Kolej Intell Grafik Profesional

Kolej Intell Grafik Profesional Consultant and Graphic Education

DAFTAR SEKARANG DI INTELL KOLEJ !!Intell Kolej memperkenalkan kepada anda Program Insentif Kelas Grafik Profesional Sepe...
29/11/2018

DAFTAR SEKARANG DI INTELL KOLEJ !!

Intell Kolej memperkenalkan kepada anda Program Insentif Kelas Grafik Profesional Sepenuh Masa selama 3 bulan. Pendaftaran Pengambilan kedua Sesi Januari 2019 kini dibuka.

Program ini merupakan inisiatif daripada Intell Kolej bagi memenuhi permintaan pekerjaan dalam bidang Reka Bentuk Grafik dan Pengiklanan . Modul pembelajaran program telah direka khas untuk melatih pelajar menjadi seorang Grafik Designer Profesional dengan menekankan keseimbangan aspek praktikal, teori dan pengalaman pekerjaan dunia sebenar semasa pembelajaran.

Program ini merupakan program β€œFast – Track” telah dipadatkan dengan modul tool pembelajar yang tekini dan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam dalam bidang grafik lebih daripada 15 tahun.

Kelas Grafik Intell kolej diwujudkan bagi menyelesaikan masalah – masalah seperti :
πŸ€’ Tiada kursus grafik khas untuk melatih pelajar menjadi grafik designer profesional
πŸ€’ Tiada tempat belajar grafik sepenuh masa
πŸ€’ Nak belajar dengan tenaga pengajar pakar dan berpengalaman
πŸ€’ Yuran pengajian yang mahal
πŸ€’ Tempoh Pengajian yang panjang

Apa Jaminan Intell Kolej Beri Pada Anda ?
βœ… Diajar sehingga pandai oleh tenaga pengajar yang professional
βœ… Sijil Tamat Pengajian akan diberikan
βœ… Tempat praktikal disediakan

Apakah syarat untuk menyertai Kelas Grafik di Intell Kolej ?
βœ… Umur 18 hingga 30 tahun
βœ… Tahu menggunakan computer
βœ… Berminat belajar grafik

Siapa yang patut sertai Kelas Grafik di Intell Kolej ?
βœ… Untuk belia, bakal graduan, lepasan sekolah, anak – anak yang berminat grafik
βœ… Untuk meningkatkan kemahiran dan untuk berbisnes
βœ… Lepasan sekolah yang tidak bekerja atau bercita – cita menjadi grafik designer
βœ… Terbuka kepada sesiapa yang berminat belajar grafik secara professional

Berapa Yuran Pendaftaran di Intell Kolej ?
βœ… Yuran Pendaftaran : RM 150 (sekali sahaja)
βœ… Yuran Bulanan : RM 850

CEPAT DAFTAR SEKARANG !! SEBAB....
PENGAMBILAN PELAJAR TERHAD KEPADA 30 0RANG TERAWAL SAHAJA

Untuk maklumat lanjut.... sila klik dan hubungi kami serta layari laman web Intell Kolej
Klik disini
http://intellcollege.wasap.my
http://intellkolej.wasap.my
https://www.akademigrafikpro.com/intell-kolej-program

RAHSIA PANDUAN KEPADA PENGGUNAAN PSIKOLOGI WARNAAdakah anda memberikan tindak balas yang berbeza kepada logo yang berwar...
28/11/2018

RAHSIA PANDUAN KEPADA PENGGUNAAN PSIKOLOGI WARNA

Adakah anda memberikan tindak balas yang berbeza kepada logo yang berwarna kuning daripada logo bewarna biru ? Pemikiran kebanyakan orang ianya mungkin tidak penting tetapi pemilihan warna yang digunakan di dalam reka bentuk memberikan kesan kepada penontonnya.

Menggunakan warna dalam reka bentuk grafik adalah carayangsangat baik untuk mempengaruhi dan memanipulasi kehalusan cara penonton merasakan komposisinya. Contohnya, warna hijau terang cenderung membangkitkan musim bunga dan alam semula jadi yang hanya sesuai digunakan untuk logo perniagaan berdasarkan alam semula jadi.
APAKAH SEBENARNYA PSIKOLOGI WARNA ?

