22/05/2019
NUZUL QURAN
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىٓ أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia
dan menjadi keterangan-keterangan
yang menjelaskan petunjuk
dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu
dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan
dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran
dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan)
dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya
dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah 2:185)
* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com
NOTA PERTENGAHAN RAMADAN…
“Turunnya al-Quran pada Jibril,
maka jadilah Jibril semulia-mulia malaikat.
Turunnya al-Quran pada Muhammad SAW,
maka jadilah Muhammad penghulu segala makhluk.
Turunnya al-Quran pada umat Muhammad,
maka jadilah umat Muhammad sebaik-baik umat.
Turunnya al-Quran pada bulan Ramadan,
maka jadilah Ramadan sebaik-baik bulan.
Turunnya al-Quran pada malam al-Qadr,
maka jadilah Laylatul Qadr sebaik-baik malam.
Bagaimana seandainya al-Quran turun dalam hati kita??
Aku pernah berasa takjub dengan generasi terdahulu, bagaimana mereka mampu pegun dengan al-Quran begitu lama sekali tanpa jemu.
Namun bilamana aku melihat ramai yang pegun dengan telefon bimbit masing-masing, hilanglah ketakjubanku.
Maka tahulah aku, hati yang mencintai sesuatu akan pegun padanya.
Tatkala hampir berlalunya Ramadan, kita mengeluh akan pemergiannya yang semakin hampir.
Namun kita terlupa bahawa diri kita yang semakin hampir pergi.
Kerana jika perginya Ramadan, ia akan kembali semula pada mereka yang dipanjangkan usianya hingga ke Ramadan seterusnya.
Akan tetapi jika diri kita telah pergi, maka tiadalah kembali lagi…”.
[Mutiara kata Dr. Ahmad al-Me’sarawi]
-Dr. Kamilin Jamilin-