SK Sungai Dua Butterworth, Pulau Pinang, Sekolah Kluster Kecemerlangan

SK Sungai Dua Butterworth, Pulau Pinang, Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Sungai Dua, Butterworth, Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 9 & TS25 Kohort 6

Kami warga SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, BUTTERWORTH mengucapkan selamat maju jaya buat 4 orang anak-anak hebat SK SUNG...
23/08/2026

Kami warga SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, BUTTERWORTH mengucapkan selamat maju jaya buat 4 orang anak-anak hebat SK SUNGAI DUA yang akan berjuang di peringkat MSSM 2026.

TAHNIAH DAN SEMOGA PULANG DENGAN KEJAYAAN

RIBUAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.

🐝✨ SELAMAT MAJU JAYA, EISHA HANIA! ✨🐝Seluruh warga SK Sungai Dua mendoakan yang terbaik buat Eisha Hania Binti Abdul Azi...
22/08/2026

🐝✨ SELAMAT MAJU JAYA, EISHA HANIA! ✨🐝

Seluruh warga SK Sungai Dua mendoakan yang terbaik buat Eisha Hania Binti Abdul Aziz yang akan berjuang di Grand Finals ESBee 2026 hari ini. 🏆

Berikan yang terbaik, kekal tenang dan yakin dengan kemampuan diri. 💪🏻❤️

Go Eisha! Do your best & make us proud! 🌟

Kami semua di SK Sungai Dua sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaanmu. ❤️

⚡️The Star Warrior in the making⚡️Tahniah dan selamat maju jaya buat adik Muhammad Aqeef Al Qayyum Bin Noor Jafni atas k...
20/08/2026

⚡️The Star Warrior in the making⚡️

Tahniah dan selamat maju jaya buat adik Muhammad Aqeef Al Qayyum Bin Noor Jafni atas kejayaaan mewakili PASUKAN FUTSAL PRASEKOLAH NEGERI PULAU PINANG
ke KARNIVAL SUKAN MURID PRASEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

💪💪💪💪💪💪💪

20 Ogos 2026Stadium Negeri Batu KawanPulau PinangKemenjadian Murid MBPKPPKI SK Sungai Dua ButterworthAlhamdulillah 🤲 , p...
20/08/2026

20 Ogos 2026
Stadium Negeri Batu Kawan
Pulau Pinang

Kemenjadian Murid MBPK
PPKI SK Sungai Dua Butterworth

Alhamdulillah 🤲 , permata SK Sg Dua terus bersinar pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSPP 2026.

Anis Ayuni berjaya menggondol gelaran ratu pecut pendidikan khas 60m bawah 12 apabila berjaya merangkul pingat emas dalam acara tersebut. Seorang lagi wakil SK Sg Dua Che Danish tidak pulang tangan kosong apabila berjaya mendapat hadiah saguhati.

Aqil Zikri juga berjaya menambah koleksi peribadinya dengan mendapat trofi peserta terbaik lelaki bawah 12 tahun apabila berhasil mendapatkan 3 pingat emas dalam kejohanan ini.

Kejayaan wakil-wakil SK Sg Dua pada kejohanan pada tahun sangat hebat 🔥🔥🔥 diteruskan lagi apabila berjaya membantu pasukan daerah mendapat tempat pertama 🏆 keseluruhan bagi kategori bawah 12 Tahun peringkat negeri Pulau Pinang 2026.

Tak cukup dengan itu, daerah Seberang Perai Utara juga berjaya menjadi Johan keseluruhan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSPP 2026 🏆✅✨🔥👍👍👍

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Unit Pendidikan Khas PPD SPU, barisan pentadbir terutamanya PK Pendidikan Khas, guru-guru, ibu bapa waris dan seterusnya warga sekolah yang sentiasa menyokong dan memberikan sokongan kepada warga PPKI SK Sg Dua 👍👍👍

Ayuh bersama-sama kita tingkatkan prasarana SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, BUTTERWORTH Mohon jasa baik dari semua untuk ...
16/08/2026

Ayuh bersama-sama kita tingkatkan prasarana SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, BUTTERWORTH

Mohon jasa baik dari semua untuk anak-anak SK SUNGAI DUA

MOHON GUNAKAN QR YANG DIBERIKAN DAN RUJUKAN: INFAK TEMPAT DUDUK

Ribuan terima kasih atas sumbangan dan sokongan semua

AlhamdulillahRibuan terima kasih kepada semua terutamanya buat pasukan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab SEKOLA...
12/08/2026

Alhamdulillah

Ribuan terima kasih kepada semua terutamanya buat pasukan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, BUTTERWORTH yang telah bertungkus lumus dalam menjaga Surau Al-Falah SK Sungai Dua yang telah berjaya mendapat PENARAFAN 5 Bintang ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

TAHNIAH!!!!

