05/09/2026
KEJOHANAN KRIKET MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA TAHUN 2026
Tarikh : 28 Ogos – 4 September 2026
Masa : Sepenuh Masa
Tempat : Kota Bharu, Kelantan
Pencapaian : Johan Kebangsaan
Atlet : Muhammad Firas Faqif bin Mohd Sarijo
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Firas Faqif bin Mohd Sarijo, murid SK Sungai Rawang, yang telah berjaya mewakili negeri Selangor dalam Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2026 dan seterusnya dinobatkan sebagai Johan Kebangsaan!
Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian yang cukup membanggakan ini. Kejayaan ini bukan sahaja hasil daripada bakat dan kesungguhan atlet, malah merupakan hasil usaha, komitmen, disiplin dan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
- Jurulatih peringkat daerah dan negeri Selangor
- PPD Sepang dan pihak pengurusan sukan Pendidikan
- Guru-guru yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan
- Ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak
- Serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu, membimbing dan menyokong perjalanan pasukan sehingga mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan.
Sesungguhnya, kejayaan ini adalah kejayaan bersama dan satu kebanggaan buat SK Sungai Rawang, daerah Sepang dan negeri Selangor.
Tahniah Muhammad Firas Faqif! Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.
SK Sungai Rawang – Melangkah Jauh, Mengukir Kejayaan!