Smk Dato' Abu Bakar Baginda

Smk Dato' Abu Bakar Baginda Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Smk Dato' Abu Bakar Baginda, School, SEKOLAH MENENGAH DATO'ABU BAKAR BAGINDA, Jalan MAKTAB, Sungai Merab.

SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSeluruh warga SMK Dato’ Abu Bakar Baginda merakamkan ucapan sal...
17/07/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Seluruh warga SMK Dato’ Abu Bakar Baginda merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Nur Harith bin Rajuddin atas pemergian insan yang dikasihi.

Semoga keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosanya, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat-Nya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru: Pengurusan Kewangan Zakat dan Wakalah📢🗓️Tarikh: 13 Julai 2026🏫Tempat: Bilik Me...
14/07/2026

Bengkel Peningkatan Profesionalisme Guru: Pengurusan Kewangan Zakat dan Wakalah📢

🗓️Tarikh: 13 Julai 2026
🏫Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK DABB

Alhamdulillah, Taklimat Zakat Wakalah telah disampaikan oleh Encik Ahmad Nasir bin Abd Jamil dari Pusat Zakat Selangor kepada semua guru SMKDABB.

Semoga taklimat ini memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai pengurusan dan pelaksanaan zakat serta dapat dimanfaatkan demi kebajikan warga sekolah dan masyarakat.


Karnival Semarak Bahasa Daerah Sepang🗣️🗓️Tarikh: 11 Julai 2026🏫Tempat: Institut Aminuddin Baki , Bandar EnstekPENCAPAIAN...
14/07/2026

Karnival Semarak Bahasa Daerah Sepang🗣️

🗓️Tarikh: 11 Julai 2026
🏫Tempat: Institut Aminuddin Baki , Bandar Enstek

PENCAPAIAN:
🏆3rd Place Dare To Spell
Marissa binti Muhammad Fahmi 4A

🏆5th Place Public Speaking
Azwani Zulaikha binti Azral Izwan 4A

Tahniah atas pencapaian hebat wakil SMKDABB dan komitmen guru pembimbing. Anda sememangnya kebanggaan kami!

MyDABB @ Berilmu Berintegriti Berkualiti






Program Pemantapan Kualiti Imam 2026🕌🗓️Tarikh: 8 Julai 2026🕰️ Masa: 7.30 am - 12.30 pm🏫Tempat: Musolla At-Takwa👥Penyerta...
14/07/2026

Program Pemantapan Kualiti Imam 2026🕌

🗓️Tarikh: 8 Julai 2026
🕰️ Masa: 7.30 am - 12.30 pm
🏫Tempat: Musolla At-Takwa

👥Penyertaan:
32 orang ahli Squad Qiyadah

Semoga program ini dapat melahirkan imam muda yang berilmu, berkeyakinan dan berakhlak mulia dalam memimpin ibadah serta menjadi contoh kepada warga sekolah.

MyDABB @ Berilmu Berintegriti Berkualiti




KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEPANG TAHUN 2026🏟️🗓️Tarikh    : 29 Jun - 3 Julai 2026🏫Tempat  : Stadium Mini UNITEN PENCAPAIAN ...
08/07/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEPANG TAHUN 2026🏟️

🗓️Tarikh : 29 Jun - 3 Julai 2026
🏫Tempat : Stadium Mini UNITEN

PENCAPAIAN :
🏆Olahragawati Perempuan Kelas 3
Nur Aleeya Batrisya Binti Muhamad Hafizi (2J)

🥇5 EMAS
1. 100M P3 (Rekod Baru Kejohanan): Nur Aleeya Batrisya Binti Muhamad Hafizi (2J)

2. 200M P3 (Rekod Baru Kejohanan: Nur Aleeya Batrisya Binti Muhamad Hafizi (2J)

3. 100M P1 Lari Berpagar: Nur Ilham Amani Binti Muhammad Azzam (4D)

4. 400M P3: Awfiyah Imani Binti Muhammad Azzam (1C)

5. Lempar Cakera P3: Nurul Zahira Binti Safril (1L)

🥈2 PERAK
1. 400M P1 Lari Berpagar: Atiqa Mahirah Binti Khairul 'Anhar (4E)

2. Lempar Cakera P2: Nur Laiyin Awfiey Bt Shahrul Amin (3L)

🥉5 GANGSA
1. 100M L2: Muhamad Syaza Danial Bin Muhamad Sarwani (3H)

2. 100M Lari Berpagar P2: Nur Humaira Binti Muhammad (3C)

3. 200M Lari Berpagar P2: Nur Humaira Binti Muhammad (3C)

4. 400M Lari Berpagar P1: Ummu Qhaleesya Surisyaqeela Binti Muhamad Azhar (4B)

5. Kuartet L2 4 X 100M:
Aiman Iskandar Bin Jamalullail (3L)
Muhamad Syaza Danial Bin Muhamad Sarwani (3H)
Muhammad Hadi Irfan Bin Muhd Rasyidi (3L)
Meor Ikram Bin Meor Ahmad Shahruzzaman (3KAA2)

Tahniah kepada semua atlet sekolah atas pencapaian membanggakan di Kejohanan Olahraga MSSD. Usaha, disiplin dan semangat juang mereka telah mengharumkan nama sekolah. Teruskan kecemerlangan.

