Persatuan Pendidikan Islam (SMKBBSB)

Persatuan Pendidikan Islam (SMKBBSB) HALAMAN FACEBOOK RASMI PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH

16/08/2022

Dunia dipaksa percaya, yang bahagia itu orang yang cantik-cantik, tetapi kenyataannya yang bahagia ialah orang yang baik-baik.

Dunia diajak percaya, orang yang menang itu orang yang kaya, tetapi hakikatnya yang menang itu ialah orang yang tenang.

Dunia terus menipu kononnya orang berjaya ialah yang paling berkuasa tetapi sebenarnya orang yang berjaya mampu mengawal hawa nafsunya.

Dunia menonjolkan figura yang mendapat perhatian manusia dan dia yang ternama. Namun, orang berzikir menikmati redha Allah dalam sepinya!

Benarlah kata Sayyidina Ali RA, "manusia semua tidur...bila mati baru dia terjaga!"

29/04/2020

*NAFSU TERSEMBUNYI..*

Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3 dari kota Basrah, Iraq. Beliau bercerita:
Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.
Saat itu, aku sama sekali tidak memiliki apapun, sementara aku harus menafkahi seorang isteri dan seorang anak.
Lilitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.

Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.”
Di tengah perjalanan p**ang,
aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.
Dengan nada yang sayu dia memohon:
“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tak terdaya terlalu lama menahan rasa lapar yang melilit diri.
Tolong beri dia sesuatu yang boleh dia makan.
Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”
Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang takkan kulupakan sepanjang hayat.

Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.
Demi Allah, padahal waktu itu tak sesen pun dinar atau dirham kumiliki. Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.

Spontan, si ibu tak dapat membendung air matanya(menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama.
Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku,
sementara beban hidup terus bergelutan dipikiranku.
Sejenak, kusandarkan tubuh ini di sebuah dinding, sambil terus memikirkan rencanaku menjual rumah.
Dalam posisi seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.
“Hei, Abu Muhammad...!
Kenapa kau duduk duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.

"Masyaallah....!”,
jawabku terkejut.
“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada lelaki datang dari Khurasan.
Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang punya hubungan kerabat dengannya.
Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.
“Jadi?”, tanyaku kehairanan.
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu,dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah
ia kumpulkan selama 30 tahun.
Lantas dia rugi besar dan bangkrap.
Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu.Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan.
Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik.

Bisnesnya meningkat jaya.
Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi,
berganti dengan limpahan kekayaan.
Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan niaganya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu,
berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”

Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala meluncur dari lisanku.
Sebagai bentuk syukur.
Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi.
Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.
Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, santunan dan berbagai bentuk amal solih.

Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solihku.

Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang orang SOLIH.

Suatu malam, aku tidur dan bermimpi.
Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat.
Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan.

Aku juga lihat, badan mereka membesar.
Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.
Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah,
isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.

Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan,
sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain.

Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!
Tapi ternyata, perhitungan belum selesai.
Mereka mulai meletakkn satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.
Namun alangkah ruginya aku.
Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI".

Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solih.
Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu.Aku putus asa.
Aku yakin aku akan binasa.
Aku tidak punya alasan lagi untuk selamat dari seksa neraka.

Tiba-tiba, aku mendengar suara,
“Masihkah orang ini punya amal baik?”
“Masih...”,
jawab suara lain. “Masih berbaki ini.”
Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki?
Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.
Habis sudah harapanku...

Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya.
Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku,
sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun.
Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.
Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku.
Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak
turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukkanku.
Tak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku.

Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah.
Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat.
Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata,
“Orang ini selamat dari seksa neraka...!

Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!

*Payahnya IKHLAS*😭😭

Allahuakbar!!!aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku,keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.

Sumber tazkirah telah kupetik dari kitab"KISAH TAULADAN"
"Ar-Rafi’i dalam Qalam (2/153-160)".

semoga bersama kita beroleh manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah

Oleh Abu Musoddiq

Semoga kita amalkan dan sampaikan kpd orang lain...

