𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂 𝑫𝑺𝑲 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒓𝒊 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒆𝒓𝒍𝒖𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒅𝒖𝒔𝒕𝒓𝒊!
Terima kasih GuidePro atas perkongsian bersama TVETMARA Sungai Petani dalam melahirkan graduan TVET yang lebih kompeten dan relevan dengan industri.
dsk.movement
DIPLOMA IN DIGITAL ADVERTISING DESIGN
14/05/2026
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐆𝐮𝐢𝐝𝐞𝐏𝐫𝐨: 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐒𝐊 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢
Sesi kunjungan industri bersama GuidePro telah berlangsung dengan jayanya di TVETMARA Sungai Petani pada Rabu, 13 Mei 2026.
Perkongsian ini memberi pendedahan berkaitan keperluan semasa industri serta elemen penting yang perlu diaplikasikan dalam kandungan pembelajaran DSK bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan kehendak industri sebenar.
Terima kasih kepada pihak GuidePro atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan profesional demi memperkukuhkan lagi kualiti pendidikan TVET serta melahirkan graduan yang lebih kompeten dan relevan dengan dunia pekerjaan.
Pameran & Demonstrasi Digital Illustration & Animation / Promosi TVETMARA SP Sempena Program Fiesta Rakan Muda Kedah 2026 x Fantastic Food Fest By Kak Nab
30 April - 3 Mei 2026
02/05/2026
𝐏𝐚𝐦𝐞𝐫𝐚𝐧 & 𝐃𝐞𝐦𝐨𝐧𝐬𝐭𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐈𝐥𝐥𝐮𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐀𝐧𝐢𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 / 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐓𝐕𝐄𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐏 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐅𝐢𝐞𝐬𝐭𝐚 𝐑𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐱 𝐅𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬𝐭𝐢𝐜 𝐅𝐨𝐨𝐝 𝐅𝐞𝐬𝐭 𝐁𝐲 𝐊𝐚𝐤 𝐍𝐚𝐛
Sabtu, 2 Mei 2026
Program Pameran & Demonstrasi Digital Illustration & Animation / Promosi TVETMARA SP telah berlangsung dengan jayanya bersempena Fiesta Rakan Muda Kedah 2026 x Fantastic Food Fest By Kak Nab.
Dalam program ini, Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari turut hadir melawat booth pameran Diploma Rekabentuk Pengiklanan Digital (DSK), TVETMARA Sungai Petani.
Lawatan ini membuka ruang kepada para pelajar untuk memperkenalkan hasil karya, berkongsi idea kreatif serta mempamerkan kemahiran dalam bidang digital illustration dan animation secara langsung.
Terima kasih atas sokongan dan kesudian Yang Berhormat meluangkan masa bersama para pelajar. Semoga usaha ini terus menyemarakkan minat dan potensi pelajar dalam industri kreatif digital.
16/04/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 & 𝐓𝐄𝐌𝐔𝐃𝐔𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐒𝐊
Program DSK, TVETMARA Sungai Petani telah menerima kunjungan Laparpo Production Sdn. Bhd. dan Guidepro Digital Marketing Agency pada 15 April 2026, Rabu lepas bagi memperkukuh jaringan industri.
Sesi ini turut melibatkan temuduga pelajar Semester 5 sebagai pendedahan awal ke dunia kerjaya.
Pelajar berpeluang mempamerkan portfolio, menonjolkan kemahiran serta menerima maklum balas profesional daripada industri.
Inisiatif ini membantu meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran graduan selari dengan keperluan industri semasa.
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
🔗 Mohon sekarang: [https://mohon.tvet.gov.my/](https://mohon.tvet.gov.my/)
“𝑺𝒖𝒔𝒕𝒂𝒊𝒏𝒂𝒃𝒍𝒆 𝑨𝒓𝒕 𝒂𝒏𝒅 𝑻𝒆𝒄𝒉𝒏𝒐𝒍𝒐𝒈𝒚 𝑵𝒆𝒙𝒖𝒔 (𝑺𝑨𝑻𝑼)”
16/04/2026
✨𝑹𝑨𝒀𝑨 𝑫𝑺𝑲 𝑶𝑵𝒁𝒁 ✨
09/04/2026
✨𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐃𝐒𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐒𝐊 𝐎𝐍𝐙𝐙 ✨
Program Diploma Rekabentuk Pengiklanan Digital (DSK) telah menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 6 April 2026, Isnin yang lalu dalam suasana penuh kemeriahan dan kebersamaan. Majlis ini menghimpunkan para pensyarah turut dijemput seluruh warga TVETMARA Sungai Petani serta pelajar DSK bagi meraikan Syawal sambil mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Penganjuran program seperti ini bukan sahaja memupuk nilai kebersamaan, malah turut menyemai semangat positif dalam kalangan pelajar dan pensyarah, selaras dengan usaha membina persekitaran pembelajaran yang harmoni dan seimbang.