MyDABB @ Berilmu Berintegriti Berkualiti




BENGKEL PENJAMINAN MUTU DAN PENETAPAN TP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD).Pada 2 Julai 2026, telah berlangsung Bengkel Pen...
07/07/2026

BENGKEL PENJAMINAN MUTU DAN PENETAPAN TP PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD).

Pada 2 Julai 2026, telah berlangsung Bengkel Penjaminan Mutu dan Penetapan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang bertempat di Bilik Mesyuarat dengan penyertaan semua guru.

Bengkel ini bertujuan memperkukuh kefahaman guru terhadap pelaksanaan PBD yang berkualiti, telus dan konsisten, di samping menyeragamkan pertimbangan profesional dalam penetapan Tahap Penguasaan (TP) berdasarkan evidens yang autentik.

Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat memperkasakan amalan pentaksiran di bilik darjah serta memastikan setiap murid dinilai secara adil, tepat dan bermakna demi meningkatkan kualiti pendidikan.

"Pentaksiran Berkualiti, Murid Berpotensi.”


Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan KASPA Negeri Selangor🚨🗓️Tarikh: 30 Jun - 2 Julai 2026🏫Tempat: Pusat Latihan JAKOA Damansa...
07/07/2026

Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan KASPA Negeri Selangor🚨

🗓️Tarikh: 30 Jun - 2 Julai 2026
🏫Tempat: Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai

👥Penyertaan:
1. Muhammad Zahirul Iman bin Mohd Zamri (4 Fikrah)
2. ⁠Nur Adriana Jasmine binti Faizan (3 Bestari)

Tahniah atas kenaikan pangkat para murid dan terima kasih atas komitmen guru-guru pembimbing. Anda sememangnya kebanggaan kami!

MyDABB @ Berilmu Berintegriti Berkualiti




Program Sukarelawan Siswa Inisiatif: Alam, Gawat & Aspirasi 2026 (SIAGA’ 26)🧑‍🎓👩‍🎓🗓️Tarikh: 2 Julai 2026🏫Tempat: Fakulti...
07/07/2026

Program Sukarelawan Siswa Inisiatif: Alam, Gawat & Aspirasi 2026 (SIAGA’ 26)🧑‍🎓👩‍🎓

🗓️Tarikh: 2 Julai 2026
🏫Tempat: Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, UKM
➡️Anjuran: UKM

👥Penyertaan: 80 orang Murid Tingkatan 3 & 4

Pengetua, Puan Hafizah binti Idris turut hadir bersama di Majlis Penutupan SIAGA UKM dan menandatangani jalinan kerjasama antara SMKDABB dgn UKM.

MyDABB @ Berilmu Berintegriti Berkualiti




MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENCAPAIAN PENINGKATAN GPMP SPM 2025Mengiktiraf Usaha, Menghargai KecemerlanganMajlis Penyampai...
29/06/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENCAPAIAN PENINGKATAN GPMP SPM 2025

Mengiktiraf Usaha, Menghargai Kecemerlangan

Majlis Penyampaian Sijil Pencapaian Peningkatan GPMP SPM 2025 diadakan sebagai tanda penghargaan kepada panitia mata pelajaran dan warga pendidik yang berjaya mencatat peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dalam peperiksaan SPM 2025.

Majlis ini menjadi simbol pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan usaha berterusan guru-guru dalam meningkatkan prestasi akademik murid. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta menginspirasikan seluruh warga sekolah untuk mencapai pencapaian yang lebih gemilang pada masa hadapan. Tahniah dan syabas kepada semua penerima sijil atas kejayaan yang membanggakan.


Sepang

Majlis Penyerahan Sijil Kelas Paling Bersih dan Ceria Bulanan 🏫🗓️Tarikh: 29 Jun 2026🏫Tempat: Dewan PerdanaPemenang Kelas...
29/06/2026

Majlis Penyerahan Sijil Kelas Paling Bersih dan Ceria Bulanan 🏫

🗓️Tarikh: 29 Jun 2026
🏫Tempat: Dewan Perdana

Pemenang Kelas Paling Bersih dan Ceria
🏆Bulan Mac: 4 Arif
🏆Bulan April: 4 Cerdik

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Diharapkan anugerah ini akan menjadi pembakar semangat kepada semua murid untuk meningkatkan lagi keceriaan dan kebersihan kelas masing-masing✨





Address

SEKOLAH MENENGAH DATO'ABU BAKAR BAGINDA, Jalan MAKTAB
Sungai Merab
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smk Dato' Abu Bakar Baginda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Smk Dato' Abu Bakar Baginda:

Shortcuts

Share

Category