SMK Pengkalan Lebai Man

SMK Pengkalan Lebai Man page ini adalah Laman Fb rasmi SMK Pengkalan Lebai Man yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Media SMKPLM.

Page ini diusahakan bagi menghebahkan aktiviti-aktiviti dan info-info semasa kepada umum khususnya ibu bapa pelajar dan masyarakat setempat.

๐Ÿ† SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH ๐Ÿ†Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-26 Tahun 2026 yang telah b...
26/04/2026

๐Ÿ† SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH ๐Ÿ†

Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Olahraga Kali Ke-26 Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 24 April 2026 (Khamis) lalu telah diadakan dengan jayanya dalam suasana penuh semangat, meriah dan harmoni.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini khususnya barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan, PIBG, para petugas, ibu bapa serta seluruh warga sekolah yang memberikan kerjasama padu.

Tahniah diucapkan kepada Rumah Sukan Petronas atas kejayaan muncul sebagai Juara Keseluruhan Tahun 2026. Kejayaan ini membuktikan hasil usaha gigih, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi. ๐Ÿ†๐Ÿ‘

Tidak dilupakan juga tahniah kepada Rumah Sukan Caltex, Petron dan Shell atas saingan hebat serta semangat juang yang dipamerkan sepanjang kejohanan berlangsung. Kalah atau menang bukan ukuran utama, tetapi nilai kesukanan, perpaduan dan semangat juang itulah kemenangan sebenar. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform melahirkan murid yang cergas, berdaya saing dan cemerlang dalam sukan serta sahsiah.

26/04/2026

โœจ Program Penetapan Target SPM 2026 & Majlis Apresiasi SPM 2025. " Misi Puncak SPM 2026 : Set Target, Cipta Kejayaaan"

Tarikh : 19 April 2026 (Ahad)

Alhamdulillah, satu langkah penuh makna telah dilakar!. Penetapan target menjadi titik mula perjuangan calon SPM 2026 โ€” mengubah impian menjadi realiti.

Dalam masa yang sama, Majlis Apresiasi SPM 2025 diraikan sebagai simbol kejayaan, bukti usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

Diserikan dengan ceramah motivasi yang membakar semangat, meniup keyakinan dan mengangkat azam untuk terus melangkah lebih jauh.

๐Ÿ”ฅ Bukan sekadar sasaran, tetapi misi menuju kecemerlangan! ๐Ÿ”ฅ

23/04/2026
โœจ Program Penetapan Target SPM 2026 & Majlis Apresiasi SPM 2025. " Misi Puncak SPM 2026 : Set Target, Cipta Kejayaaan"Ta...
19/04/2026

โœจ Program Penetapan Target SPM 2026 & Majlis Apresiasi SPM 2025. " Misi Puncak SPM 2026 : Set Target, Cipta Kejayaaan"

Tarikh : 19 April 2026 (Ahad)

Alhamdulillah, satu langkah penuh makna telah dilakar!. Penetapan target menjadi titik mula perjuangan calon SPM 2026 โ€” mengubah impian menjadi realiti.

Dalam masa yang sama, Majlis Apresiasi SPM 2025 diraikan sebagai simbol kejayaan, bukti usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

Diserikan dengan ceramah motivasi yang membakar semangat, meniup keyakinan dan mengangkat azam untuk terus melangkah lebih jauh.

๐Ÿ”ฅ Bukan sekadar sasaran, tetapi misi menuju kecemerlangan! ๐Ÿ”ฅ

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidilfitri & Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 โœจ๐ŸŒ™Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran kita telah be...
19/04/2026

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidilfitri & Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-27 โœจ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran kita telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-27 serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 yang lalu pada:

๐Ÿ“… Tarikh: 12 April 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Tempat: SMK Pengkalan Lebai Man

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, penjaga, guru-guru serta warga sekolah yang telah hadir dan memberikan sokongan padu dalam menjayakan majlis ini.

Mesyuarat ini bukan sahaja menjadi platform penting untuk membincangkan hala tuju dan kecemerlangan sekolah, malah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan bersama turut memeriahkan suasana dengan semangat kekeluargaan, perpaduan dan kegembiraan.

Semoga kerjasama erat ini akan terus berkekalan demi kecemerlangan anak-anak didik kita.

๐Ÿค โ€œBersatu Hati, Melakar Kecemerlanganโ€

Sekian, terima kasih.

๐ŸŒธ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ๐ŸŒธ

๐ŸŒน SYABAS & TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG SPM 2025 ๐ŸŒนSetinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada seluru...
31/03/2026

๐ŸŒน SYABAS & TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG SPM 2025 ๐ŸŒน

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMKPLM atas kejayaan cemerlang dalam keputusan SPM 2025.