Semoga momen indah seperti ini dapat terus menjadi tradisi dan mengukuhkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga DSK dan TVETMARA Sungai Petani. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
08/04/2026
𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐆𝐮𝐢𝐝𝐞𝐏𝐫𝐨 | 𝘓𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘋𝘚𝘒 𝘬𝘦 𝘎𝘶𝘪𝘥𝘦𝘱𝘳𝘰 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘔𝘦𝘮𝘱𝘦𝘳𝘬𝘢𝘴𝘢 𝘒𝘦𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘐𝘯𝘥𝘶𝘴𝘵𝘳𝘪
TVETMARA Sungai Petani melalui Program Diploma Rekabentuk Pengiklanan Digital (DSK) telah mengadakan lawatan industri ke Guidepro, sebuah agensi pemasaran digital di Malaysia, pada 8 April 2026. Lawatan ini melibatkan Ketua Program serta barisan pensyarah sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan strategik bersama pihak industri.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung terhadap corak kerja sebenar industri, di samping memahami keperluan semasa serta jangkaan majikan terhadap bakal graduan dalam bidang pemasaran digital.
Selain itu, inisiatif ini turut membantu pihak akademik dalam menyelaraskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran agar lebih relevan dengan kehendak industri. Maklumat dan perkongsian yang diperoleh menjadi asas penting dalam memastikan pelajar lebih bersedia menghadapi cabaran alam pekerjaan.
04/04/2026
📢 Permohonan kini dibuka bagi Program Diploma Rekabentuk Pengiklanan Digital (DSK) di TVETMARA Sungai Petani.
Calon yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga DSK TVETMARA Sungai Petani dalam membina masa depan yang cemerlang dalam bidang kreatif.
𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐆𝐊𝐈𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐎𝐔𝐍𝐆 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐂𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐀𝐃𝐕𝐄𝐑𝐓𝐈𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐄𝐒𝐈𝐆𝐍𝐄𝐑‼️
Jom sertai Program Diploma Rekabentuk Pengiklanan Digital (DSK) di TVETMARA Sungai Petani melatih pelajar menguasai kemahiran dalam bidang reka bentuk grafik, komunikasi visual dan penghasilan kandungan digital kreatif. Pelajar didedahkan kepada penggunaan perisian industri, produksi video, fotografi, digital illustrasi, creative copy writing, inovasi, pengurusan event serta strategi komunikasi kreatif berasaskan pengiklanan digital.
Program ini melahirkan tenaga kreatif yang berdaya saing dalam industri pengiklanan moden. Graduan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah saujaa muda di IPTA/IPTS dalam dan luar negata atau menceburi kerjaya sebagai Pereka Grafik, Creative Content Creator dan profesional platform digital advertising
📌 Mohon sekarang di UP_TVET https://mohon.tvet.gov.my/
📌 https://linktr.ee/infotvetmarasungaipetani
Syarat kemasukan :
1. LULUS SPM
2. 3 KREDIT MATA PELAJARAN LAIN
3. LULUS BAHASA INGGERIS
4. LULUS BAHASA MATEMATIK
5. LULUS UJIAN PORTFOLIO & TEMUDUGA
Lepasan SKM (dlm Bidang + LULUS SPM + Ujian Portfolio & Temuduga)
eBrochure :https://tvetmara.edu.my/Brochure/BROCHURE-2026-COMPLETE.pdf
Keistimewaan yang akan diperolehi:
✅ Yuran Pengajian Dibiayai Penuh oleh MARA
✅ Asrama Disediakan
✅ Elaun Sara Hidup RM300 Sebulan
✅ Peluang Menyambung Pengajian ke IPTA/IPTS
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi:
En. Khirul Ikhwan Bin Abdul Rahman
Pegawai Promosi & Publisiti
http://wa.me/60134146906
[email protected]
Pn. Zaharah Binti Zainol
https://wa.link/ap6kks
[email protected]
En. Norzaiddy
Ketua Program DSK
https://wa.me/60125544948
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
INSTITUT KEMAHIRAN MARA SUNGAI PETANI, Jalan BADLISHAH, SUNGAI PETANI
Sungai Petani
08000