iii. Rolling bola
Ia harus dilakukan dengan kadar pergerakan ataupun kepantasan yang pelbagai. Banyakan aktiviti rolling bola futsal dengan tapak kaki.
Boleh tengok video di bawah cara untuk RECEIVE BALL dengan betul ketika dalam futsal.
https://www.youtube.com/watch?v=elv9QdVeObc
29/10/2017
SEGMEN TAKTIKAL
FORMASI FUTSAL 2-2
Formasi 2-2 adalah salah satu pembentukan asas dalam futsal. Pemain akan berada di kawasan persegi ataupun segiempat. Terdapat 2 pertahanan dan 2 penyerang. Formasi ini sesuai untuk pas**an amatur atau yang baru bermain, kerana seimbang dalam serangan dan pertahanan. Apabila pemain mahu menyerang, mereka perlu melebarkan ruang seluas yang boleh (untuk memaksa pas**an lawan membuka ruang) tetapi ketika bertahan mereka harus memperkecilkan ruang (compact) untuk menutup ruang di bahagian tengah.
Pemain boleh memainkan formasi ini tanpa membuat rotation tetapi mereka akan menjadi sangat mudah diramal dan jika statik terlalu lama,ia boleh menjadi satu titik kelemahan yang nyata apabila pihak lawan melakukan pressing Untuk tujuan ini formasi 2-2 telah berkembang dengan melakukan rotation secara pantas dan dinamik untuk memecahkan blok pertahanan pihak lawan. Ini bermakna bahawa semua pemain sentiasa mengubah kedudukan mereka ketika menyerang dan cuba mengelirukan pihak lawan dengan proses rotation ini.
Untuk maklumat lebih jelas,boleh rujuk rajah di bawah.
28/10/2017
PROFIL PEMAIN
Carlos Ortiz Jiménez yang kerap dikenali sebagai Ortiz, adalah pemain futsal Sepanyol yang bermain untuk Inter Movistar sebagai Pertahanan.
Beliau dilahirkan di Madrid dan berusia 34 tahun pada 2017. Pemain ini memiliki tubuh badan yang tidak begitu besar namun memiliki kualiti sebagai pemain yang mampu melakukan transisi daripada bertahan kepada menyerang dengan baik.
Beliau juga lincah dalam melakukan take ons dan attempt on goal. Sehingga ke hari ini,beliau telah melakukan 43 penampilan untuk pas**an futsal Sepanyol.
Siapa pemain kegemaran anda? Nyatakan di komen :)
24/10/2017
Assalamualaikum dan Selamat petang warga Futsal Theory !!
Hari ni saya nak sambung mengenai topik "PERSONALITI" yang perlu anda fahami kerana ia melambangkan pendirian seseorang. Kenapa perlu fahami pendirian seseorang atau lebih mudah, mengenali diri sendiri??
Didalam game play FUTSAL, setiap individu mempunyai keistimewaan tersendiri. Lalu apabila keistimewaan ini digunakan dengan sebaiknya, maka ia akan mempunyai hasil. Hasil dari segi apatuu??? Misalnya seperti berjaya membentuk team yang berdisplin dan bermain dengan mempunyai vission and goal.
Apakah KEISTIMEWAAN yang sering saya mention kan tuu??
PERSONALITI:
"KELEBIHAN PADA DIRI SENDIRI" (ABILITY)
Mengenali keupayaan dan kelebihan pada diri amatlah penting untuk team dan diri. Kerana ia banyak membantu terutamanya ketika bertempur didalam court. Macam mana hendak kita mengenal pasti keupayaan diri sendiri??
- Sentiasa analisis diri sendiri ketika bermain futsal. Contohnya ketika bermain futsal, adakah anda seorang yang jenis create game? seorang yang s**a selamatkan bola? seorang yang mempunyai skill? seorang yang pandai defend dan etc.
- Kenal pasti kelemahan pada diri dan belajar untuk improve. Jika rasa diri ini sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya, asah kelebihan yang ada supaya dapat menjadi yang lebih baik.