๐Ÿ“Š Pencapaian ini jelas terserlah apabila Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2025 berjaya mencatatkan 4.91, meningkat dengan ketara berbanding 5.57 pada tahun 2024.

๐Ÿ† Lebih membanggakan, pencapaian ini merupakan GPS terbaik dalam sejarah SPM SMKPLM.

๐Ÿ’Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, komitmen padu serta kerjasama erat antara pihak pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar.

๐Ÿ’Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPLM! ๐ŸŒนโœจ

๐ŸŽ“ Program Kemahiran Belajar & Hala Tuju Kerjaya Selepas SPM 2026Pada 5 Mac 2026 (Khamis) telah berlangsung Program Kemah...
07/03/2026

๐ŸŽ“ Program Kemahiran Belajar & Hala Tuju Kerjaya Selepas SPM 2026

Pada 5 Mac 2026 (Khamis) telah berlangsung Program Kemahiran Belajar dan Hala Tuju Kerjaya Selepas SPM 2026 yang disampaikan oleh En. Farid bin Hussin dari Institut ANS, Alor Setar.

Program ini telah diadakan khas untuk murid Tingkatan 5 iaitu kelas 5UIA, 5UKM dan 5UUM bagi memberikan pendedahan tentang teknik belajar yang berkesan serta panduan memilih hala tuju selepas menduduki peperiksaan SPM.

Perkongsian yang sangat bermanfaat ini diharap dapat membantu murid membuat perancangan masa depan dengan lebih jelas dan terarah.

Semoga program seperti ini dapat memberi inspirasi dan semangat kepada murid-murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam SPM serta merancang masa depan yang lebih cemerlang.

๐Ÿ“šโœจ PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR & HALA TUJU SELEPAS SPM 2026 โœจ๐Ÿ“šSMK Pengkalan Lebai Man dengan kerjasama Management and Scie...
01/03/2026

๐Ÿ“šโœจ PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR & HALA TUJU SELEPAS SPM 2026 โœจ๐Ÿ“š

SMK Pengkalan Lebai Man dengan kerjasama Management and Science University (MSU) Sungai Petani telah berjaya menganjurkan Program Kemahiran Belajar & Hala Tuju Selepas SPM khas untuk murid:

๐ŸŽ“ 5USM
๐ŸŽ“ 5UTM
๐ŸŽ“ 5UPM
๐ŸŽ“ 5UMP

๐Ÿ—“ Tarikh: 26 Februari 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 12.00 tengah hari โ€“ 1.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Bestari SMKPLM

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang:
โœ… Teknik belajar berkesan menjelang SPM
โœ… Pengurusan masa & strategi ulang kaji
โœ… Laluan pendidikan selepas SPM
โœ… Peluang pengajian & kerjaya masa hadapan

Perkongsian yang sangat bermanfaat ini membantu murid lebih jelas dalam merancang masa depan serta meningkatkan motivasi untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Terima kasih kepada pihak MSU Sungai Petani atas komitmen dan perkongsian ilmu yang amat berharga. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kecemerlangan anak-anak didik SMKPLM.

๐ŸŒฟ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ GREEN LESTARI WALK SMKPLM 2026 ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ๐ŸŒฟProgram Green Lestari Walk SMKPLM 2026 pra Kejohanan Merentas Desa telah diada...
13/02/2026

๐ŸŒฟ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ GREEN LESTARI WALK SMKPLM 2026 ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ๐ŸŒฟ

Program Green Lestari Walk SMKPLM 2026 pra Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 10 Februari 2026 (Selasa) yang lalu dengan jayanya.

Program ini dianjurkan sebagai menyahut kempen Sekolah Lestari, sekali gus memupuk kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Aktiviti ini bukan sahaja menjadi pemanas badan sebelum Kejohanan Merentas Desa, malah menjadi platform menyemai semangat cintakan alam sekitar, disiplin dan kerjasama dalam kalangan murid. ๐ŸŒฑ๐Ÿ’š

Tahniah dan syabas kepada semua murid serta guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Bersama kita melestarikan alam demi masa depan yang lebih hijau! โ™ป๏ธโœจ

Address

Sungai Petani
06700

Opening Hours

Monday 07:00 - 14:00
Tuesday 07:00 - 14:00
Wednesday 07:00 - 14:00
Thursday 07:00 - 14:00
Sunday 07:00 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Pengkalan Lebai Man posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Pengkalan Lebai Man:

Shortcuts

Share

Category