Maahad Tarbiyah Wa Tahfiz Darul Muarrif دار المعرف

Maahad Tarbiyah Wa Tahfiz Darul Muarrif دار المعرف Sebuah institusi pendidikan yang menyediakan pengajian tahfiz dan pondok, sekolah rendah integrasi (SRI) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Alhamdulillah, aktiviti kokurikulum Silat Tahfiz telah dilaksanakan dengan lancar dan penuh semangat oleh para pelajar.A...
19/08/2026

Alhamdulillah, aktiviti kokurikulum Silat Tahfiz telah dilaksanakan dengan lancar dan penuh semangat oleh para pelajar.

Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada asas seni mempertahankan diri, malah turut membentuk disiplin, ketangkasan, fokus dan keyakinan diri.

Semoga aktiviti ini dapat melahirkan generasi huffaz yang kukuh rohani, cergas jasmani dan tinggi akhlaknya.

Suatu hari, Rasulullah ﷺ berkata kepada para sahabat: "Aku sangat rindu kepada saudara-saudaraku." Para sahabat bertanya...
14/08/2026

Suatu hari, Rasulullah ﷺ berkata kepada para sahabat: "Aku sangat rindu kepada saudara-saudaraku." Para sahabat bertanya: “Bukankah kami saudaramu wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Kalian adalah sahabatku. Saudara-saudaraku adalah mereka yang datang setelahku, mereka beriman kepadaku padahal belum pernah melihatku.”
(HR. Ahmad)

Lalu, bagaimana p**a dengan kita?
Adakah kita benar-benar merindui Baginda ﷺ?

Rabiulawal bukan sekadar bulan untuk mengingati kelahiran Nabi ﷺ. Ia adalah kesempatan untuk kita menghidupkan kembali cinta kepada Baginda dengan memperbanyakkan selawat, mempelajari sirahnya, mencontohi akhlaknya dan berusaha menjadi umat yang Baginda banggakan.

Selamat menyambut bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Semoga semakin bertambah selawat di bibir, cinta di hati, dan sunnah dalam kehidupan.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد ﷺ

🤲 SUMBANGAN BAIK PULIH KELAS SRI MATDAMAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kami membuka peluang kepada para derma...
14/08/2026

🤲 SUMBANGAN BAIK PULIH KELAS SRI MATDAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami membuka peluang kepada para dermawan untuk bersama-sama menyumbang bagi kerja-kerja baik pulih kelas SRI MATDAM demi menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif buat anak-anak.

📌 Sasaran kutipan: RM5,000

🗣️ Dana ini akan digunakan untuk:

✅ Ganti dinding batu
✅ Tukar siling & pintu
✅ Cat dinding
✅ Upah kerja baik pulih

💰Salurkan sumbangan anda ke:

Maybank
Darul Muarrif Resources
5647 9911 6014
Reff: Baik Pulih

🗣️ Segala pertanyaan & resit boleh hubungi :
👳🏻‍♂️ Ustaz Syamim : 010- 4556539
👳🏻‍♂️ Ustaz Adha : 013-2556361

"Sesiapa yang memudahkan urusan seorang mukmin, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan dan dibalas dengan ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.

Jazakumullahu khairan kathira. 🌹

Yang Menjalan Tugas,
Ustaz Mohd Syamim b. Ramli
GB SRIMATDAM

07/08/2026
Alhamdulillah, aktiviti kokurikulum memanah telah dijalankan dengan lancar. Para pelajar diberi pendedahan kepada teknik...
29/07/2026

Alhamdulillah, aktiviti kokurikulum memanah telah dijalankan dengan lancar. Para pelajar diberi pendedahan kepada teknik asas memanah sambil memupuk nilai fokus, disiplin, kesabaran dan keyakinan diri.

Semoga para pelajar terus bersemangat menimba ilmu, mengasah bakat dan menjadi generasi huffaz yang kuat dari segi rohani, akhlak dan jasmani.