IKHLASKAN DIRI KERANA ALLAHswt..❤

*Pesan Pada Hati❤*

01/03/2020

*6 jalan mudah*

Jalan-jalan yang membawa Menuju Syurga Allah ada 6 jalan.
Simple tetapi cukup untuk menjadi motivasi buat saya dan sahabat semua.

🍃🌺 Bagi seorang isteri hendaklah taat kepada suami dalam perkara yang makruf.(mengandungi kebaikan dalam agama)

🍃🌺 Perkara simple kedua membuang ranting-ranting atau dahan yang menghalangi jalan.

"Sesungguhnya rahmat Allah tiada batasan .
Dia berhak memasukkan sesiapa ke dalam syurga walau hanya dengan amalan yang dipandang remeh oleh manusia."

🍃🌺 Siapa yang minta syurga sebayak tiga kali. inshaa Allah dia akan dijauhkan dari neraka dan didekatkan dengan syurga Allah S.W.T. (Riwayat Ahmad dan At Tirmizi)

🍃🌺 Menjaga lisan dari berkata buruk, dijanjikan syurga.

Sesiapa yang menjamin bagiku (terjaganya) sesuatu yang berada di antara dua tulang rahangnya (lidahnya) dan sesuatu yang berada di antara tulang selangkangnya (kemaluannya), aku menjamin syurga baginya.

(Riwayat Al Bukhari)

🍃🌺 Tidak akan masuk neraka mereka yang tidak meninggalkan solat subuh dan Asar.

Aku telah mendengar Rasulullah bersabda" Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya iaitu sembahyang subuh dan Asar.
(Riwayat Muslim)

🍃🌺 Taat kepada ibu. Duduklah di kaki ibu, di bawahnya ada syurga.
Dikeluarkan oleh Imam An Nasai AlHakim dan At Tabrani dalam Al Mu'jamul Kabir.

"Wahai Rasulullah Aku ingin ikut dalam peperangan berjihad di jalan Allah dan aku datang untuk meminta pendapatmu."
Maka Rasulullah bersabda "Adakah kamu mempunyai ibu?
Dia menjawab" Ya."
Rasulullah bersabda. "Tetaplah bersamanya! kerana sesungguhnya syurga ada di bawah kedua kakinya"

Dr. Abu Anas Madani/ Dr Abd Basit Abd Rahman

_Rahmat Allah Tidak Pernah berhenti_

Muhasabah Diri🌹

14/01/2020

9 nasihat dari seorang Hakim yang mengendalikan satu kes kekeluargaan di Mahkamah Syariah.

1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda. Sebaiknya, minta mereka berpindah walaupun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan.

2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda. Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini hanya Ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya saja fikir dia nanti.

3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda. Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul.

4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka. Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.

5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh. Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.

6. Cucu anda adalah hak mutlak Ibu dan bapa mereka. Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terp**ang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.

7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda. Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.

8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara. Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, "It is your own interest that you enjoy your retirement years. Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die. Don't let your wealth become worthless to you.'

9. Cucu bukan milik anda. Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda.

Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik makcik keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.

C&P

12/01/2020

🌹TERGIGIT LIDAH....🌹

🌹Seorang suami bertengkar dengan isterinya lalu meninggalkan rumah.

🌹Saat berjalan tanpa tujuan baru dia sedar yg dia tidak membawa duit dan merasa tersangat lapar.

🌹Pemilik Restoran melihat seorang lelaki separuh baya itu berdiri cukup lama di depan restorannya, lalu bertanya.

🌺"Encik, nak memesan makanan?"

🌺“Ya, tapi aku tak ada duit"

🌺"Tak mengapa, saya beri percuma".

🌹Sampai sahaja makanan terus dia segera makan. Kemudian air matanya berlinang.

🌺“Kenapa encik ?"

🌺“Aku cuma terharu kerana seorang yang baru aku kenal memberi aku makan sedangkan isteri aku telah menghalau aku dari rumah.

🌺Awak seorang yang baru aku kenal pun peduli tentang aku.

