MGP Kawasan Kepala Batas

MGP Kawasan Kepala Batas

Share

Pendidikan

Photos from MGP Kawasan Kepala Batas 's post 09/03/2026

๐—ง๐—”๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ก๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Tadarus Perdana & Khatam Al Quran Majlis Guru PASTI Pulau Pinang pada 17 Ramadhan 1447H bersamaan 7 Mac 2026 di Masjid Ihsaniah,Simpang Ampat Tasek.

Program yang penuh keberkatan ini menghimpunkan guru-guru PASTI bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan bacaan Al-Quran serta mengeratkan ukhuwah sesama warga pendidik PASTI Pulau Pinang.Seramai 70 orang guru PASTI Kawasan Kepala Batas yang hadir pada program kali ini

Terima kasih kepada Ustazah Hafizah (Ketua Muslimat Permatang Pauh) atas perkongsian ilmu di dalam Surah Al-Qadr.Surah ini juga mengingatkan tentang keistimewaan Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan serta dipenuhi rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
โ€œLailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.โ€(Surah Al-Qadr: 3)

Semoga program ini memberi keberkatan, menguatkan ukhuwah serta menambahkan lagi kecintaan kita terhadap Al-Quran.โœจ

Photos from MGP Kawasan Kepala Batas 's post 09/03/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—๐—”๐— ๐—”๐—œ๐—˜ & ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ
7 Mac 2026|Dewan Muhibbah,Penaga

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepada guru-guru PASTI Kawasan Kepala Batas . Semoga setiap kebaikan dan keprihatinan yang diberikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT:
"Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki." (Surah Al-Baqarah: 261)

Semoga segala sumbangan ini menjadi amal jariah yang berterusan serta membawa keberkatan kepada semua pemberi. Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda kepada guru-guru PASTI Kawasan Kepala Batas๐Ÿคฒโœจ

07/03/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—จ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

Nuzul Al-Quran mengingatkan kita tentang peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia.

Marilah kita menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dengan memperbanyakkan membaca, memahami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

Semoga Ramadan ini mendekatkan lagi hati kita kepada Al-Quran dan menjadikan kita dalam kalangan hamba Allah yang sentiasa mencari keberkatan serta keredaan-Nya.

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1447H๐ŸŒบ

Ikhlas daripada:
MGP Kawasan Kepala Batas

Photos from MGP Kawasan Kepala Batas 's post 28/02/2026

๐—ง๐—”๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก & ๐—ง๐—”๐—ญ๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 
28 Februari 2026|10 Ramadan 1447H

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Tadarus Al-Quran Perdana di Surau Ittihad, Permatang Saga, yang turut disertai oleh guru-guru PASTI Kawasan Kepala Batas.

Program ini diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan bacaan Al-Quran secara berjemaah serta mengeratkan ukhuwah sesama guru-guru PASTI.Turut diadakan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Hambali, yang mengingatkan tentang kelebihan membaca Al-Quran dan kemuliaan orang yang sentiasa mendampingi Al-Quran.

Antara perkongsian yang disampaikan ialah apabila kita membaca Al-Quran, iman akan semakin bertambah dan hati menjadi lebih tenang.
โœจ Antara kelebihan orang yang mencintai Al-Quran:
โ€ข Dibangkitkan di akhirat bersama para malaikat.
โ€ข Hatinya dipelihara dan sentiasa dekat dengan Allah.
โ€ข Wajahnya bercahaya dan berseri-seri.
โ€ข Tidak mudah nyanyuk apabila meningkat usia.

Anak-anak yang mencintai Al-Quran juga akan memakaikan mahkota yang bercahaya kepada ibu bapa mereka di akhirat kelak, sebagai tanda kemuliaan bagi mereka yang sentiasa bersama Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Semoga program ini dapat memupuk kecintaan anak-anak terhadap Al-Quran serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Photos from MGP Kawasan Kepala Batas 's post 23/02/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—๐—ช๐—œ๐—— ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—™๐—˜๐—•๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ
22 Februari 2026|PASTI Al-Aziz,Bakar Kapor

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi lrogram Tajwid Pro yang merangkumi penilaian bacaan tajwid dalam kalangan guru-guru PASTI Kawasan Kepala Batas.

