Rumah Belajar SP Selatan

Rumah Belajar SP Selatan

Share

Konsep Rumah Belajar kami lebih kepada cara santai untuk anak 5-6 tahun dan jugak 8-9 tahun.

Fokus kami lebih kepada asas membaca, mengeja, mengira, penyelesaian masalah, hafalan dan bonus pada aktiviti lain seperti memanah.

14/11/2022

Selesai sesi harini berkenaan solat serta rukun solat.

Sempat juga berkongsi cerita peristiwa israk mikraj bagaimana terjadinya penetapan solat 5 waktu pada hari ini.

Alangkah yang 5 waktu pun ramainya culas dan ambil mudah, mana mampu kita nak laksanakan solat sebanyak 50 waktu asalnya diperintahkan kepada Nabi kita Muhammad SAW.

Sempat juga berkongsi tentang bagaimana seksaan azab kubur buat mereka yang culas tentang solat.

Semua berazam nak cuba jaga solat. Alhamdulillah.

Cikgu boleh ajar, selebihnya ibu bapa sendiri bagaimana didik anak mereka di rumah.


10/09/2022

Alhamdulillah aktiviti dengan anak-anak homeschool harini ke pantai mencari gamat dan juga siput peha ayam.

Bukan anak-anak saja teruja. Mak-mak pun sama. Termasuk kaum bapa. Pertama kali tengok dan pegang gamat depan mata. Rupanya seperti bola getah yang bila ditekan dianya seakan bouncing semula.

Gamat pantai merdeka dulunya sangat banyak. Semakin pupus akibat kegiatan sindiket yang menjual gamat untuk pasaran luar.

Ikutkan surut air pagi tadi sekitar selepas subuh. Elok sangat waktu nak mencari gamat. Kami sampai dan mula mencari, air laut dah mula pasang. Jadi, agak mencabar terutama yang tak cukup ketinggian tu 🤭

Jenuh la kuis kaki nak mencari gamat dan siput peha ayam. Alhamdulillah gagal nak berjumpa. Hahaha. Yang lain ada juga dapat. Total kami dapat dalam beberapa ekor saja.

Uniknya haiwan gamat ni, dia ada ciri-ciri membaik pulih yang cepat. Kalau belah dan ambil airnya, kita biar tepi sekejap dan kemudian belek semula, dah tak jumpa belahan tadi. Masya allah. Hebat betul ye makhluk Allah yang cinonet ni.

Bila info pasal gamat ni agak terbatas, kita usaha tanya pakcik google. Masya allah baru tau gamat ni sebenarnya haiwan yang sangat penting pada ekosistem kita.

Nak tau kenapa?

Sebabnya gamat ni bertindak sebagai filter (penapis) di dalam laut. Segala sediment, organic matters akan ditapis oleh si gamat ni lah dan come out gamat akan excreate inorganic nitrogen dan phosporus.

Gamat ni umpama benteng juga pada keseimbangan ekosistem dalam laut. Takda gamat makanya laut akan kegelapan dan suram. Subahanallah.


Rasa-rasa dah dapat idea dah sesi pembelajaran untuk next week berkenaan ekosistem dan maybe akan selit tentang hidupan unik yang diberi nama gamat ni 😁

SP Selatan Homeschool

30/08/2022

Salam kemerdekaan dari kami semua 😁

10/08/2022

Alhamdulillah. Yang penting anak-anak gembira belajar. Tiada silibus tertentu. Sekadar mengajar anak anak lancar membaca menulis rumi jawi english dan bijak mengira. Insya allah. Bonus kita sertakan sekali aktiviti memanah untuk mereka.

05/04/2022

Selamat menyambut bulan ramadhan dari anak-anak ❤️

24/03/2022

Aktiviti sebelum anak anak pulang kerumah masing-masing. Bergaya dengan mahkota ala srikandi dan pendekar dah 🤭😄


Sebak bila tengok balik momen depa ni. Semoga semua anak didik cikgu jadi orang orang hebat.

Kalau cari sekolah untuk ajar anak dapat A dalam pelajaran,
Ini bukan sekolahnya.

Tapi kalau cari sekolah untuk penuhkan tangki emosi anak-anak, belajar adab yang baik, belajar tentang kehidupan, belajar tentang alam, belajar kenal allah, belajar mensyukuri nikmat, insya allah disinilah tempat bermula.

Cikgu dalam kelas memang garang. Boleh tanya anak anak lain, rotan tu sentiasa ada dekat tangan. Bukan tujuan untuk menghukum anak anak, tetapi nak mendidik.

Nampak macam cikgu yang mendidik anak-anak, tapi sebenarnya anak-anaklah yang mendidik cikgu. Supaya sentiasa bersabar mendidik mereka.

Terima kasih allah diatas semua kesempatan dan peluang hari ini.

Photos from Rumah Belajar SP Selatan's post 24/03/2022

Selesai kelas minggu ni. Bawak anak anak outdoor. Aktiviti bebas. Kutip bahan untuk craft mahkota. Mood anak anak punya la happy. Penuh tangki emosi depa. Senyum sampai telinga.

Habis outdoor,balik rumah cikgu buatkan minuman special untuk anak-anak. Air bunga telang bersama lemon. Sedappppp sangat air ni cikgu. Hihi.

Makan bertambah tambah lapaq sangat gaya tu 🤭 Selesai aktiviti, anak anak sambung memanah bergaya dengan mahkota masing masing.

Rezeki dari kebun (tepi rumah) pisang abu cikgu kongsi bersama anak anak. Organik lagi tau. Alhamdulillah.

Jumpa lagi sesi minggu depan insya allah.

Photos from Rumah Belajar SP Selatan's post 23/03/2022

Alhamdulillah. Setiap minggu ada benda baru anak anak belajar. Lepas dari memanah, cikgu tanya anak anak nak makan tebu tak?

"Jom kita kutip tebu".

Tebu fresh dari kebun cikgu. Organik tanpa racun kimia. Anak-anak dapat tengok macamana cara orang makan tebu dari pokok. Selalu beli je kat tepi jalan kan? Hihi.

At first depa tak pandai juga macamana nak makan. Anak cikgu tolong demo. Dah pandai memasing pakat berebut. Sedap sangat 🤭

Sesi belajar mengenai pokok tebu harini. Alhamdulillah 😁. Masuk rumah kita buat task sikit. Dah siap, pakat nak keluar melompat trampoline pulak.

Silakan lah anak-anak. Asalkan ampa semua bahagia 😊

Want your school to be the top-listed School/college in Sungai Petani?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lorong Emas 12
Sungai Petani

Opening Hours

Tuesday 08:30 - 12:00
Wednesday 08:30 - 12:00
Thursday 08:30 - 12:00