05/02/2024
Ingin mencuba dlm bidang pastry???
Belajar dari membuat laminating doh - membentuk - bakar - bawa balik hasil
Cromboloni + croissants + Danish pastry
Kelas secara Hands on (praktikal)
Harga asal RM359
Harga PROMOSI
RM150 sahaja
RM150 sahaja
RM150 sahaja
Sijil penyertaan akan diberikan
Www.wasap.my/60174840596/pastry
21/06/2023
π£π£π£*KELAS PERIUK NOXXA BERSAMA CIKGU NOR KEMBALI LAGI* βΌοΈβΌοΈ
Anda ada periuk noxxa tapi tak pandai guna?
Ada periuk noxxa tapi simpan dalam laci?
Ada periuk noxxa tapi hari hari guna yg sama ja?
Kelas akan diadakan pada
π*SABTU, 24/6/2023*
π*JAM 2:00 PETANG*
π΅*DI ZOOM MEETING*
Jom sertai kelas periuk noxxa dgn kami. Dalam kelas ni anda akan dapat
β
Belajar pelbagai jenis masakan yg menarik menggunakan SEMUA FUNGSI yg ada pada periuk noxxa
β
Cara menjaga periuk noxxa supaya tahan lama
β
Resepi diberikan sebelum kelas bermula
β
Khidmat nasihat berterusan diberikan
β
Rakaman disediakan
β
Jaminan 100% anda akan terus mahir menggunakan periuk noxxa
KELAS TERHAD KEPADA 100 PESERTA SAHAJA! JOM DAFTAR SEGERA
www.wasap.my/60174840596/kelasperiuknoxxa
06/02/2023
RESEPI SAMBAL TEMPEH IKAN BILIS CRISPY
Bahan2 masakan:
5 keping Tempeh (hiris halus)
3 biji Kentang (hiris halus)ikut selera masing2
Ikan bilis (goreng garing)
1 cawan Kacang tanah(goreng garing)
*goreng bahan2 diatas sampai garing
Resepi Sambal
Cili kering (rebus)
I inci belacan
1 biji Bawang Holland
10 biji bawang putih
2 sudu gula melaka
3 sudu gula pasir
Minyak masak
Garam
*blend bahan diatas kecuali minyak masak,gula dan garam
Cara2 masakan:
1- Masukkan minyak masak.. goreng tempeh, kentang, kacang tanah dan ikan bilis sampai garing.. ketepikan.
2- Tumis bahan2 blend sampai naik bau.. letak air sikit dan tumis sampai cili betol2 masak.
3- Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.. masukkan tempe, kentang, kacang dan ikan bilis yang dah digoreng ke dalam sambal.. gaulkan sampai sebati dan siap untuk dihidangan.. Makan dengan nasi panas, roti atau bubur memang mantulπ
selamat mencuba!
Boleh Guna Ikan Bilis Pulau Pangkor Ni >> https://shope.ee/1VMtDXmlEn
Resepi Oleh: Puteri Hana Sofia
05/02/2023
LEMON CHEESE CAKE ICE CREAMππ§π¦π
Hanya guna 4 BAHAN !!!
Memang sedap.. Puas makan anak beranak!
Saya share resepi kat sini..
SeLaMaT MeNcUBa!!β
BAHAN:
Fresh Milk 1 Gelas Besar
Cream Cheese 2 Senduk Besar
Lemon Juice 1/2 Biji Saiz Sederhana
Gula Icing 3 Table Spoon
Cara buat:
Campur semua bahan ni dan blend.. Kalau nak menarik letak pewarna kuning lemon sikit.. Manis dan masam adjust ikut selera masing-masing ye. Kalau s**a manis lebihkan gula dan kalau tak s**a masam sangat kurangkan lemon juice..
Cream cheese pun boleh adjust ikit citarasa sendiri.. Bila dah siap blend, tuang dalam acuan aiskrim. Nak letak dalam bekas plastik pun boleh. Sejukkan dalam 4-5 jam..
SIAP!
Boleh Guna Acuan Aia Krim Jenis Ni >> https://shope.ee/8zXERvT8uB
Resepi Oleh: Shahmila Radha
04/02/2023
Sambal Goreng Cili Api.
Sambal ini sangat sesuai menjadi pembuka selera terutama semasa bersahur dan tahan lama jika disimpan dalam bekas kedap udara, tak perlu simpan dalam peti sejuk.
Bahan-bahannya:
2 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
Segenggam cili api
Segenggam ikan bilis
Garam, gula, perasa dan asam keping secukupnya
Cara-cara memasak:
Kisar bawang besar, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Blender kasar sahaja ya, jangan sampai lumat.
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng bahan yang dikisar sehingga garing.