Pada hari ini, para guru memperdengarkan bacaan Surah Al-Falaq dan Al-Ikhlas, di samping menghuraikan hukum tajwid berkaitan nun mati (ู†ู’) dan mim mati (ู…ู’).

Semoga usaha ini dapat meningkatkan kualiti bacaan serta memperkukuhkan pengajaran Al-Quran dalam kalangan guru, seterusnya memberi manfaat kepada semua pelajar.
Mudah-mudahan segala usaha ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT, insya-Allah. โœจ

18/02/2026

๐„๐’๐Ž๐Š ๐Œ๐”๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐๐”๐€๐’๐€ ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, syukur atas kehadiran Ramadan yang penuh keberkatan ๐ŸŒ™โœจ

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, serta menghidupkan malam-malamnya dengan solat tarawih, qiyamullail dan tilawah al-Quran.

Seperti sabda Rasulullah ๏ทบ yang diriwayatkan dalam Sunan al-Nasaโ€™i, "Ramadan adalah bulan yang diberkati, dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka. Betapa besarnya rahmat Allah SWT buat hamba-hamba-Nya".

Semoga surau dan masjid terus diimarahkan, ukhuwah diperkukuhkan, dan kita semua mampu meningkatkan iman, taqwa serta menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

MGP Kawasan Kepala Batas mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak.
Semoga setiap amalan diterima dan setiap doa dimakbulkan ๐Ÿคฒโœจ

Photos from MGP Kawasan Kepala Batas 's post 17/02/2026

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐‘๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐
14 Februari 2026|26 Syaaban 1447H

Alhamdulillah, hari ini Pengerusi PASTI Kawasan Kepala Batas , Ustaz Huzzairy, Pemangku Ketua Pemuda PAS Kepala Batas, Ustaz Zikri Zaki,Pengerusi MGP Kawasan Kepala Batas CikguNorfadhilawati
berkesempatan menziarahi Cikgu Haniffah, guru PASTI Ar Rasyidin,Pasang Benggali di rumahnya untuk menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan kesakitan yang dialaminya.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฑูŽุจู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฃูŽุฐู’ู‡ูุจู ุงู„ู’ุจูŽุฃู’ุณูŽ ุงุดู’ูู ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุดู‘ูŽุงูููŠ ู„ูŽุง ุดูŽุงูููŠูŽ ุฅู„ู‘ูŽุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุดูููŽุงุกู‹ ู„ูŽุง ูŠูุบูŽุงุฏูุฑู ุณูŽู‚ู’ู…ู‹ุง

Maksud : Ya Allah Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit, berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.
Aamin Ya Rabbal Alamin ๐Ÿคฒ๐Ÿป

15/02/2026

Tahniah dan takziah buat kepimpian baru yang dipilih untuk sesi 2026-2028. Semoga dapat membawa MGP Kawasan Kepala Batas lebih kehadapan dan lebih maju.

Jadikanlah amanah ini sebagai satu asbab untuk kita bekerja kerana Allah Taala.

Mengambil ibrah dari kisah Saidi a Umar Sewaktu mula dilantik menjadi khalifah, beliau pernah berucap, โ€œSaya bukan yang terbaik dalam kalangan tuan-tuan, maka tegurlah saya. Jika saya keras, maka lembutkanlah, jika negara ini kaya, biarlah saya yang terakhir merasai kekayaan itu. Jika negara ini jatuh miskin, biarlah saya yang mula-mula merasai kesusahan itu.โ€

Tiba-tiba bangun seorang pemuda sambil menghunnus pedang sambil berkata, โ€œWahai Umar, jika engkau khianat, pedang ini akan memenggal kepalamu!โ€

Semua yang berada di situ terdiam ketakutan dan tertunduk rapat. Mereka tahu beliau seorang yang garang. Pemuda itu masih belum kenal siapa sebenarnya Sayidina Umar. Namun, beliau tersenyum mendengar kata-kata pemuda itu lalu berkata, โ€œSyukur, masih ada yang berani menegur saya.โ€


Tegurlah kami sekiranya kami silap, marilah bersama-sama kami menggerakkan kudrat yang Allah berikan untuk PASTI dan Islam. Semoga Allah membantu kepimpinan MGPK PASTI Kawasan Kepala Batas sesi 2026-2028 utk terus maju ke hadapan.

