Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SUNGAI BULOH. http://www.facebook.com/ILKKMSB

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh adalah salah sebuah Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan merupakan kolej yang pertama dibina dengan kapasiti pelajar 3000 orang di atas tapak seluas 28 hektar. Kampus induknya tersegam indah mempunyai lapan blok asrama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah riadah.

15/07/2026
✨ Kita tidak mewarisi sejarah untuk dilupakan, tetapi untuk membawa perubahan✨Pada 11 Julai 2026, sejarah dan kemanusiaa...
13/07/2026

✨ Kita tidak mewarisi sejarah untuk dilupakan, tetapi untuk membawa perubahan✨

Pada 11 Julai 2026, sejarah dan kemanusiaan bertemu dalam satu misi yang sama menerusi *CSR@KUSTA 3.0*.

Hasil kolaborasi antara PKKN Sungai Buloh, UiTM Sungai Buloh dan ILKKM Sungai Buloh, program ini bukan sekadar aktiviti khidmat komuniti, tetapi satu usaha untuk membuka mata masyarakat tentang realiti penyakit kusta, menghapuskan stigma, dan menyemai rasa empati terhadap mereka yang pernah melalui pengalaman tersebut.

Melalui ceramah kesihatan, perkongsian ilmu serta sesi bersama individu yang pernah berdepan dengan penyakit kusta, para peserta berpeluang memahami bahawa kusta bukan sekadar sebahagian daripada sejarah negara, malah satu pengajaran tentang pentingnya ilmu, penerimaan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Program ini telah dirasmikan oleh Ts Dr Fatimah Zaharah (Pengarah Bahagian Jaringan Alumni & Kesepaduan UiTM) dan turut dihadiri oleh barisan tetamu kehormat daripada PKKN, UiTM dan ILKKM Sungai Buloh yang sentiasa komited dalam usaha memperkasakan kesedaran kesihatan awam.

Lebih membanggakan, seramai *324 peserta* telah bersama-sama menjayakan program ini, melibatkan *274 pelatih ILKKM Sungai Buloh* dan *50 pelajar UiTM Sungai Buloh*.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada sebagai penganjur, sukarelawan, peserta mahupun penyokong program. Setiap langkah kecil yang diambil hari ini mampu membawa perubahan besar kepada masyarakat pada masa hadapan.

💜 Kerana kesedaran menghapuskan stigma.
💜 Kerana kefahaman melahirkan empati.
💜 Kerana perubahan bermula dengan kita.

.0

LAWATAN KERJA KE PUSAT LATIHAN AMALI (PLA) PASIR MAS, KELANTANSejurus selesai menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran dan Nas...
13/07/2026

LAWATAN KERJA KE PUSAT LATIHAN AMALI (PLA) PASIR MAS, KELANTAN

Sejurus selesai menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid Peringkat ILKKM Tahun 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Pengarah ILKKM Sungai Buloh, Tuan Wong Kim Han @ Robert, bersama TPHEP, En. Zulfadli bin Abdul Majid, telah berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Amali (PLA) Pasir Mas, Kelantan pada 28 Jun 2026.

Lawatan ini bertujuan meninjau pengoperasian PLA, melihat kemudahan yang disediakan, serta mendapatkan gambaran mengenai status semasa pusat latihan bagi memastikan persekitaran pembelajaran dan latihan klinikal sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh Jurulatih Pusat Latihan Amali (PLA) Pasir Mas, iaitu Encik Zulhasbullah dan Puan Maslizawati, yang turut memberikan taklimat mengenai pengoperasian, kemudahan serta pelaksanaan latihan di pusat tersebut.

Semoga lawatan kerja ini dapat memperkukuh usaha pemantauan dan penambahbaikan berterusan terhadap pengoperasian Pusat Latihan Amali (PLA) Pasir Mas, seterusnya memastikan kemudahan dan pelaksanaan latihan klinikal sentiasa berada pada tahap yang terbaik demi melahirkan pelatih Kementerian Kesihatan Malaysia yang kompeten dan berkualiti.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 2026Program Transformasi Minda 2026 ILKKM Sungai Buloh yang telah be...
09/07/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 2026

Program Transformasi Minda 2026 ILKKM Sungai Buloh yang telah berlangsung pada 15 hingga 20 Jun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna.

Sepanjang program ini, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti ceramah, latihan dalam kumpulan, aktiviti pembinaan pasukan, pembentangan serta sesi perkongsian ilmu yang bertujuan membentuk sahsiah, meningkatkan profesionalisme dan memupuk semangat kerjasama.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, fasilitator serta urus setia yang telah menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

🌸 MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN NASYID ILKKM PERINGKAT KEBANGSAAN 1448H/2026 🌸Alhamdulillah, selesai sudah penyertaan Pasu...
05/07/2026

🌸 MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN NASYID ILKKM PERINGKAT KEBANGSAAN 1448H/2026 🌸

Alhamdulillah, selesai sudah penyertaan Pasukan Nasyid Lelaki dan Pasukan Nasyid Perempuan ILKKM Sungai Buloh yang mewakili Zon C dalam Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid ILKKM Peringkat Kebangsaan 1448H/2026 di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh peserta atas usaha, komitmen dan semangat yang dipamerkan sepanjang pertandingan. Setiap pengalaman yang diraih menjadi satu langkah ke arah penambahbaikan dan kecemerlangan pada masa hadapan.

Terima kasih kepada Tuan Pengarah En Wong Kim Han @ Robert, TPHEP En Zulfadli Abdul Majid, SU Kokurikulum En Akram, Pengerusi Kebudayaan & Kesenian Pn Suria , En Azam Penyelaras Nasyid, jurulatih, barisan PKP, pengiring serta semua yang sentiasa memberikan sokongan dan doa.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan dan menjadi inspirasi untuk terus mengangkat syiar Islam melalui seni nasyid.

