30/10/2021
๐ Di Antara Kelebihan Umrah Ialah โ๏ธ:
1. MENJADI TETAMU ALLAH
Di dalam IhyaโUlumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : โTetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperangโ
2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wadaโ di Mekah : โPara jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirhamโ (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)
3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH
Di dalam IhyaโUlumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : โBarang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak p**a dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'โ
4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : โMelakukan umrah pada bulan Ramadan menyamai ibadah hajiโ
5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN
Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : โPerturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besiโ
6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU)
Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : โDan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allahโ Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : โTidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrahโ (Al-Bukhari)
7. PENGHAPUSAN DOSA
Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : โSatu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurgaโ
Team Mahabbah Haramain
Hyad Travel & Tours Sdn. Bhd.
"Ukhuwah Sejati, Haramain Di Hati"
๐ Klik link di bawah untuk sertai group Telegram Umrah..
https://t.me/joinchat/xQoSgri7inMxMjQ1
https://t.me/joinchat/xQoSgri7inMxMjQ1