UHEI, UiTM Cawangan Selangor Kampus Sg. Buloh

UHEI, UiTM Cawangan Selangor Kampus Sg. Buloh Unit Hal Ehwal Islam menawarkan bimbingan keagamaan secara individu dan kelompok

SEKALUNG PENGHARGAANUnit Hal Ehwal Islam ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudari Nu...
23/07/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN

Unit Hal Ehwal Islam ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudari Nurul Izzah Binti Mohd Adam di atas komitmen, dedikasi, dan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang menjalani Latihan Industri di Unit Hal Ehwal Islam.

Untuk makluman, beliau merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda Dakwah & Pengurusan Islam dari Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kami mendoakan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh di sini diberkati Allah SWT serta menjadi asbab kepada kejayaan yang lebih besar di masa hadapan. Terus maju jaya di dunia dan akhirat!

[ PROGRAM MAU'IZAH: HIJRAH MINDA DAN HATI, TRANSFORMASI MENUJU KEBAIKAN ]Assalamualaikum WBTAlhamdulillah, sukacita dima...
22/07/2026

[ PROGRAM MAU'IZAH: HIJRAH MINDA DAN HATI, TRANSFORMASI MENUJU KEBAIKAN ]

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa Program Mau'izah anjuran Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Kampus Sungai Buloh telah diadakan pada 17 Julai 2026 pada jam 10.00 pagi.

Program Mau'izah pada kali ini telah membawa pengisian yang bertajuk "Tranformasi Menuju Kebaikan" yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Firdaus Ismail, Penolong Pendaftar Kanan Hal Ehwal Islam, UiTM Kampus Dengkil.

Diharapkan agar program ini dapat memberi seribu kebaikan dan manfaat kepada semua pendengar dan menjadikan kita hamba yang kekal istiqamah di jalanNya.

Ikhlas dari,
Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan.

[ FIQH DARAH WANITA ]Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026 (Isnin) telah berlangsung dengan jayanya Seminar & Bengkel Fiqh D...
21/07/2026

[ FIQH DARAH WANITA ]

Alhamdulillah, pada 20 Julai 2026 (Isnin) telah berlangsung dengan jayanya Seminar & Bengkel Fiqh Darah Wanita anjuran Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan bertempat di Bilik Seminar DOME, Aras 3, Fakulti Perubatan.

Program ini menghimpunkan peserta wanita yang terdiri daripada staf, pelajar dan orang awam bagi mendalami ilmu fiqh darah wanita yang menjadi asas penting dalam memastikan ibadah serta kehidupan seharian dilaksanakan mengikut syariat Islam.

Sepanjang seminar, para peserta didedahkan dengan penerangan berkaitan hukum-hakam haid, nifas dan istihadah, kaedah pengiraan haid dan tempoh suci, serta pelbagai isu fiqh yang sering dihadapi oleh wanita. Pengisian turut diperkukuhkan melalui bengkel praktikal, latihan dalam kumpulan (LDK) dan perbincangan kes, sekali gus memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah, urus setia, serta semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha menyebarkan kefahaman fiqh wanita ini menjadi amal soleh yang berterusan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan.

18/07/2026
18/07/2026
15/07/2026
Alhamdulillah, pada 15 Julai 2026 (Rabu) telah berlangsung Program Bacaan Yasin & Doa Selamat Khas secara atas talian ya...
15/07/2026

Alhamdulillah, pada 15 Julai 2026 (Rabu) telah berlangsung Program Bacaan Yasin & Doa Selamat Khas secara atas talian yang disertai oleh warga UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh.

Program ini diadakan sebagai ikhtiar memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan kesejahteraan, keamanan, kesihatan serta perlindungan buat seluruh warga kampus. Semoga segala doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab kepada keberkatan serta rahmat-Nya.

Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama mengimarahkan majlis ini. Semoga segala amal ibadah yang dilaksanakan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

SOLAT HAJAT & MUNAJAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesu...
15/07/2026

SOLAT HAJAT & MUNAJAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memperkenankan doa orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku."(Surah al-Baqarah: 186)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Solat Hajat & Munajat Menghadapi Peperiksaan Akhir anjuran Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Alliance of Insaniah, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti Perubatan dan Pergigian s

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Prof. Ir. Ts. Dr. Haji Solehuddin Shuib, Penolong Rektor UiTM Cawangan Selangor, Ustaz Haji Lufti Fauzi Sabari, Ketua Unit Hal Ehwal Islam, barisan Ketua-Ketua Unit, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta para pelajar.

Pengisian program dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Surah Yasin, Solat Hajat, bacaan Surah Al-Mulk dan diakhiri dengan Solat Isyak berjemaa *, sebagai tanda pengharapan agar Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kefahaman ilmu serta kejayaan yang diberkati.

Prof. Ir. Ts. Dr. Haji Solehuddin Shuib turut mengambil kesempatan untuk memberi nasihat kepada para pelajar. Beliau mengingatkan para pelajar bahawa kejayaan bukan sekadar memperoleh keputusan yang cemerlang, bahkan membina hubungan yang erat dengan Allah SWT. Beliau berpesan agar para pelajar sentiasa , Menjaga hati agar sentiasa bersih dan ikhlas, Berusaha bersungguh-sungguh serta bertawakal kepada Allah, Menghayati bahawa ilmu yang benar-benar diberkati ialah ilmu yang semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT serta Menjaga adab dan batas pergaulan sepanjang menuntut ilmu. Beliau turut mengakhiri amanat dengan mengingatkan para pelajar tentang enam syarat menuntut ilmu menurut Imam al-Syafie.

Semoga setiap usaha yang dilakukan dipermudahkan oleh Allah SWT, dikurniakan ketenangan ketika menjawab peperiksaan serta memperoleh kejayaan yang membawa manfaat di dunia dan akhirat.

Address

Universiti Teknologi MARA, Sungai Buloh Campus Branch, Jalan Hospital, Sungai Buloh
Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UHEI, UiTM Cawangan Selangor Kampus Sg. Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share