Tadika Bilal Smart Kids

Tadika Bilal Smart Kids

Share

PENDAFTARAN UNT SESI PENGAJIAN TAHUN 2025 DI BUKA SEKARANG, BOLEH WALK IN TERUS KE BILAL SMART KIDS.

Photos from Tadika Bilal Smart Kids's post 03/03/2026
Photos from Tadika Bilal Smart Kids's post 11/01/2026

Hari pertama persekolahan 11.Jan 2026

11/01/2026

Tak perlu makeup tebal pun kalau hati bersih dan akhlak terjaga, automatik nampak cantik sangat dari mata orang lain. Sejuk je memandang! ✨

Layari www.waktusolat.digital untuk lebih banyak info bermanfaat

11/01/2026
03/01/2026

14 TAHUN BILAL SMART KIDS @ TADIKA NILAM SARI - SATU PERJALANAN YANG TAK DISANGKA .

Sejujurnya.

Bila kami mulakan perjalanan TNS@BSK pada Jan 2011, tak pernah terfikir perjalanan ini akan membawa kami sejauh ini.

Dalam tahun pertama pelajar yang datang hanya 16 lebih.
Pada tahun kedua pelajar meningkat sehingga 50 lebih.
Pada taun- taun berikutnya ALlah izinkan pelajar kami sampai ke 100 lebih.

Apa bila selepas COVID 19 menyerang, pada tahun 2019, ,kemasukkan pelajar mulai susut.Tapi kami tetap teruskan juga institusi ini.
Dengan visi para waris yang datang bersama impian, harapan dan kejayaan, keberanian bagi kami mendidik,mentarbiah dan mentahzib anak-anak.

Perjalanan kami bukan mudah. Ada hari yang senyum gurunya, ada hari mencuka gurunya, dan ada hari yang memerlukankan helaan nafas panjang. Sampai ada tikanya para guru menitiskan air mata dek kerna kenakalan anak-anak.

Ada waktu senang, ada waktu perit.

Namun setiap cabaran tu lah yang jadikan TNS@BSK makin matang dan kuat.

Sepanjang 13 tahun yang berlalu, dengan onak duri,susah dan senang ada kala dan tikanya para guru hanya mendapat separuh imbuhan dan ada kalanya awal dan ada tikanya lambat kerana duit dalam akuan tidak mencukupi.

Banyak cabaran, banyak ujian, banyak benda yang orang tak nampak.

Nak jaga anak-anak 50 hingga 100 hati, nak jaga 50 hingga 100 kerenah bukan kaleng-kaleng, para guru memerlukan hati dan perasaan yang tabah dan kental.

Bukan senang.

Tapi kami tetap usaha sedaya mungkin yang termampu.

Kami akui, kami bukan sempurna. Banyak perkara yang kami buat silap, banyak perkara yang kami terlepas pandang.

Namun, banyak juga kekurangan yang telah kami perbaiki.

Dari team kecil pengurusan bermula dengan hanya 2 orang guru, kini 7 orang yang bekerja keras untuk jaga kualiti, memberikan sokongan penuh kepada para waris, dan pastikan jenama BILAL SMART KIDS @ TADIKA NILAM SARI terus hidup dan menabur bakti pada anak-anak.

Kami akui, TNS @ BSK tak sempurna sebagaimana para waris harapkan,
kami ada kekurangan, ada silap, ada banyak benda yang masih perlu diperbaiki.

Tapi satu benda kami janji, kami tak akan berhenti berusaha menjadi lebih baik.

Semoga tahun 2026 memberi dokongan dan sokongan yang padu pada kami. Sama-sama kita bahu membahu untuk natijah yang baik pada anak-anak suaya dapat terus menuju kejayaan di dunia dan di akhirat.

Doakan kami guru-guru terus sihat dan kuat.

InsyaAllah kami bertekad, kualiti akan diperkasakan, pemantauan akan dipertingkatkan, khidmat akan jadi lebih baik dan kami akan terus baiki apa yang perlu diperbaiki.
Tegurlah kami untuk kebaikkan bersama demi kejayaan dan jati diri anak-anak.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kita move forward sama-sama.

BSK@TNS bukan projek sementara.
Ia bukan projek mencari keuntungan tapi projek mencari redha ALlah.

Ini perjuangan panjang,ini amanah,ini keluarga kami.

Terima kasih kepada semua waris, penyokong dan yang memberi kepercayaan kepada kami, dan sesiapa saja yang mempercayai kami pada perjalanan dan perjuangan ini.

Semoga Allah terus jaga dan permudahkan perjalanan kami.Marilah kita sama-sama lestarikan a manah yang diberikan ALlah ini.
Doa' kan yang baik-baik untuk kami.

INGAT ANAK-ANAK,INGAT BILAL SMART KIDS NILAM SARI.

03/01/2026
03/01/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Taman Nilam Sari
Sungai Petani
08000