PASTI Ar-Rayyan, Bandar Laguna Merbok

PASTI Ar-Rayyan, Bandar Laguna Merbok

Share

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ar-Rayyan, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Photos from PASTI Ar-Rayyan, Bandar Laguna Merbok's post 29/01/2026

🍉Sambutan Hari Al-Quds anak- anak PASTI AR- RAYYAN

🍉Selagi belum bebas selagi itu kita teruskan penerangan berkenaan saudara kita di P@lestin.

🍉Semoga dengan usaha kecil ini dapat menambah semangat buat anak-anak PASTI bagi mempertahankan P@lestin.

🇵🇸"AL QUDZ dan GAZ4: ASPIRA KIAN HAMPIR!"🇵🇸

21/12/2025
Photos from PASTI Ar-Rayyan, Bandar Laguna Merbok's post 21/12/2025

Jamuan akhir Pasti Ar Rayyan 2025🌹

Terima kasih buat ibu ayah/waris yang berkongsi rezeki untuk jamuan akhir 2025

Moga berjumpa di tahun hadapan..

Selamat bercuti semua🌹

21/12/2025
21/12/2025

*SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PELAJAR & WARIS PASTI AR-RAYYAN*

🌹Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu ayah yang membawa bermacam2 jenis makanan sedap2 untuk jamuan hari Khamis lepas🥰

🌹Tidak lupa juga yang bagi sumbangan & macam2 hadiah untuk cikgu❤️

🌹Kami guru-guru PASTI ARRAYYAN memohon beribu kemaafan andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara & tingkah laku yang mengguris hati☺️

🌹Selamat melangkah ke tahun 1 kepada semua pelajar 6 tahun😘

⏬️⏬️⏬️⏬️⏬️⏬️⏬️⏬️⏬️⏬️

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sungguh manis buah rambutan,
Enak dimakan perlahan-lahan,
Bila ada sebuah pertemuan,
Pasti datang sebuah perpisahan.

Yang indah itu PERTEMUAN,
Yang manis itu KEMESRAAN,
Yang pahit itu PERPISAHAN,
Yang tinggal itu KENANGAN.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Photos from PASTI Ar-Rayyan, Bandar Laguna Merbok's post 07/12/2025

Part 2:

Majlis Anugerah Prestasi Pasti Ar Rayyan, Bandar Laguna Merbok

Majlis ini bukan sekadar penghargaan kepada kejayaan akademik semata-mata, tetapi juga pengiktirafan terhadap usaha, akhlak mulia dan semangat belajar yang ditunjukkan sepanjang tahun.

Setinggi-tinggi penghargaan buat para guru yang telah mencurahkan ilmu dan kasih sayang tanpa jemu, serta ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak.

Juga kepada barisan AJK Pas Cawangan Bandar Laguna Merbok yang sama² berganding bahu Dan tenaga bagi memastikan majlis tersebut berjalan lancar.

Semoga menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, dan menjadi generasi soleh dan solehah yang membanggakan agama, bangsa dan negara.

Mendidik dengan kasih sayang, membentuk generasi bertaqwa.

Photos from PASTI Ar-Rayyan, Bandar Laguna Merbok's post 07/12/2025

Part 1:

07/12/2025

Photos from PASTI Ar-Rayyan, Bandar Laguna Merbok's post 12/10/2025

TAHNIAH diucapkan kepada anakanda Nur Lathifah kerana berjaya sampai ke peringkat kebangsaan….

Walaupun mendapat saguhati dlm acara Hafazan (p), TAPI Lathifah telah berjaya di hati semua❤️

Semoga terus berjaya di masa akan datang🤲🏻

12/10/2025

Keputusan Penuh Alam Ria PASTI Malaysia 2025.

Alhamdulillah penantian penuh debaran akhirnya terjawab.

11 acara dipertandingkan, 33 pemenang dicari, satu yang terbaik diangkat sebagai Johan Keseluruhan.

Tahniah buat PASTI Wilayah Persekutuan kerana berjaya mengekalkan kejuaraan pada sesi tahun lepas.

Membawa pulang 6 Johan acara, 1 tempat ketiga. Meninggalkan Kelantan, Terengganu, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan yang hanya memperoleh satu Johan.

Dan yang paling istimewa sekali, PASTI Sabah berjaya membawa pulang sesuatu di negeri bawah bayu. Naib Johan Bercerita Perempuan dan Sajak Perempuan.

Tahniah buat semua kontinjen Alam Ria PASTI Malaysia yang terlibat memberikan saingan secara sihat.

Anda semua adalah Juara.

Photos from PASTI Ar-Rayyan, Bandar Laguna Merbok's post 28/09/2025

🎊Alhamdulillah selesai sudah *_Majlis Alam Ria PASTI Negeri Kedah_* 🎊

Sekalung Tahniah kepada Adik Nur Lathifah binti Inshafuddin yang telah menjadi Johan dalam kategori Hafazan(p) di peringkat Negeri Kedah

✨Untuk makluman,Nur Lathifah akan mewakili PASTI Negeri kedah ke Alam Ria Pasti Malaysia.

Tahniah juga buat guru² yang mendidik/melatih Adik Lathifah

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Photos from PASTI Ar-Rayyan, Bandar Laguna Merbok's post 04/09/2025

Perarakan Maulidurrasul
PASTI Ar Rayyan 1447H
🌙🌹

Langkah kecil, semangat besar!
Anak-anak PASTI melangkah penuh ceria dalam perarakan Maulidurrasul, mengalunkan selawat & membawa panji cinta kepada Baginda Nabi SAW.
Semoga kecintaan ini terus subur dalam jiwa mereka hingga dewasa.

Want your school to be the top-listed School/college in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
Tuesday 08:00 - 13:00
Thursday 08:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 13:00