SK Merbau Sempak

SK Merbau Sempak Page ini akan berkongsi aktiviti Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sg Buloh Selangor.

📚✨ TAHNIAH KEPADA PEMENANG NILAM AKTIF & PEMINJAM BUKU AKTIF ✨📚Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua murid yang...
13/08/2026

📚✨ TAHNIAH KEPADA PEMENANG NILAM AKTIF & PEMINJAM BUKU AKTIF ✨📚

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah terpilih sebagai Pemenang NILAM Aktif dan Peminjam Buku Aktif bagi bulan Julai 2026.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus membudayakan amalan membaca serta menjadikan ilmu sebagai teman sepanjang hayat.

Syabas dan tahniah kepada para pemenang! Teruskan usaha, kekalkan kecemerlangan dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

📖 “Membaca Amalan Mulia, Ilmu Penyuluh Kehidupan.”







MOHON PERHATIAN ‼️‼️MEMO PENTING ‼️‼️
05/08/2026

MOHON PERHATIAN ‼️‼️
MEMO PENTING ‼️‼️

📢 MAKLUMAN PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM SESI KEMASUKAN 2027Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa keputusan...
03/08/2026

📢 MAKLUMAN PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM SESI KEMASUKAN 2027

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa keputusan permohonan Prasekolah KPM bagi sesi kemasukan 2027 boleh disemak melalui portal e-Prasekolah.

📌 Bagi permohonan yang BERJAYA: ✅ Sila cetak surat keputusan dan bawa bersama semasa Taklimat Prasekolah mengikut tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan dalam surat tawaran.

📌 Bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA: ✅ Sila kemukakan rayuan secara dalam talian (ONLINE) melalui portal e-Prasekolah mengikut tarikh yang dipaparkan dalam sistem.

Kerjasama dan perhatian daripada semua ibu bapa/penjaga amatlah dihargai.

Terima kasih. 🌸

31/07/2026

Persembahan dari murid Tahun 2B sempena Majlis Peluncuran Kemerdekaan kali ke 69 🇲🇾🇲🇾🇲🇾



🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 - sesi petang🇲🇾“Kibarkan Jalur Gemilang”Dengan penuh rasa bangga dan semanga...
31/07/2026

🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 - sesi petang🇲🇾
“Kibarkan Jalur Gemilang”

Dengan penuh rasa bangga dan semangat patriotik, SK Merbau Sempak telah mengadakan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Ke-69 sebagai tanda bermulanya sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Majlis ini menjadi wadah untuk menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan warga sekolah, di samping menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah menghadiahkan nikmat kemerdekaan kepada kita.

Ayuh, bersama-sama kita mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap tanah air tercinta. Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia, khususnya generasi pewaris bangsa.

Jalur Gemilang berkibar megah,
Lambang negara kita bersama.
Semangat merdeka terus disemai,
Malaysia tercinta kekal berjaya. 🇲🇾

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan Ke-69.
Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Jiwa Merdeka! ❤️🤍💙💛






🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾Semarak patriotisme terus disemai apabila SK Merbau Sempak telah mengadak...
31/07/2026

🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

Semarak patriotisme terus disemai apabila SK Merbau Sempak telah mengadakan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Ke-69 dengan tema “Kibarkan Jalur Gemilang”.

Majlis ini bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara, memupuk nilai patriotisme serta menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang yang telah mempertahankan kemerdekaan tanah air.

Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang perpaduan, kebanggaan dan kecintaan terhadap Malaysia tercinta.

“Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Kemerdekaan!” 🇲🇾

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan Ke-69.
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.






Seluruh warga SK Merbau Sempak merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham C...
21/07/2026

Seluruh warga SK Merbau Sempak merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Cikgu Mohd Fadzli bin Mohd Yusof.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa dan kesalahannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah. 🤲🏻

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya jugalah kita kembali.” (Surah Al-Baqarah: 156)



📚 Perjumpaan Kali Pertama Bengkel Karyawan Cilik Semerbak 2026Alhamdulillah, sesi pertama Bengkel Karyawan Cilik Semerba...
15/07/2026

📚 Perjumpaan Kali Pertama Bengkel Karyawan Cilik Semerbak 2026

Alhamdulillah, sesi pertama Bengkel Karyawan Cilik Semerbak 2026 telah berlangsung dengan jayanya bersama Guru Besar SK Merbau Sempak, Puan Noraini.

Semoga bengkel ini menjadi titik permulaan untuk melahirkan lebih ramai murid yang kreatif, berani berkarya dan mampu menghasilkan penulisan yang membanggakan.

📚✨ TAHNIAH KEPADA PEMENANG NILAM AKTIF & PEMINJAM BUKU AKTIF ✨📚Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua murid yang...
14/07/2026

📚✨ TAHNIAH KEPADA PEMENANG NILAM AKTIF & PEMINJAM BUKU AKTIF ✨📚

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah terpilih sebagai Pemenang NILAM Aktif dan Peminjam Buku Aktif bagi bulan Mei dan Jun.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus membudayakan amalan membaca serta menjadikan ilmu sebagai teman sepanjang hayat.

Syabas dan tahniah kepada para pemenang! Teruskan usaha, kekalkan kecemerlangan dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

📖 “Membaca Amalan Mulia, Ilmu Penyuluh Kehidupan.”







06/07/2026

Gimik Pelancaran Karnival STeM 2026

Address

Sek Keb Merbau Sempak
Sungai Buloh
40160

Telephone

0360383050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Merbau Sempak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category