Psikologi warna adalah kajian bagaiman warna mampu mempengaruhi emosi dan tingkah laku manusia. Bergantung kepada latar belakang pendidikan, latar belakang budaya dan keutamaan peribadi anda. Warna – warna tertentu boleh membuatkan anda berasa dengan cara tertentu.
BAGAIMANAKAH WARNA MEMPENGARUHI ORANG ?

Warna Merah :- Menimbulkan perasaan tergesa – gesa (urgency), ianya selalu dipraktikkan oleh syarikat – syarikat jualan besar yang melakukan jualan akhir tahun. Selain itu, menggalakkan dan meninggkatkan selera makan dan menerapkan penggunaan warna merah pada logo syarikat rantaian makanan segera. Secara fizikalnya, warna merah merangsang badan, meningkatkan tekanan darah dan denyutan jantung, yang berkaitan dengan gerakan, keseronokan, dan semangat.

Warna Biru :- Warna biru selalunya menjadi pilihan lelaki dan banyak dikaitkan dengan unsur keamanan, ketenangan, air dan kebolehpercayaan. Biru memberikan rasa aman, menggalakkan selera makan dan meransang produktiviti. Warna biru sering menjadi pilihan oleh jenama konservatif yang ingin mempromosikan kepercayaan pada produk mereka.

Warna Hijau :- Dikaitkan dengan kesihatan, ketengan, kekuasaan dan alam semula jadi. Digunakan oleh pekedai – pekedai untuk menenangkan dan merehatkan pelanggan serta mempromosikan isu alam sekitar. Warna hijau meransang keharmonian didalam otak anda.

Warna Ungu :- Biasanya berkaitan dengan kebijaksanaan dan penghormatan. Selain itu, ungu juga meransang penyelesaian masalah serta kreativiti. Sering digunakan untuk mempromosikan produk anti penuaan dan kecantikkan.

Warna Kuning dan Oren :- Warna ceria yang menggalakkan keyakinan. Kuning boleh membuat bayi menangis, sementara warna oren mencetuskan rasa berhati – hati. Dengan itu, kedua – dua warna ini mewujudkan rasa kecemasan yang boleh menarik pembeli. Warna ini juga meransang pusat logik otak dan menggalakkan semangat dan mewujudkan rasa cemas jika kerap kali digunakan.

Warna Hitam :- Dikaitkan dengan kekuasaan, kestabilan dan kekuatan. Selalunya sebagai simbol kecederasan tetapi boleh menjadi sangat hangat jika digunakan dengan kerap.

Warna Kelabu :- Melambangkan perasaan praktikal, usia tua dan perpaduan. Tetapi jika penggunaan kelabu yang banyak akan melambangkan perasaan ketiadaan dan kemurungan.

Warna Putih :- Dihubungkan dengan perasaan kesucian, kebersihan dan keselamatan. Boleh digunakan untuk mempraktikkan ketiadaan warna atau neutral. Ruang putih membantu mencipta kreativiti kerana ianya dapat dilihat sebagai keadaan yang tidak berubah dan bersih.
Penggunaan warna di dalam pemasaran dan perniagaan dapat diperbaiki bergantung kepada keperluan perniagaan. Meskipun warna mempunyai kepelbagaian daripada segi budaya, penjenamaan produk yang pintar akan mengambil kira kesan penggunaan warna untuk menarik pelanggan mereka. Syarikat – syarikat gergasi juga bermula dengan mempelajari dan mengaplikasikan psiklogi warna ke dalam perniagaan mereka pada mulanya.

TIP BAGAIMANA BELAJAR DESIGN DAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN DESIGN ANDAReka bentuk membuka peluang yang bernilai untuk perni...
27/11/2018

TIP BAGAIMANA BELAJAR DESIGN DAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN DESIGN ANDA
Reka bentuk membuka peluang yang bernilai untuk perniagaan, dunia perniagaan masa kini bergantung kepada kemahiran reka bentuk produk dan perkhidmatan yang banyak memberi kelebihan kepada perniagaan anda.

Terdapat banyak sumber dan cara untuk membantu anda memulakan perjalanan anda sebagai grafik designer. Petua dan sumber – sumber ini amat membantu jika anda seorang yang baru bermula tetapi terpulang kepada anda untuk menentukan hala tuju anda sebagai pereka bentuk grafik professional.
BELAJAR KURSUS ONLINE DAN TUTORIAL INTERAKTIF BERKAITAN GRAFIK DESIGN

Nak belajar grafik design cara professional ? Yuran pembelajaran kelas grafik sangat mahal ? Tidak bimbing daripada tenaga pengajar pakar dalam bidang grafik ?