🌹Pemilik warung itu berkata,

🌺"Encik,

🌺Kenapa encik fikir macamtu? Saya hanya memberi encik semangkuk mee dan encik begitu terharu,

🌺... Sedangkan ...

🌺Isteri encik telah memasak nasi lauk, dll mengurus encik dan anak2 setiap hari sampai sekarang ini

🌺Sepatutnya encik berterima kasih kepadanya ..."

🌹Lelaki itu terkejut mendengarnya dan malu.

🌹Kenapa untuk semangkuk mee dari orang yang baru kenal aku dah begitu berterima kasih,
🌹... Tapi ...
Terhadap isteriku yang memasak untukku dan mengurus anakku selama

🌹Bertahun-tahun,
Aku tak pernah berterima kasih.

🌹Lelaki itu terus balik ke rumah.

🌹Sampai sahaja di pintu rumah,
dia melihat isterinya yang berwajah cemas.

🌹Ketika melihat suaminya,
Kalimat pertama sekali yang keluar dari mulutnya adalah

🌺"Abang.., awak dah balik, cepat masuk, saya dah siapkan makan malam."

🌹Selepas mendengar isterinya berkata begitu,
Lelaki td tidak dapat menahan sebak dan menangis dihadapan isterinya .

🌹Sahabatku,
Kadang Satu Kesalahan, Membuat Kita Begitu Mudah Melupakan Kebaikan Yang Telah Kita Nikmati Setiap Hari.

🌹Sekali Waktu Kita Mungkin Akan Sangat Berterima Kasih Untuk Suatu Pertolongan Kecil Yang Kita Terima.

🌹Namun kita Sering Tidak Sedar & Lupa Berterima Kasih Akan Kebaikan-kebaikan Dari Orang-Orang Yang Sangat Dekat Dengan Kita.

🌹Berterimakasih lah kepada :
Ayah - Ibu... kita
Isteri / Suami... kita
Adik beradik... kita
Jiran... kita
Rakan2 office... kita

🌹Semua Orang Orang Terdekat Dengan kita

🌹Hidup itu Indah,
kalau kita pandai berterima kasih dan bersyukur ...
Belajar menerima apa adanya ...

🌹Ketika GELAP ,
baru tersedar apa erti TERANG .

🌹Ketika KEHILANGAN,
baru tersedar apa erti MEMILIKI

🌹Ketika BERPISAH,
baru tersedar apa erti PERTEMUAN.

🌹Kelmarin sudah TIADA,
Esok belum TIBA,
kita hanya ada 1 hari, iaitu HARI ini. Jangan sesali yg telah berlalu, itu PERBUATAN SIA SIA.

🌹MENSYUKURI apa yang telah kita ADA, agar kebahagiaan selalu berada disisi kita.

🌹Dalam kehidupan NYATA,
kadang2 kita s**a mempermasalahkan hal yang KECIL, yang tidak PENTING, sehingga akhirnya merosakkan NILAI yang BESAR.

🌹Persahabatan yang INDAH selama puluhan tahun BERUBAH menjadi permusuhan yang HEBAT, kerana SEPATAH kata PEDAS yang tidak DISENGAJAKAN.

🌹Keluarga yang BAHAGIA dan HARMONI pun boleh HANCUR hanya kerana perdebatan KECIL yang tidak PENTING.

🌹Yang REMEH kerap dipermasalahkan,
tetapi yang lebih PENTING dan berharga LUPA dan TERABAI.

🌹Seribu KEBAIKAN sering tidak BERERTI, tapi SETITIK kekurangan DIINGATI seumur hidup.

🌹Mari belajar MENERIMA kekurangan apapun yang ada dalam kehidupan kita,
Bukankah tak ada yang SEMPURNA didunia ini ... ?

🌹SEHATI bukan kerana saling MEMBERI,
tetapi sehati kerana saling MEMAHAMI.

🌹BETAH bukan kerana MEWAH, tetapi betah kerana saling MENGALAH.

🌹INDAH bukan kerana selalu MUDAH
tetapi INDAH kerana dihadapi bersama setiap KESUSAHAN.

