21/08/2026
TVET DAN INSPIRASI MADANI
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menggabungkan ilmu teori dan latihan praktikal yang berorientasikan industri. Pendekatan ini penting bagi memastikan pelajar memperoleh kemahiran yang selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan dunia pekerjaan.
πΉ Kerjasama industri dan institusi TVET perlu diperkukuh supaya teknologi serta kemahiran yang digunakan dalam sektor pekerjaan dapat diterapkan dalam kurikulum dan latihan pelajar.
πΉ Industri juga boleh bekerjasama dengan institusi pendidikan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan idea, prototaip serta produk baharu yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
πΉ Pendekatan TVET perlu lebih praktikal dan berasaskan pengalaman, termasuk kemahiran seperti pengendalian mesin 3D printing, kimpalan logam, automotif, kulinari dan bidang kemahiran lain.
πΉ Penubuhan Akademi TVET turut dicadangkan bagi mengenal pasti bakat dan minat kemahiran sejak awal, serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran mengikut kebolehan masing-masing.
πΉ TVET tidak seharusnya dianggap sebagai pendidikan kelas kedua. Negara seperti Jerman, Korea dan China menunjukkan bahawa pendidikan berorientasikan kemahiran mampu menyumbang kepada kemajuan teknologi dan pembangunan tenaga kerja.
πΉ Dari segi pekerjaan, kebolehpasaran graduan TVET adalah tinggi, khususnya graduan politeknik dan kolej komuniti. Graduan TVET berperanan memenuhi keperluan industri terhadap tenaga kerja mahir dan kompeten.
πΉ TVET juga menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat dan keusahawanan. Kemahiran dalam bidang seperti automotif dan fesyen, misalnya, boleh digunakan untuk memulakan perniagaan dan merancakkan ekonomi setempat.
Kesimpulannya, TVET perlu terus diperkasa dan disesuaikan dengan perubahan teknologi serta keperluan industri. Usaha ini penting untuk melahirkan tenaga mahir yang kompeten, meningkatkan kebolehpasaran graduan dan menyokong pembangunan ekonomi negara.
Credits to: Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Khaizer Omar
Timbalan Pengarah, Pembangunan dan Kepemimpinan Pegawai Akademik (PKPA), Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead)
Link: https://cadelead.upm.edu.my/artikel/tvet_dan_inspirasi_madani-74653