Jauhkanlah kami dri sifat riyak, sombong dan iri hati sesama kami. Satukanlah hati kami dalam mendaulatkan agamaMu. Bantulah kami Ya Allah bantulah kami.

Siiru ala barakatillah๐Ÿ’Œ

15/02/2026

โ€œุฑูŽุจูู‘ูŠ ูŠูŽุณูู‘ุฑู’ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูุนูŽุณูู‘ุฑู’ุŒ ุฑูŽุจูู‘ูŠ ุชูŽู…ูู‘ู…ู’ ุจูุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑูโ€
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, jangan Engkau persulitkan, dan akhiri segalanya dengan kebaikan.

Perbincangan dan pertemuan dua mata kali pertama bersama ahli jawatankuasa MGP Kawasan Kepala Batas yang baharu.

Semoga setiap langkah dipermudahkan dan diberi kekuatan dalam memimpin amanah yang telah diberi.โœจ

Photos from MGP Kawasan Kepala Batas 's post 15/02/2026

โ€œTerima kasih sebab datangโ€ฆ Rasa kosong sangat sekarang. Tahun lepas ayah, sekarang mak pulaโ€ฆโ€
โ€œAdik pun masih kecil, baru darjah 6โ€ฆ risau fikir macam mana dia nak hadap hari-hari seterusnya.โ€

Itulah antara luahan yang masih terngiang-ngiang ketika kami menziarahi Ustazah Aini baru-baru ini, yang masih lagi dalam tempoh berpantang. Kehilangan yang berturut-turut pastinya amat berat untuk ditanggung, namun beliau tetap berusaha kelihatan tabah demi adik yang masih kecil.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan buat Ustazah Aini sekeluarga dalam menghadapi ujian ini. Turut hadir menziarahi ialah Cikgu Fadhilawati selaku Ketua MGPK Kepala Batas, diiringi Ketua Lujnah Kebajikan Cikgu Sakinah serta beberapa AJK yang lain sebagai tanda sokongan.

Photos from MGP Kawasan Kepala Batas 's post 15/02/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ (๐—”๐—•๐— ) & ๐——๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—š๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š
8 Februari 2026|Kompleks An-Nahdhoh Kubang Semang

Tahniah dan syabas kepada 36 orang guru yang telah mewakili PASTI Kawasan Kepala Batas dan memberi komitmen yang terbaik sepanjang kursus ini.

Turut hadir Pengarah PASTI Negeri Pulau Pinang,Tuan Ahmad Asuad bin Mohamad Desa,Tuan Malik Timbalan Pengarah 1 dan Cikgu Hasnah Hassan selaku Ketua MGPN Pulau Pinang.

Semoga ilmu yang kami perolehi dapt memberi manfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di PASTI.

Photos from MGP Kawasan Kepala Batas 's post 15/02/2026

๐—™๐—œ๐—ฅ๐—ฆ๐—ง ๐—ง๐—ข๐—จ๐—–๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
17 & 18 Januari 2026|Kompleks An-Nahdhoh

Alhamdulillah, Kursus First Touch PASTI Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan penuh manfaat pada 17 & 18 Januari 2026 di Kompleks An-Nahdhoh,Kubang Semang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada 6 orang guru baru yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan penglibatan yang sangat baik sepanjang kursus berlangsung.

Diharapkan ilmu, pendedahan dan sentuhan awal yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkukuh peranan guru-guru PASTI, seterusnya menyumbang kepada pembinaan generasi rabbani yang berakhlak dan berilmu.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kepada peningkatan kualiti pendidikan PASTI di PASTI Kawasan Kepala Batas

Want your school to be the top-listed School/college in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Pantai Merdeka
Sungai Petani
08500