SMK SG KOB

SMK SG KOB SMK SUNGAI KOB Dahulunya, Sungai Kob turut dikenali sebagai Bukit Payung. Tapak pembinaan sekolah ini pada dahulunya merupakan kawasan ladang getah.

SMK Sungai Kob adalah sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar, kira-kira 15 kilometer dari Pekan Kulim dan ditubuhkan pada tahun 1986. Sekolah ini berkeluasan 15 ekar yang terletak berhadapan dengan kawasan Perumahan Taman Mutiara. Pada asalnya, sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan, iaitu blok A, B dan C, sebuah bengkel Kemahiran Hidup, 3 buah bilik makmal Sains serta sebuah asrama

desa. Asrama SMK Sungai Kob telah dibina pada tahun 1989 dan mula beroperasi pada Disember 1990. Kini, SMK Sungai Kob berwajah baru apabila 2 blok bangunan baru, iaitu blok D dan blok E dibina. Perasmian bangunan baru ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdullah bin Saad, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu pada 13 Ogos 2003. Di awal penubuhan sekolah ini, tenaga pengajar terdiri daripada 9 orang tenaga pengajar, 2 orang staf sokongan dan bilangan pelajar dalam sekolah ini ialah seramai 144 orang sahaja. Terdapat 3 buah kelas untuk pelajar Tingkatan 1 dan sebuah kelas Peralihan. Setiap kelas mempunyai 36 orang pelajar. Di awal penubuhan sekolah ini pada tahun 1986, para pelajar, guru-guru dan staf sokongan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Sungai Kob selama 4 bulan. Persekolahan dijalankan pada sesi petang sahaja. Namun, menjelang bulan April 1986, warga SMK Sungai Kob telah berpindah ke bangunan baru iaitu bangunan yang ada sekarang dengan menjalankan sesi
persekolahan pada sesi pagi sahaja. Para pelajar SMK Sungai Kob pada masa itu terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Kebanyakan waris pelajar terdiri daripada penoreh getah. Pada mula pembukaan sekolah ini, sekolah ini menjalankan persekolan satu sesi pada tahun 1986. Pada tahun 1993, telah ditukar kepada 2 sesi persekolahan. Kemudian ditukar semula kepada 1 sesi persekolahan pada tahun 2002 hingga 2007. Pada tahun 2008, sesi persekolahan kembali ke 2 sesi sehingga sekarang. Pada tahun 1986 hingga 1995, SMK Sungai Kob merupakan sekolah gred B. Menjelang tahun 1995 hingga 1998 ditukar kepada sekolah gred A dan ditukar semula ke sekolah gred B pada tahun 1998 hingga 2001. Hal ini kerana, bilangan pelajar sekolah berkurang. Bermula tahun 2002 telah dinaikkan semula menjadi sekolah gred A. Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja iaitu antara tahun 1986 hingga 1988. Namun, pada tahun 1989 telah diwujudkan tingkatan 4 di sekolah ini. Tingkatan 5 mula diperkenalkan pada tahun 1990. Menjelang tahun 2003, tingkatan 6 mula diperkenalkan dengan permulaan hanya dengan 2 buah kelas sahaja. Namun, sekarang sokolah ini telah mempunyai 4 buah kelas tingkatan 6 yang terdiri daripada 2 kelas 6 Atas dan 2 kelas 6 Bawah. Warga SMK Sungai Kob sekarang terdiri daripada 1643 orang pelajar, 119 orang guru serta 14 orang staf sokongan. Pada tahun 2003, sebuah kuarters Institusi Pelajaran SMK Sungai Kob telah dibina bersebelahan padang sekolah. Kuarters ini mempunyai 4 buah blok bangunan
yang menempatkan guru-guru dari sekolah seluruh daerah Kulim Bandar Baharu.

Tahniah kepada semua atlet yang mengambil bahagian πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
21/08/2026

Tahniah kepada semua atlet yang mengambil bahagian πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Cuti sempena Malidur Rasul
19/08/2026

Cuti sempena Malidur Rasul

18/08/2026
Jom sertai πŸ”₯
18/08/2026

Jom sertai πŸ”₯

Bawa bendera ya πŸ‡²πŸ‡Ύ
17/08/2026

Bawa bendera ya πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jom Kitar Semula
17/08/2026

Jom Kitar Semula

TAHNIAH πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯Pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Sungai Kob.
13/08/2026

TAHNIAH πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯
Pasukan Kadet Remaja Sekolah SMK Sungai Kob.

KONFERENSI WARIS TINGKATAN 1 - 5&PERJUMPAAN TPC DENGAN IBU BAPA / WARIS CALON SPM 2026AHAD9 Ogos 2026
08/08/2026

KONFERENSI WARIS TINGKATAN 1 - 5
&
PERJUMPAAN TPC DENGAN IBU BAPA / WARIS CALON SPM 2026

AHAD
9 Ogos 2026

Address

KARANGAN
Sungai Kob
09700

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 15:00
Sunday 07:30 - 17:00

Telephone

+6044023555

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK SG KOB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK SG KOB:

Shortcuts

Share

Category