Assalamualaikum Pendaftaran Masih dibuka
29/07/2026

Assalamualaikum
Pendaftaran Masih dibuka

INGINKAN PENDIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK ANDA? JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI! 🌟Kini tiba masanya untuk merancang ma...
28/07/2026

INGINKAN PENDIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK ANDA? JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI! 🌟

Kini tiba masanya untuk merancang masa depan cemerlang anak-anak kita. Di Maahad Tarbiyah Wa Tahfiz Darul Muarrif (Darul Muarrif), kami komited untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah teguh dalam sahsiah dan rohani.

🎓 DAFTAR SEKARANG UNTUK PENGAMBILAN 2027! 🎓

Kenapa Darul Muarrif pilihan terbaik?
✅ Belajar Lebih Fokus: Kump**an kecil membolehkan setiap pelajar mendapat perhatian yang sewajarnya.
✅ Ilmu Berintegrasi: Penggabungan mantap ilmu Islam dan Duniawi demi keseimbangan hidup.
✅ Kurikulum Jaminan: PdPc tersusun mengikut standard KPM, JAKIM, dan JAIS.
✅ Luar Kelas & Interaktif: Pembelajaran tidak terhad di dalam bilik darjah.
✅ Sangat Berpatutan: Yuran bulanan yang mesra poket!

Jangan tunggu lagi! Layari bit.ly/daftarsridm atau imbas kod QR di bawah untuk pendaftaran.

Sebarang pertanyaan, hubungi Darul Muarrif Hotline: 📞 010-514 1223

"Berilmu, Beramal, Istiqamah"

LENSA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA🕌Alhamdulillah telah selesai aktiviti tahunan iaitu Lawatan Sambil Belajar Ke Mela...
24/07/2026

LENSA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA🕌

Alhamdulillah telah selesai aktiviti tahunan iaitu Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka bagi sesi 2026✨

Terima diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini.

Semoga segala ilmu dan kenangan yang diperolehi sepanjang lawatan ini menjadi satu perkara yang tidak boleh dilupakan buat murid-murid🤲🏻✨

20/07/2026

SEDUTAN MINGGU KEJOHANAN SUKAN DARUL MUARRIF KALI KE-9 | TAHUN 2026 ✨✨

Jemput like dan share 📌

🏆 Lensa Kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan Darul Muarrif Kali Ke-9  | Ahad, 19 Julai 2026 | Bahagian 1 | Perbarisan Rumah ...
20/07/2026

🏆 Lensa Kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan Darul Muarrif Kali Ke-9 | Ahad, 19 Julai 2026

| Bahagian 1 | Perbarisan Rumah Sukan & Perasmian Kejohanan.
🔗 https://www.facebook.com/share/p/1DKLgTQBnm/?mibextid=wwXIfr

| Bahagian 2 | Perbarisan Rumah Sukan dan Hiasan Khemah
🔗 https://www.facebook.com/share/p/1DNuLSE4xD/?mibextid=wwXIfr

| Bahagian 3 | Acara Olahraga Tahfiz, SRI dan PASTI.
🔗 https://www.facebook.com/share/p/18xJL3Sjqi/?mibextid=wwXIfr

| Bahagian 4 | Acara Ibu Bapa dan Kanak-kanak
🔗 https://www.facebook.com/share/p/1L1D1B2uPp/?mibextid=wwXIfr

| Bahagian 5 | Penyampaian Hadiah dan Cabutan Barakah .
🔗 https://www.facebook.com/share/p/18x8Q31iva/?mibextid=wwXIfr

| Bahagian 6 | Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah.
🔗 https://www.facebook.com/share/p/19DHDvBEZm/?mibextid=wwXIfr

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh rumah pasukan yang telah berusaha, Terima kasih juga kepada ibu bapa kerana memberi sumbangan serta sokongan yang padu demi melancarkan program sukan tahunan Darul Muarrif kali ke-9 pada tahun 2026🤲🏻

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH✨✨👍🏻

Jom follow, like dan share

Address

LOT NO PT 45217, KAMPUNG MERBAU INDAH, BATU 20, Jalan KUALA
Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60132556361

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tarbiyah Wa Tahfiz Darul Muarrif دار المعرف posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tarbiyah Wa Tahfiz Darul Muarrif دار المعرف:

Shortcuts

Share

Category