Tutorial ini membantu melengkapkan anda dengan asas yang anda perlukan dengan memberi anda prinsip dan pembelajaran reka bentuk untuk member tumpuan, kemudian meminta anda untuk menerapkan atau mempraktikkan prinsip ini dengan segera. Perkara ini merupakan pembelajaran intuitif dan boleh digunakan dengan segera untuk projek reka bentuk masa depan anda.

Berikut merupakan jenis turtorial reka bentuk (design) daripada kursus alternatif dan kursus pendek membantu untuk meningkatkan kemahiran anda :
Belajar Mengenai Warna:

Warna yang digunakan didalam reka bentuk berfungsi menyampaikan perasaan dan menyerlahkan bahagian penting reka bentuk anda. Tutorial berkaitan warna ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membina hubungan warna yang bermakna untuk mencipta grafik visual yang menabjubkan.

Belajar Mengenai Font :

Jika anda belajar dan bermain dengan penggunaan teks dan imej anda, anda boleh menghasilkan reka bentuk yang yang kreatif dan hebat. Dapat membantu anda belajar bagaimana pemilihan font dilakukan yang menekankan mesej yang ingin disampaikan dan membuat reka bentuk anda kelihatan cantik.

Belajar Mengenai Layout & Alignment :

Salah satu aspek penting reka bentuk ialah susun atur reka bentuk anda. Susun atur memberikan struktur dan tujuan kepada reka bentuk anda.

Creadit - Canva

===============================================

PENDAFTARAN SESI JANUARI 2019 KINI DIBUKA !

INTELL KOLEJ memperkenalkan PROGRAM INTENSIF KELAS GRAFIK PROFESIONAL selama 3 bulan.Program "FAST-TRACK" diwujudkan untuk melatih belia, lepas pelajar dan pelajar yang berminat menceburi bidang grafik pengiklanan menjadi Grafik Designer Profesional bagi memenuhi permintaan pasaran kerja.

100% Jaminan Intell Kolej beri kepada anda
βœ… Diajar secara profesional dan sehingga pandai oleh tenaga pengajar pakar
βœ… Sijil Tamat Pengajian akan diberikan
βœ… Tempat disediakan

Untuk maklumat lebih lanjut.... sila hubungi atau layari laman web berikut...
Klik disini
http://intellcollege.wasap.my
http://intellkolej.wasap.my
https://www.akademigrafikpro.com/intell-kolej-program

TEMPAT MENARIK UNTUK MELANCONG BERSAMA KELUARGACuti sekolah telah bermula, adakah anda telah merancang untuk melancong b...
24/11/2018

TEMPAT MENARIK UNTUK MELANCONG BERSAMA KELUARGA

Cuti sekolah telah bermula, adakah anda telah merancang untuk melancong bersama keluarga anda ?

Tentunya cuti sekolah pada akhir tahun adalah perkara yang ditunggu oleh anak – anak anda. Buat ibu bapa yang berkerja atau berniaga, pasti tidak mempunyai masa untuk merancang percutian bersama keluarga bolehlah membawa keluarga anda bercuti di tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur.

1. District 21

District 21 adalah pertama seupamanya di Malaysia dan merupaka tarikan yang amat menarik dan mengujakan bagi peminat aktiviti mencabar. Bertemakan Taman Pengembaraan, District 21 memiliki keluasan 70,000 kaki persegi, District 21 berlokasi di dalam IOI City Mall, Putrajaya.

District 21 boleh digambarkan sebagai playground ala Fear Factor yang terbuka kepada anak – anak, remaja, ibu bapa, dan sesiapa sahaja yang meminati aktiviti lasak dan mencabar fizikal dan metal anda.

District 21 mempunyai 11 tarikan utama pengembaraan dan kebanyakkannya tidak terdapat di asia. Antara aktivit utama yang disediakan ialah Wall Climbing, Roller Glider, Pump Track, Low Ropes, Trampoline / Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride, Carousel dan Go Padel.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil, disediakan kawasan khusus untuk anak kecil seperti mini playground atau Caraousel.