Itu sahaja yang saya boleh share kepada anda. Just nak bagi anda nampak and faham betapa pentingnya kegunaan "KELEBIHAN PADA DIRI SENDIRI" (ABILITY) bagi seorang player. Benda yang saya share ni based on experience. Jika anda rasa benda ini membantu, anda boleh cuba dan pratik kan. Jika benda ini salah, boleh share dan improve. Thank you and keep support us!!
23/10/2017
Assalamualaikum dan hye warga futsal theory sekalian !!
Harini saya nak share tentang topic "PERSONALITI" yang perlu anda tahu sebagai seorang pemain futsal. Tidak kira jika anda seorang yang pro, amatur atau beginner. Dalam "PERSONALITI" dipecahkan kepada beberapa topik yang berkait dengannya. Ini kerana ia menunjukkan kepada pendirian seseorang.
PERSONALITI:
"OTAK"
Ya benar, semua kehidupan mempunyai otak. Tetapi yang membezakan kita 'Manusia' dengan kehidupan lain adalah 'AKAL'. Mesti anda semua tertanya, kenapa saya hendak share tentang topik 'OTAK' ?? Untuk menjadi seorang pemain yang berkualiti, penggunaan 'OTAK' mestilah digunakan sebaik-baiknya ketika atau sebelum main. OTAK ini refer kepada process yang berkaitan dengannya (OTAK). Process ini saya akan terang dengan lebih detail di bawah.
- Mindset, Mood, Visualise, Performance, Mentaliti and Decision making. Semua process ini datang dari "OTAK".
Contoh:
1. Mindset: Selalunya berlaku time friendly or tournament. Bila bertemu dengan team yang outstanding atau jumpa dengan player yang bagus, secara automatik mindset akan berubah menjadi negatif. Benda ini tidak bagus kerana ini akan effect kepada gameplay kita. Bohong kalau anda tidak pernah lalui situasi ini.
Cara untuk atasi??
- Ubah mindset dan yakin dengan diri sendiri dan team. Menang dan kalah itu adat permainan. Yang penting main all out dan create game. Jangan terlalu fokus kepada pihak lawan, ini kerana ia akan ganggu kita. Bila pemikiran sudah diganggu, kita tak boleh nak fokus kepada game. Mistake itu perkara normal, perbaiki kesilapan agar ia tidak ulangi lagi.
- Percaya dengan diri sendiri dan team. Set target atau planning strategi supaya gameplay akan tersusun. (Mempunyai target dan vision)
- Letakkan diri anda sebagi seorang player yang bagus. Jangan salah faham dengan idealogi ini, maksud bagus itu bukan bermain dengan tamak atau hanya one sided thinking. Gunakan kelebihan anda untuk bantu team. Player yang bagus tidak semestinya mempunyai skill yang bagus, tetapi memahami dan banyak membantu team untuk mencari peluang dan jaringkan gol.
Contoh:
2. Mood: Jika anda perasan, mood jugak merupakan salah satu masalah yang sering player alami. Jika mood anda berada di level yang positif, anda akan perasan yang anda berasa energetic dan ingin bermain bersungguh-2. Dan jika mood berada dalam keadaan yang tidak stabil. Effect diaa memang besar. Misalnyaa sebelum game tuu anda punya mood macam tidak stabil, stress dengan kerja. Jangan bawak masalah tuu time game. Nanti ibaratkan seperti 'Bagaikan mak mati anak'.
Cuba visualise:
- Tengah dok game, mood tengah sedih putus cinta.
- Jasad dekat court, pemikiran ada dekat luar court.
- Dari situ, game dah tak focus.
- Game boleh rosak sebab tiada kerjasama.
Itu sahaja yang saya boleh share kepada anda. Just nak bagi anda nampak and faham betapa pentingnya kegunaan "OTAK" bagi seorang player. Benda yang saya share ni based on experience. Jika anda rasa benda ini membantu, anda boleh cuba ubah. Jika benda ini salah, boleh share dan improve. Thank you for your cooperation!!!!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
548, Bandar Utama
Sungai Petani
08000