07/04/2026
Maahad Tarbiah Al Faqeh - MATAF
Maahad Tarbiah Al Faqeh (MATAF)
Bukit Selambau 08010 Sungai Petani Kedah Malaysia
Pondok Warga Emas dan pengajian kitab Thurash
07/04/2026
20/03/2026
JOM esok ramai² mai MATAF
18/03/2026
majlis khatam quran dan hadiah kepada pentadarus warga pondok Maahad Tarbiah Al Faqeh - MATAF
dan cabutan bertuah 1447h
14/03/2026
Majlis iftar perdana Maahad Tarbiah Al Faqeh - MATAF
10/03/2026
Assalamualaikum wbt...
*Jumlah Terkumpul RM16430*
_Update 8/3/2026_
10 Ramadan Terakhir
_Ramadan Mubarak Allahuakram_
Dengan penuh rendah hati, kami membuka peluang wakaf karpet surau demi keselesaan ibadah buat warga emas pondok Maahad Tarbiah Al Faqeh,Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, Malaysia serta jemaah sekitar Bukit Selambau.
🕌Sasaran kutipan adalah sebanyak RM32,000. ( utk 1600 kaki persegi) *wakaf perkaki RM20*
🕌 Memuatkan kapasiti jemaah seramai 200-270 orang
🕌Karpet sedia ada telah berusia 10 thn,menjadi saksi dahi-dahi yg sujud
Besarlah harapan pihak Maahad,jika Tuan/Puan/Dato'/Datin dapat menjadi sebahagian pewakaf bagi meringankan beban kewangan Maahad.
_*Semoga setiap sujud dan doa di atas wakaf ini menjadi amal jariah yang mengalir pahalanya tanpa henti buat para penyumbang/pewakaf.*_
_Maahad Tarbiah Al Faqeh (MATAF)_
*Bank Islam*
*02020010069440*
Jazakallahu Khoiron Katsiro🌹🌹🌹🌹
09/03/2026
*PROGRAM ZIARAH QASEH RAMADHAN BERSAMA DUTA KENALI UBAT ANDA*
Tarikh: 9 Mac 2026 (Isnin)
Tempat: Maahad Tarbiah Al-Faqeh, Bukit Selambau
Seramai 6 orang anggota Jabatan Farmasi dan Bekalan Hospital Sultan Abdul Halim dan 4 orang Pegawai Farmasi PKD Kuala Muda telah terlibat dalam pelaksanaan program ini.
Program ini melibatkan Duta Kenali Ubat Anda dari daerah Kuala Muda
i)Pn. Natipah Binti Abu (HSAH)
ii) Pn Sapinah Binti Che Hussin (PKDKM)
ii) Pn. Nur Ashikin binti Anizat (HSAH)
iii) Pn. Nuratul Salmah Tee Binti Abdullah (PKDKM)
iv) En. Badruel Nizam bin Ibrahim (HSAH)
Program dimulakan dengan ceramah pengurusan ubat semasa berpuasa dan Pelupasan Ubat yang Selamat diikuti dengan saringan kesihatan dan Home Medication Review (HMR). Program ini melibatkan seramai 10 orang pesakit baharu yang menetap di pondok ini. Pesakit-pesakit ini sedang mendapatkan rawatan daripada pelbagai fasiliti kesihatan di sekitar daerah Kuala Muda dan Baling. Kesemua pesakit didapati mampu menguruskan pengambilan ubat dengan baik. Sebanyak 2 rujukan telah dikeluarkan bagi membantu kawalan tekanan darah pesakit. Pesakit turut ditekankan tentang kepentingan kepatuhan pengambilan ubat bagi memastikan ibadah puasa mampu dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Hasil lawatan mendapati aspek penyimpanan ubat dan tahap kepatuhan pesakit berada pada tahap yang memuaskan. Pesakit menguruskan pengambilan ubat sendiri. Pasukan kami juga turut membantu pesakit mengemaskini simpanan ubat.
Program pada hari ini diakhiri dengan penyerahan sumbangan bakul makanan daripada Petubuhan Jariah Qaseh kepada semua peserta program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Maahad Tarbiah Al-Faqeh di atas kesudian menerima kehadiran kami untuk menyantuni penghuni pondok ini. Tidak lupa juga kepada Duta Kenali Ubat Anda Daerah Kuala Muda dan Pertubuhan Jariah Qaseh di atas kesudian menyumbang bakul makanan kepada peserta yang terlibat.
Semoga usaha ini memberi manfaat yang berpanjangan dan menjadi asbab kesejahteraan kesihatan para pesakit sepanjang Ramadan dan seterusnya. 🌙
22/02/2026
Tazkirah Ramadan Malam ke5
Al Fadhil Ust Can
19/02/2026
Assalamualaikum wbt...
*Jumlah Terkumpul RM10860*
_Update 18/2/2026_
_Ramadan Mubarak Allahuakram_
Dengan penuh rendah hati, kami membuka peluang wakaf karpet surau demi keselesaan ibadah buat warga emas pondok Maahad Tarbiah Al Faqeh,Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, Malaysia serta jemaah sekitar Bukit Selambau.
🕌Sasaran kutipan adalah sebanyak RM32,000. ( utk 1600 kaki persegi) *wakaf perkaki RM20*
🕌 Memuatkan kapasiti jemaah seramai 200-270 orang
🕌Karpet sedia ada telah berusia 10 thn,menjadi saksi dahi-dahi yg sujud
Besarlah harapan pihak Maahad,jika Tuan/Puan/Dato'/Datin dapat menjadi sebahagian pewakaf bagi meringankan beban kewangan Maahad.
_*Semoga setiap sujud dan doa di atas wakaf ini menjadi amal jariah yang mengalir pahalanya tanpa henti buat para penyumbang/pewakaf.*_
_Maahad Tarbiah Al Faqeh (MATAF)_
*Bank Islam*
*02020010069440*
Jazakallahu Khoiron Katsiro🌹🌹🌹🌹
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kg Sungai Gajah, Bukit Selambau
Sungai Petani
08010