Semasa menggoreng tu masukkan garam, perasa dan air asam/asam keping.
Siap.
Selamat mencuba...
Guna Ikan Bilis Pulau Pangkor Lebih Rangup>> https://shope.ee/1VMtDXmlEn
Resepi Oleh: Nor Sharliza Ghozali
03/02/2023
Resepi celup tepung cara saya..
π· Rasepi ni blh juga guna utk goreng pisang ye ..
Bahan2
Ikang ( selayang @ kembung, sotong dan udang)
1 peket Tepung Beras 500gm ( terpulang cap apa, yg ni saya pakai tepung beras cap teratai)
1/2 sudu besar Serbuk kunyit
3 biji telur ( telur itik lagi molek )
Secubit garam
Air kapur dlm 1 sudu besar
1 sudu besar cuka ( xmboh letak pom dkpe)
500ml air sejuk ( saya pakai air coway yg sejuk )
Minyak untuk mengoreng ( pastikan minyak banyak ye )
1 senduk minyak masak ( minyak panas yg mendidih ) xmboh letak pom dakpe..
Cara2nya
1. Ikang, udang dan sotong siang dan basuh bersih2 dan toskan sampai air kering yer.. Nk lap dgn tisu dapur pom boleh.. ( kalau xjadi jugok gaul dulu ngam tepung beras hok kering tu br celup adunan tepung tu)
2. Campur semua bahan2 dgn air, air nie letak sikit2 je dulu tengok keadaan adunan tu, adunan jgn pekat sangat jangan cair sangat..s**atan air dlm 500ml...kacau sehingga sebati dan tepung tidak berketul2.
3. Panaskan minyak, biar btl2 panas yer... Minyak mesti banyak ye..
4. Celup ikang sehingga rata dan goreng sehingga masak.. Api sedang2 je yer.. Jgn besar sngt jgn kecil sngt...pastikan minyak yg banyak dan biar ikan yg digoreng tenggelam minyak.. Goreng sehingga kekuningan sehingga masak..
Tips nk bagi kerok banyak dan lembut lg blh lebihkan telor ye, lagi banyak telor lagi halus kerok..
Guna Tepung Beras Ni Baru Menjadi >> https://shope.ee/7za8bxUxSj
Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman
02/02/2023
Nak belajar buat roti dengan kek tapi tak tahu nak buat...jom kita belajar cara buat roti dan kek dan banyak lagi...berminat boleh pm ya http://www.wasap.my/60174849596/kelashansoff
Atau boleh join group untuk lebih banyak lagi kelas
https://chat.whatsapp.com/B94TtzhUgDOALFa3qvD0Yi
01/02/2023
Kuih ketayap saya wajib berlubang2 jerawat camni..x syuke yg licin ploles tu π€π Tips nk berlubang2, pan nk kene betul2 panas sebelum tuang adunan. Bila adunan terkena pan yg panas, automatik ia akan jd berlubang2.. Kpd yg Trypophobia takut pd lubang2 kecik tu.. ampunn.. ππ€ Biasanya buat inti kelapa gula melaka, kali ni tringin nk mkn inti kelapa pandan plk..tetap sedapp πππ
π KUIH KETAYAP INTI PANDAN π
Kulit Ketayap
π2 1/2 cawan tepung gandum
π2 1/2 cawan air daun pandan (blend 6 helai daun pandan + air)
π1 1/2 cawan santan pekat
π1 biji telur
π1 sudu besar minyak masak
π1 sudu teh garam halus
πPewarna hijau
Inti Kelapa
π1 biji kelapa parut
π3/4 cawan gula pasir
πSecubit garam halus
π1/2 cawan air
π2 helai daun pandan -di simpul
πPewarna hijau
Cara2 Membuatnya
π Inti Kelapa Pandan π Di dlm kuali, satukan gula, garam, air, pewarna hijau & daun pandan
π Kacau hingga gula larut & mendidih. Masukkan kelapa, kacau hingga air agak kering. Inti kelapa lebih sedap jika sedikit lembab. Sejukkan dulu..
π Kulit Ketayap π Satukan tepung, garam, telur, minyak, air daun pandan, santan & pewarna hijau
π Campur sedikit pewarna hijau. Kacau sebati & tapiskan. Nak blend pun boleh..
π Panaskan non stick pan hingga betul2 panas. Tuang satu senduk adunan & lenggang nipis. Masak di atas api kecik hingga kering di atas permukaannya..kulit akan jadi berlubang sebab terkena pan yg betul2 panas..
π Angkat & letak inti. Gulung kemas. Sedia di hidangkan samada utk sarapan atau minum petang..