🌹Semoga bermanfaat...pada kita semua termasuk diriku ini yg b*k khilaf.

Alhamdulillah, Aamiin ~~~🌹🦋🌹~~~

14/12/2019

*ADAKAH SIFAT INI ADA PADA KITA*

Pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berkumpul dgn para sahabatnya. Di tengah perbincangan dengan para sahabat, tiba-tiba Rasulullah SAW tertawa ringan sampai terlihat gigi depannya.

Saiyyidina Umar r.a. yang berada di situ, bertanya :
"apa yang membuatmu tertawa wahai Rasulullah ?"

Rasulullah SAW menjawab :
" Aku diberitahu Malaikat, bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala di hadapan Allah SWT."

"Salah seorang mengadu kepada Allah sambil berkata :

‘Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku karena dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku."

Allah SWT berfirman :
"Bagaimana mungkin Aku mengambil kebaikan saudaramu ini, karena tidak ada kebaikan di dalam dirinya sedikitpun..?"

Orang itu berkata :
" Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya"

Sampai di sini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca.
Rasulullah SAW tidak mampu menahan tetesan airmatanya.

Baginda menangis...

Lalu, beliau Rasulullah berkata :
"Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosa nya."

Rasulullah SAW melanjutkan kisahnya.

Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi :

" Sekarang angkat kepalamu.."

Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata :

" Ya Rabb, aku melihat di depan ku *ada istana-istana yang terbuat dari emas, dengan puri dan singgasananya yang terbuat dari emas & perak bertatahkan intan berlian..! "

_"Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb ?"_

"Untuk orang shiddiq yang mana, ya Rabb ?"

"Untuk Syuhada yang mana, ya Rabb ?"

Allah SWT berfirman :
" Istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya."

Orang itu berkata :

"Siapakah yang mampu membayar harganya, ya Rabb ?"

Allah berfirman :

"Engkaupun mampu membayar harganya."

Orang itu terheran-heran, sambil berkata :

" Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb ?"

Allah berfirman :

‘CARAnya, engkau MAAFkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku’.

Orang itu berkata :

"Ya Rabb, kini aku memaafkannya."

Allah berfirman :

'Kalau begitu, peganglah tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk surga bersamamu..."

Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah Saw berkata :

"Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian SALING BERDAMAI dan MEMAAFkan, sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin."

(Kisah di atas terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih.)

Saudaraku tercinta...
Amalan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah adalah meminta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan...

"Maafkan diriku ya sahabat² ku dan saudaraku sekiranya pernah menyakitimu. Semoga kita bersama-sama masuk syurga..."

salam persaudaraan...

*آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن....*

*"mohon maaf atas segala khilaf Dan salah"*

26/11/2019

Mereka ramai dan mereka menguasai dunia.- China

Mereka sikit dan mereka menguasai dunia.- Yahudi

Soalnya bukan ramai atau sikit. Ia soal berilmu atau tidak. Sesiapa yang menguasai ilmu, dia menguasai dunia.

-Sahul HM-

11/04/2019

Lelaki yang badannya sado, Allah uji dengan rasa bangga mahu menunjukkan tubuh badan sehingga menampakkan aurat.

Perempuan yang rambutnya cantik, Allah uji dengan rasa mahu free hair.

Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan² yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang ses**a hati.

Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat s**a bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah,
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimp**annya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia. Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.
C&P

09/04/2019

AMALAN YANG ‘BOCOR’...

1. Pakai Jubah/Hijab tetapi dengan PERFUME dan MAKE UP tebal.

2. Berjanggut mengikut sunnah tetapi TIDAK menjaga/menundukkan pandangan.

3. Solat pada awal waktu tetapi TIDAK KHUSYUK.

4. Baik dan lemah lembut kpd org lain sedangkan dgn keluarga kita selalu bersikap KASAR.

5. Melayan tetamu dengan baik dan mesra tetapi selepas mereka pergi kita MENGUMPAT dan bercakap tentang keburukan mereka.