Waktu Operasi :
Isnin – Jumaat : 12 tengahari – 8 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah : 10 pagi – 8 malam

Harga Tiket :
Pas Aktif : RM58 (Hari biasa) / RM75 (Hari cuti)
Pas Tidak Aktif: RM10

Alamat: AT-6, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Selangor.

Laman Web : http://www.district21.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/pg/district21park/

Memang sesuai sangat kalau anda sukakan adventure!

2. Icescape Ice Rink, IOI City Mall, Putrajaya

Bagi yang kurang berminat dengan aktiviti lasak, anda boleh cuba meluncur ais di IOI City Mall. Bertempat di tingkat pertama IOI City Mall. Gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik ini menyajikan persembahan dan pertandingan untuk disaksikan bersama keluarga.

Juga menyediakan kelas secara rutin bagi yang berminat belajar meluncur dan menyediakan perkhidmatan sewaan figurine peguin comel yang membantu para peluncur berpaut dan untuk belajar meluncur.

Waktu Operasi :
Isnin – Jumaat : 12 tengahari – 8 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah: 10 pagi – 8 malam
Harga Tiket : RM25 (Hari biasa), RM30 (Sabtu, Ahad & cuti sekolah)

Alamat: IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Selangor.

Tel: 03-8328 8880
Facebook: https://www.facebook.com/icescapeicerink/

3. Mini Zoo Menara Kuala Lumpur

Mini Zoo Menara Kuala Lumpur berlokasi bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur. Mempunyai keluasan kawasan yang lebih kecil daripada Zoo Negara tetapi mampu memberikan suatu pengalaman yang sangat berharga kepada anak – anak anda.

Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad > 10 pagi hingga 9 malam
Harga Tiket :
Dewasa – RM 32.00
Kanak – kanak – RM27.00
Warga Emas - RM27.00

4. Aquaria KLCC

Aquaria KLCC ialah taman akuarium sebesar 60,000 kaki persegi bertaraf dunia ini berdekat dengan Menara Berkembar Petronas. Antara tarikan utama Aquaria ini termasuklah terowong air 90 meter dengan travelator bergerak.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah :
β€’ Cage Rage – Untuk mereka yang nak dive tetapi tiada lesen diving. Cage Rage ada untuk anda lihat hidupan laut lebih dekat
β€’ Dive with Sharks – Untuk mereka yang mempunyai lesen diving, boleh menyelam bersama ikan jerung 5 spesis ikan jerung di Aquaria KLCC.
β€’ Sleep with Sharks – Ini untuk kanak-kanak yang ada impian nak tidur bersama ikan jerung. Kalau datang Aquaria wajib la buat.
β€’ Feeding Sessions – Aktiviti melihat penjaga aquarium memberi makan kepada ikan jerung dan hidupan laut yang lain.

Waktu Operasi :
Isnin hingga Jumaat : 12.00 tengahari – 8.00 malam
Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah : 10.00 pagi – 8.00 malam

Harga Tiket :
Isnin hingga Jumaat : RM 58
Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah : RM 75

5. Putrajaya

Selain dikenali sebagai pusat pentadbiran Negara, terdapat pelbagai tarikan menarik yang pasti memberikan pengalaman berbeza dan menarik.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Putrajaya ialah :
β€’ Berbasikal di sekeliling Putrajaya dan disekeliling kawasan ekstreme park
β€’ Bersantai di Taman Botani dan Wetland
β€’ Menunggang kuda di Taman EquestrianPutrajaya
β€’ Cruise di Tasik Putrajaya
β€’ Sukan ekstreme di Putrajaya Challenge Park
β€’ Berenang di pusat komuniti dan Putrajaya Marina Park
β€’ Taman Warisan
β€’ Bermain Flyboard

6. PETROSAINS, KLCC

Petrosains, The Discovery Centre adalah tempat pameran interaktif pendidikan, hands on interaktif dan menunjukkan sains adalah sesuatu yang sangat menarik dan menyeronokkan. Dengan banyak pameran yang berbeza digunakan, anda boleh belajar tentang banyak perkara yang berbeza dalam bidang sains dengan cara yang menyeronokkan.

Waktu Operasi :
Selasa hingga Khamis : 9.30 pagi – 5.30 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 9.30 – 6.30 petang
Isnin : Tutup (kecuali cuti umum dan cuti sekolah)

Jadi, cuti sekolah ini ajak keluarga jalan-jalan. Di samping mengeratkan hubungan, dapat juga merasa pengalaman unik dan belajar pelbagai perkara baru.