Resepi Oleh: T-hah T-hah
31/01/2023
Kek Pandan gebu gebas gais. Topping Cheese je dah sekilo lebih. Apa lagi nak? π
Ni resepi dari mak Ina tau. Saya tiru sebijik-sebijik untuk buat niaga. Siapa nak boleh la guna resepi ni. Tak akan menyesal punya sebab sedap sangat. Laku keras Insya-Allah. Semoga mak Ina diluaskan rezekinya lagi. Aamin Ya Mujib.
KEK PANDAN CHEESE LELEH GEBUS
BAHAN A
220 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
Β½ sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
β‘οΈ ayak semua bahan A. Ketepikan.
BAHAN B
5 biji telur gred A
1 sudu makan ovalatte
200 gram gula halus
1 sudu makan coconut pandan emulco
1 sudu makan pewarna hijau epal
β‘οΈ semua bahan B diputar sehingga gebu
BAHAN C
150 gram minyak
β‘οΈ masukkan bahan A ke dalam adunan B tadi berselang seli dengan bahan C sehingga sebati.
β‘οΈ masukkan adunan ke dalam bekas SQ3000
β‘οΈ Kukus 40 minit.
CHEESE TOPPING SEDAP MELELEH
BAHAN
750g cream cheese
500g (1 tin) susu pekat
500 gram (1 cawan) whipping cream dairy
562 gram susu penuh krim dutch lady
β‘οΈ Putar semua bahan hingga sebati.
β‘οΈ Crumble hijau ambik sedikit dari kek yang kita pecahΒ² kan.
β‘οΈ Cucuk kek menggunakan garfu. Kemudian tuang topping cheese ke atas kek.
β‘οΈ Kemudian parut keju cheddar
β‘οΈ Akhir sekali tabur crumble hijau di tepi kek. Siap.
π§‘ Bahan topping boleh dapat 2 bekas 3000, 1 bekas 1500
Guna Whipping Cream Ni Baru Kental Elok >> https://shope.ee/8KGEJdraAS
SELAMAT MENCUBA π€
Resepi Oleh: Ika Zul
30/01/2023
Cik Tom nak kongsi resepi agar-agar gula merah, kot kot ada yang nak buat.
Bahan-bahan :
1 paket agar-agar serbuk (10g)
1 cawan gula merah
2 - 3 sudu besar gula pasir *(kalau s**a manis, boleh tambah. Kalau tak s**a, tak payah tambah)
1 kotak santan kecil (200ml)
1 biji telur ayam
4 cawan air
Sedikit esen vanilla
Secubit garam
Sehelai daun pandan.
Cara-cara :
1. Campurkan santan, telur dan esen vanilla kemudian tapis. Ketepikan dulu.
2. Sediakan periuk. Masukkan air, serbuk agar-agar, gula merah dan daun pandan. Buka api dan kacau-kacau sampai gula larut. Masa ni boleh rasa, kalau nak manis tambah gula pasir. Kalau tak s**a manis, sila abaikan.
3. Bila gula dah larut, boleh masukkan adunan santan tadi. Masukkan secubit garam. Kacau-kacau lagi sehingga mendidih ganas.
4. Dah pecah santan, boleh tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai. Sejukkan dahulu kemudian boleh masukkan ke dalam peti ais.
Sedia dinikmati ketika sejuk-sejuk. Selamat mencuba ye βοΈ
Guna Serbuk Agar-Agar Ni
29/01/2023
*KEK KEJU MARKISA*
*Bahan-bahannya:*
400 gm biskut digestive(original).
200 gm melted butter,
1/2 cawan gula halus.
3 biji telur.
500 gm cream cheese.
1 tbsp gelatin bancuh dengan 2 tbsp air panas.
210 gm sour cream.
1/2 cawan buah markisa.
*Cara-caranya:*
Masukkan biskut kedalam plastik dan gelek dengan rolling pin sehingga hancur.
Masukkan kedalam mangkuk dan tuangkan melted butter. Gaul hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang spring form dan ratakan dibahagian bawah dan keliling bahagian tepi loyang.Tekan-tekankan agar melekat di tepi loyang. Masukkan loyang kedalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit.
Sementara menunggu adunan biskut mengeras pukul cream cheese sehingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul hingga gebu.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga kembang.
Masukkan sour cream & gelatin dan pukul lagi hingga sebati.Pastikan tiada ketulan.
Akhir sekali masukkan buah markisa dan gaul hingga rata.
Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan adunan Cheese kedalam loyang.
Bakar hingga masak(Suhu 180 darjah celcius)Jangan lupa letakkan semangkuk air panas mendidih dirak paling bawah oven.
Apabila kek telah masak matikan oven dan buka pintu oven dan biarkan kek sejuk didalam oven. Masukkan kek kedalam peti sejuk selama 5 jam atau lebih baru di potong dan dihidangkan.