“Malaysia MADANI: Kalam Teras Keunggulan Insan.” 🤍

✨Majlis Apresiasi & Perpisahan K56✨🗓️ 24 Jun 2026 | 📍Gemersik Bayu Villa''Setiap pertemuan pasti akan menemui titik perp...
04/07/2026

✨Majlis Apresiasi & Perpisahan K56✨
🗓️ 24 Jun 2026 | 📍Gemersik Bayu Villa

''Setiap pertemuan pasti akan menemui titik perpisahan''

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah ILKKM Sungai Buloh, Tuan Wong Kim Han @ Robert, Timbalan Pengarah (Akademik), Encik Karunagaran A/L M. Arumugam, Ketua Program Fisioterapi, Puan Zuraidah binti Mohamad, Penyelaras K56, Encik Lau Chen Yee serta para pengajar atas kesudian meluangkan masa bagi memeriahkan majlis apresiasi & perpisahan K56.

Majlis ini menjadi simbolik penghargaan kepada pengajar atas segala ilmu, tunjuk ajar, dan bimbingan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pengajian pelatih.

Kenangan yang tercipta akan sentiasa terpahat sebagai penutup yang indah sebelum pelatih melangkah ke fasa seterusnya.

Buat seluruh warga K56, semoga ukhuwah yang terjalin tidak berakhir di sini. Semoga langkah yang bakal diatur selepas ini sentiasa dipermudahkan dan dipenuhi dengan kejayaan.

Selamat maju jaya!
Sekali K56, Selama K56 🤍

*Program Kesihatan Persekitaran ILKKM Sungai Buloh*🌿Program Terapi Seni Ekspresif dengan bertemakan Let’s R.E.S.T berlan...
03/07/2026

*Program Kesihatan Persekitaran ILKKM Sungai Buloh*

🌿Program Terapi Seni Ekspresif dengan bertemakan Let’s R.E.S.T berlangsung pada 2 Julai 2026 (Khamis) bertempat di Kalumpang Resort & Training Centre.

🌿Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada teknik-teknik pengurusan stress dan terapi minda serta memupuk hubungan kerjasama antara rakan sekerja..

🌿Program ini disempurnakan oleh Ketua Program Kesihatan Persekitaran : Cik Lydia M Pilik.

🇲🇾 Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan Urusetia yang diketuai oleh Pn Robiatul Munawwirah Ahmad selaku Penyelaras Program serta semua peserta yang menjayakan program ini..


*“Kita sering mengendalikan majlis rasmi, namun adakah anda yakin pengetahuan protokol yang diamalkan selama ini adalah ...
01/07/2026

*“Kita sering mengendalikan majlis rasmi, namun adakah anda yakin pengetahuan protokol yang diamalkan selama ini adalah betul?”*🤷🏻‍♀️

Pernahkah anda tertanya-tanya:🤔
- Bagaimana nak tentukan susunan tempat duduk VIP❓
- Apakah panggilan hormat yang tepat untuk digunakan❓
- Apakah peranan sebenar AJK dalam majlis❓

Cari jawapannya melalui *Kursus Protokol, Etiket Sosial & Pengacaraan Majlis* anjuran PPSK ILKKM Sungai Buloh.
Terbuka kepada semua staf ILKKM SB..

🗓️*07 Julai 2026 (Selasa)*
⌛*8.00pagi- 4.30petang*
📍*Auditorium, ILKKM SB*
🔗 https://forms.gle/3UJMzEng2RvDhE2j8

(Bayaran termasuk: Makan, _goodies bag & e-Certificate_)

💡 Kenapa Anda perlu Sertai?

Rebut peluang ini untuk belajar secara langsung daripada pakar bidang yang berpengalaman. Jangan sekadar mengikut kebiasaan, mari fahami dan kuasai prinsip protokol serta etiket sosial yang sebenar!

_"Come & join us: Be A Real MASTER of Ceremonies"_😎🎤

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan  kepada Jururawat Klinikal Puan Hamidah Binti Hussain dari Program Lanjutan 2 di atas ...
28/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jururawat Klinikal Puan Hamidah Binti Hussain dari Program Lanjutan 2 di atas penganugerahan PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.) tahun 2026 yang telah diadakan di Istana Negara pada 1hb Jun 2026 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bagi tahun 2026.
Pingat yang disematkan bukan sekadar lambang penghormatan, tetapi simbol setiap pengorbanan, dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk semua dan terus menabur bakti dengan penuh keikhlasan, profesionalisme dan kasih sayang.


Kursus Keterampilan Pelatih 2026Selesai sudah Kursus Keterampilan Pelatih ILKKM Sungai Buloh bagi sesi Jun 2026! Sepanja...
27/06/2026

Kursus Keterampilan Pelatih 2026

Selesai sudah Kursus Keterampilan Pelatih ILKKM Sungai Buloh bagi sesi Jun 2026!

Sepanjang kursus, pelatih didedahkan dengan pelbagai modul menarik seperti Public Speaking, Etika Profesional, dan Kemahiran Digital. Tujuannya satu sahaja: melahirkan graduan ILKKM yang bukan hanya hebat secara akademik, tapi juga ‘Bukan Biasa-Biasa’ dari segi jati diri.

Setinggi-tinggi penghargaan buat barisan penceramah dan fasilitator atas perkongsian yang membangun dan memberi impak.

Address

Jalan Hospital
Sungai Buluh
47000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60361401945

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share