8 Ogos 2026Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026Kemenjadian & Kecemerlangan Murid SKSD Alhamdulillah 🤲K...
08/08/2026

8 Ogos 2026
Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026
Kemenjadian & Kecemerlangan Murid SKSD

Alhamdulillah 🤲
Kejayaan cemerlang buat SKSD👍👍🔥🔥🔥
Permata SKSD, Uswah Hasanah dinobatkan sbg Johan 🏆🥇 Pidato SR peringkat negeri Pulau Pinang 2026

Uswah akan mewakili PP dlm 2 kategori di prgkt kebangsaan nanti :
1. Pert. Pidato Aspirasi Madani KPM (September)
2. Pert. Pidato Peringkat Kebangsaan YADIM (Oktober)

Terima kasih kpd Guru² pembimbing Cg Sharifah Nurulhudda, Cg Nurhasmiza (PKP), Cg Hidayah Sabri yg sentiasa berusaha gigih utk kejayaan ini.

Sama² kita doakan agar dipermudah urusan dan kejayaan cemerlang menjadi milik Uswah nanti.. Insya-Allah 👌😊

08/08/2026
Untuk makluman semua, 4 orang anak SK SUNGAI DUA akan mewakili Pulau Pinang ke pertandingan MSSM Peringkat Kebangsaan pa...
06/08/2026

Untuk makluman semua, 4 orang anak SK SUNGAI DUA akan mewakili Pulau Pinang ke pertandingan MSSM Peringkat Kebangsaan pada 28 Ogos hingga 6 September nanti.

Kami amat mengalu-alukan sumbangan dari semua untuk persediaan dan perbelanjaan 4 wira SKSD INI

RIBUAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN SEMUA.

TARIKH AKHIR SUMBANGAN IALAH PADA ISNIN 10 OGOS 2026

Semoga sumbangan tuan puan dapat membantu anak-anak ini dan menaikkan lagi semangat juang mereka.

Sumbangan adalah melalui QR PIBG SK SUNGAI DUA

REF: MSSM 2026

TAHNIAH BUAT ADIK AZAM (6USM) DAN ADIK ILMAN (6UPSI) YANG TELAH MEWAKILI ZON BUTTERWORTH DI DALAM KEJOHANAN SEPAKTAKRAW ...
23/07/2026

TAHNIAH BUAT ADIK AZAM (6USM) DAN ADIK ILMAN (6UPSI) YANG TELAH MEWAKILI ZON BUTTERWORTH DI DALAM KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MSSPP PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

💥💥JOHAN BERPASUKAN💥💥
💥💥JOHAN ANTARA REGU💥💥
💥💥JOHAN KUADRAN💥💥

Azam bermain dalam acara berpasukan dan acara kuadran sementara Ilman bermain dalam acara berpasukan dan antara regu

ZON BUTTERWORTH JUGA TELAH DINOBATKAN SELAKU JUARA KESELURUHAN UNTUK TAHUN KETIGA BERTURUT-TURUT

TAHNIAH ILMAN!!
TAHNIAH AZAM!!

ILMAN JUGA TELAH DINOBATKAN SELAKU PEMAIN APIT KIRI TERBAIK KEJOHANAN KALI INI

Ribuan terima kasih buat semua yang memberikan sokongan
Terima kasih buat ibu ayah pemain yang sentiasa bersama dalam membina kemahiran wira-wira SKSD

Address

SK SUNGAI DUA
Sungai Dua
13800

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6043565297

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sungai Dua Butterworth, Pulau Pinang, Sekolah Kluster Kecemerlangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Sungai Dua Butterworth, Pulau Pinang, Sekolah Kluster Kecemerlangan:

Shortcuts

Share