6. Memberi banyak sedekah kpd org miskin tetapi MENGHINA dan memalukan mereka.

7. Bangun solat malam, berpuasa dan baca Al-Quran tetapi MEMUTUSKAN silaturahim dgn keluarga.

8. Berpuasa menahan lapar dan dahaga tetapi MENYUMPAH dan menghina orang.

9. Menolong orang tetapi mengharapkan BALASAN di sebalik kebaikan itu dan bukannya berniat baik krn Allah.

10. Kongsi kebaikan/peringatan yg baik di sosial media dgn followers yg ramai tetapi atas niat terkenal dan mendapat PUJIAN dan bukannya krn Allah.
Janganlah kita mengumpul amal kebaikan dalam bekas yang bocor. Kita susah payah beramal dan melakukan kebaikan sedangkan ianya bocor melalui lubang-lubang kecil yang kita tidak sedari.
Semoga kita menjadi hamba yang berbuat kebaikan krn mengharapkan rahmat dan pandangan Allah semata-mata.
Aminnnn.

04/04/2019

3 PERKARA YANG RASULULLAH SAW S**A DI DUNIA INI.

Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka.

Bermula ditanyakan kepada Saidina Abu Bakar ra
“Apa yg kamu s**a dari dunia ini?” dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra
“Aku s**a dari dunia ini tiga perkara:

1. Duduk duduk bersama Rasulullah SAW.
2. Melihat wajah mu ya Rasulullah SAW
3. Aku korbankan hartaku untukmu ya Rasulullah SAW ”

Lalu Rasulullah bertanya dengan Saidina Umar ra. “Bagaimana p**a denganmu ya Umar?”

Jawab Saidina Umar ra. “ada 3 perkara juga yang aku s**a:
1. Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan.
3. Berkata yang benar walaupun pahit”

“Dan bagaimana p**a denganmu wahai Uthman?”

Berkata Saidina Uthman ra.
“ada 3 perkara yang aku s**a:

1. Memberi makan
2. Memberi salam
3. Bersolat malam di waktu manusia tidur”

“Bagaimana p**a dengan kamu wahai Ali ra ?”

“Aku juga cintakan 3 perkara:
1. Memuliakan tetamu
2. Berpuasa di musim panas
3. Dan memukul musuh dengan pedang”

Kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra

“Apa yg kamu s**a di dunia ini?” berkata Saidina Abu Dzar ra “aku s**a 3 perkara di dunia ini:
1. Lapar
2. Sakit
3. Mati”

Kemudian rasulullah bertanya, “kenapa wahai Abu Dzar?”

berkata Abu Dzar ra,
“Aku s**akan lapar kerana untuk membersihkan hati.
Aku s**akan sakit kerana untuk mengurangkan dosaku.
Aku s**akan maut kerana untuk bertemu Tuhanku”

kemudian bersabdalah Rasulullah saw “aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1. Wangian
2. Wanita yang solehah
3. Solat menjadi penyejuk mata ku”

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah SAW & para sahabat.

Kemudian malaikat Jibril mengatakan “aku s**akan di dunia kamu ini 3 perkara” :
1. Menyampaikan risalah
2. Menunaikan amanah
3. Cinta terhadap orang miskin”

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata “Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah s**a pada dunia kamu ini 3 perkara:

1. Lidah yang sentiasa berzikir
2. Hati yang sentiasa khusyuk
3. Jasad yang sabar menanggung ujian”

Allahu Akbar..
Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar.

18/03/2019

👍Seorang wanita Islam telah meninggal dunia di England baru2 ini dan dikebumikan di bandar Blackburn. Dia meninggal pada hari Sabtu dan setiap kali anak lelakinya pergi menziarahi kuburnya, beliau disambut oleh seekor burung. Burung itu membawanya ke kubur ibunya setiap kali dan mengelilingi kuburnya semasa dia membacakan doa. Mungkin wanita ini begitu alim sewaktu hidupnya sehingga Allah mengurniakan keajaiban ini.. *"Subhanallah."*

Address

Sungai Buloh
47000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pendidikan Islam (SMKBBSB) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category