10/03/2024
10 Mac 2024
Ahad
Alhamdulillah Hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar.
Terima Kasih memberi kepercayaan kepada PASTI untuk mendidik dan membantu dalam pelajaran anak tuan/puan
Tangisan mereka pada hari ini adalah tanda kejayaan mereka di masa hadapan.Insha Allah.
Semoga Kejayaan Milik anak-anak kita berpandukan Alquran & AlSunnah
Aamin
13/03/2023
Assalamualaikum w.b.t
Perhatian kepada Tuan Puan :
Pasti AR RAHMAN BKT TUKANG JUSOH akan membuat pendaftaran murid lama dan baru serta pembayaran yuran bgi sesi 2023/2024.
Pendaftaran akan diadakan pada:
Tarikh :12-15/03/2023
(Isnin - khamis)
Masa: 8.30 - 12.00
Tempat: Pasti Ar-Rahman
Minta jasa waris dapat hadir untuk memudahkan urusan pasti.
13/11/2022
Alhamdulillah selesai aktiviti Pasti pada pagi ni di Pantai Merdeka..
07/10/2022
PROJEK WAKAF PASTI AR RAHMAN BUKIT TUKANG JUSOH SUNGAI PETANI.
Allah Swt Sebaik-baik Pengganti
“Apapun harta yang kalian infakkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki”. (Saba:39)
Kami masih meneruskan program wakaf pembinaan tandas PASTI untuk memberi keselesaan kepada anak-anak kita.
Berilah senyuman di wajah mereka, dengan mudah2an Allah swt memberi kita khabar gembira.
p/s - Ayuh sebarkan seluasnya supaya kita ikut bersama dalam membantu mereka.
06/10/2022
Program terkini anak-anak PASTI hujung minggu ni...
Jom saksikan sicilik berbakat besar ini beraksi didalam 11 acara yang bakal dipertandingkan..
Ada acara Nasyid,Kalam Jamaie,Bercerita,Bersajak,Pidato,Hafazan Surah Dan Azan.
Semoga semuanya dapat beraksi dengan baik ya...All the best..
Jemput hadir sahabat2 yang berhampiran..
18/10/2021
Jika Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Ia menggerakkan semangat dan menyemai rasa kasih, cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”
(Surah al-Ahzab ayat 21).
Salam Maulidurrasul 1443.
23/03/2021
الصلاة عماد الدين Solat itu tiang agama
Alhamdulillah anak- anak PASTI diajar untuk menunaikan solat secara berjemaah mengikut SOP penajarakan fizikal