Jom jalan-jalan!

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari πŸ˜€"Di hari Jumaat terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim yang ia berdi...
23/11/2018

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari πŸ˜€

"Di hari Jumaat terdapat suatu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim yang ia berdiri melaksanakan solat lantas dia memohon sesuatu do'a kepada Allah bertepatan dengan waktu tersebut melainkan allah akan memberikan apa yang dia minta,"

(HR. Bukhari)

Imej sahaja amat mudah difahami dengan sekilas pandangan, tetapi mempunyai kurang maklumat berkaitan mesej yang ingin di...
21/11/2018

Imej sahaja amat mudah difahami dengan sekilas pandangan, tetapi mempunyai kurang maklumat berkaitan mesej yang ingin disampaikan. Kandungan informasi (content) memberikan maklumat dengan lebih terperinci, tetapi mengambil masa untuk diproses. Penggunaan infografik amat menarik kerana menggabungkan kekuatan diantara reka bentuk grafik dan informasi untuk berkomunikasi atau menyampaikan mesej dengan cara yang paling berkuasa kepada semua lapisan penonton dan sasaran pelanggan.

APA ITU INFOGRAPHIC ?

Infografik ialah gabungan diantara skill design, penganalisaan informasi dan cara penyampaian maklumat (storytelling) adalah merupakan teras utama infografik. Infografik mewakili visual dari data untuk menyampaikan informasi lengkap kepada audience agar mudah difahami. Selain itu, infografik digunakan untuk memberikan ringkasan banyak data dalam ruang padat, dan juga boleh membantu mencirikan data.

MENGAPAKAN PENGGUNAAN INFOGRAFIK SANGAT EFEKTIF ?

1. Memudahkan Konsep

Infografik menggabungkan teks biasa dan grafik yang menjadi alat komunikasi yang kuat, penyampaian sejumlah maklumat dalam format yang mudah dan ringkas.

2. Menyampaikan sebuah kisah (storytelling)

Infografik amat berguna untuk menceritakan kisah yang menekankan hubungan, kesan dan akibat. Walaupun statik, penyampaian didalam bentuk infografik membuatkan data lebih mesra pengguna dan memposisikan anda sebagai pakar didalam bidang anda.

3. Infografik bersesuaian untuk media sosial

Infografik yang baik mempunyai visual yang menarik, bewarna dan mudah difahami menjadikannya sempurna untuk dikongsi di sosial media. Infografik adalah sesuatu yang bernilai untuk dibaca daripada kandungan yang dikongsikan kerana audience memberi respon yang baik kepada maklumat visual (infografik) daripada teks. Pemilihan topik yang menarik dan pemilihan kandungan yang berkualiti dan teliti menjadikan infografik sangat berbaloi untuk dijadikan bahan bacaan.

Infografik adalah cara yang kreatif untuk menyampaikan maklumat dengan jelas dan pantas, meningkatkan kesedaran jenama dan mencapai sasaran pelanggan. Infografik adalah alat yang berkuasa meningkatkan keterlibatan, memaklumkan kepada pembaca dan menukarkan pelawat laman web menjadi pelanggan

Salam Maulidur Rasul 1440H. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
20/11/2018

Salam Maulidur Rasul 1440H. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Mondays will not be hard if you love your work. If Mondays are hard, perhaps, you need to do a second thinking.Always st...
19/11/2018

Mondays will not be hard if you love your work. If Mondays are hard, perhaps, you need to do a second thinking.

Always start your monday with smile πŸ˜€

Salam Jumaat Penghulu Segala HariKami dari Intell Kolej mendoakan semoga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibuka pint...
16/11/2018

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Kami dari Intell Kolej mendoakan semoga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibuka pintu - pintu rrezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua. Amin...

Intell Kolej memperkenalkan PROGRAM INTENSIF KELAS GRAFIK PROFESIONAL selama 3 bulan. Program "FAST-TRACK" diwujudkan un...
15/11/2018

Intell Kolej memperkenalkan PROGRAM INTENSIF KELAS GRAFIK PROFESIONAL selama 3 bulan. Program "FAST-TRACK" diwujudkan untuk melatih belia, lepas pelajar dan pelajar yang berminat menceburi bidang grafik pengiklanan menjadi Grafik Designer Profesional bagi memenuhi permintaan pasaran kerja.

APAKAH PROGRAM INTENSIF KELAS GRAFIK PROFESIONAL TAWARKAN ??
+ Pengajian sepenuh masa
+ Diajar secara profesional dan sehingga pandai
+ Modul pembelajar yang terkini dan tenaga pengajar pakar Grafik Pengiklanan
+ Platform dan infrastrutur yang lengkap untuk sesi pembelajaran

100% Jaminan Intell Kolej beri kepada anda
βœ… Diajar secara profesional dan sehingga pandai
βœ… Sijil Tamat Pengajian akan diberikan
βœ… Tempat dan elaun Praktikal disediakan
βœ… Lepas belajar terus dapat kerja

TARIKH AKHIR PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGAN 16 NOVEMBER 2018 SAHAJA

Untuk maklumat lebih lanjut.... sila hubungi atau layari laman web berikut...
Klik disini
http://intellkolej.wasap.my
http://intellkolej.wasap.my
http://intellkolej.wasap.my
https://www.akademigrafikpro.com/intell-kolej-program

JEMPUTAN KHAS KEPADA GOLONGAN BELIA-BELIA DAN LEPAS PELAJAR UNTUK MENYERTAI PROGRAM INTENSIF KELAS GRAFIK PROFESIONAL !!...
14/11/2018

JEMPUTAN KHAS KEPADA GOLONGAN BELIA-BELIA DAN LEPAS PELAJAR UNTUK MENYERTAI PROGRAM INTENSIF KELAS GRAFIK PROFESIONAL !!

PENDAFTARAN DIBUKA !

Intell Kolej memperkenalkan PROGRAM INTENSIF KELAS GRAFIK PROFESIONAL selama 3 bulan. Program "FAST-TRACK" ini diwujudkan untuk melatih belia, lepas pelajar dan pelajar yang berminat menceburi bidang grafik pengiklanan menjadi Grafik Designer Profesional bagi memenuhi permintaan pasaran kerja.

APAKAH PROGRAM INTENSIF KELAS GRAFIK PROFESIONAL TAWARKAN ??
+ Pengajian sepenuh masa
+ Diajar secara profesional dan sehingga pandai
+ Modul pembelajar yang terkini dan tenaga pengajar pakar Grafik Pengiklanan
+ Platform dan infrastrutur yang lengkap untuk sesi pembelajaran

100% Jaminan Intell Kolej beri kepada anda
βœ… Diajar secara profesional dan sehingga pandai
βœ… Sijil Tamat Pengajian akan diberikan
βœ… Tempat dan elaun Praktikal disediakan
βœ… Lepas belajar terus dapat kerja

Syarat menyertai Kelas Grafik Pro Intell Kolej ??
+ Umur 18 tahun - 30 tahun
+ Memiliki dan tahu menggunakan komputer
+ Minat belajar Grafik

Siapa yang patut join Kelas Grafik di Intell Kolej ??
+ Untuk belia, bakal graduan, anak2 dan rakan2 yang minat grafik
+ Untuk tingkatkan skill dan buat biznes
+ Lepasan sekolah dan yang tidak kerje
+ Untuk staff pun boleh
+ Untuk sesiapa yang nak belajar grafik design cara profesional

Yuran Pendaftaran :
RM 150 * Bayaran sekali sahaja

TARIKH AKHIR PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGAN 16 NOVEMBER 2018 SAHAJA

Untuk maklumat lebih lanjut.... sila hubungi atau layari laman web berikut...
Klik disini
http://intellkolej.wasap.my
http://intellkolej.wasap.my
http://intellkolej.wasap.my
https://www.akademigrafikpro.com/intell-kolej-program

Kepada semua pelajar SPM 2018, ALL THE BEST & INTELL COLLEGE WISH YOU GOOD LUCK FOR SPM 2018 !!
13/11/2018

Kepada semua pelajar SPM 2018,

ALL THE BEST & INTELL COLLEGE WISH YOU GOOD LUCK FOR SPM 2018 !!

Address

Intell College (L02553) 22-1, Jalan Nautica BU 20/B, TSB Commercial Center
Sungai Buluh
40160

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Intell Grafik Profesional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Intell Grafik Profesional:

Shortcuts

Share