Pssgm Relur Tujuh Legacy Academy

Pssgm Relur Tujuh Legacy Academy Jika berminat untuk mengikuti kelas silat gayong, persembahan silat di majlis2 boleh wssp 013-2086956 (cikgu azrul)

َاِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Hilangnya seorang permata icon lagenda dalam dunia persilatan, Dengan penu...
29/07/2026

َ
اِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Hilangnya seorang permata icon lagenda dalam dunia persilatan,
Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Almarhum YM Prof. Dr. (HC) Tok Guru J***t Abdul Ghafar bin Dato’ Dr. Raja Abdul Majid.

Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan, mencucuri rahmat-Nya, melapangkan kuburnya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga, Pemergian Allahyarham merupakan satu
kehilangan yang besar dalam dunia persilatan Melayu.

Segala jasa, ilmu dan pengorbanan beliau akan terus dikenang dan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat beliau di alam sana.🤲

AL-FATIHAH
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. امين

13/07/2026

Selesai program class seni keris👍👍
Lepas ni mahirkan p**a

12/07/2026

Bukan slalu boleh garang2 😝😝😝

Alhamdulillah Selesai sudah Majlis Perlimau Tapak & Seni PSSGMSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucap...
14/06/2026

Alhamdulillah Selesai sudah Majlis Perlimau Tapak & Seni PSSGM

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh anak-anak Gayong Pssgm Relur Tujuh Legacy Academy dan GELANGGANG DAENG KUNING yang telah memberikan komitmen, tenaga serta semangat yang luar biasa sepanjang menjayakan Majlis Perlimau Tapak & Seni PSSGM Daerah Petaling 2026.

Kehadiran kalian bukan sekadar memenuhi ruang gelanggang, tetapi menjadi lambang bahawa warisan silat bangsa masih teguh berdiri, dipikul dengan penuh adab, disiplin dan rasa tanggungjawab. Setiap langkah yang diatur, setiap gerak yang dipersembahkan, dan setiap peluh yang menitis adalah bukti kecintaan kalian terhadap ilmu yang diwarisi daripada para guru terdahulu.

Buat para ibu bapa, jutaan terima kasih diucapkan atas kepercayaan, sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai. Di sebalik seorang pesilat yang gagah berdiri, ada doa seorang ibu yang tidak pernah putus dan ada pengorbanan seorang ayah yang sentiasa mengiringi perjalanan anaknya. Tanpa sokongan kalian, tidak mungkin anak-anak ini mampu melangkah sejauh ini.

Ingatlah wahai anak-anak pesilat, silat bukan sekadar pukulan dan gerakan. Silat adalah adab, maruah, amanah dan perjuangan menjaga warisan bangsa. Teruslah merendah diri ketika dipuji, teruslah teguh ketika diuji, dan jangan sesekali melupakan asal usul ilmu yang telah membentuk diri kalian.

Semoga ikatan persaudaraan yang terjalin akan terus kukuh, dan semoga setiap langkah kalian di jalan persilatan sentiasa mendapat keberkatan serta perlindungan daripada Allah SWT.

Relur Tujuh warisan pusaka,
Teguh berdiri menjaga adab dan bangsa.
Hidupku untuk silat,
Matiku dalam adab.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙“Di hari penuh keberkatan ini,marilah kita hayati erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang...
26/05/2026

🌙 Salam Aidiladha 1447H 🌙

“Di hari penuh keberkatan ini,
marilah kita hayati erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.
Semoga setiap doa diangkat, setiap pengorbanan diterima,
dan setiap langkah kehidupan sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha,
maaf zahir & batin.
Semoga kebahagiaan, rezeki dan keberkatan sentiasa mengiringi kita semua.” 🐄✨

Ikhlas daripada
Gelanggang Relur Tujuh Legacy Academy
– Jabai Hitam -

🥋 PENGAMBILAN AHLI BARU SILAT GAYONG 🔥🥋Anak lasak tak salah…Yang penting ada DISIPLIN, ADAB & HALA TUJU! 💪Di Gelanggang ...
15/05/2026

🥋 PENGAMBILAN AHLI BARU SILAT GAYONG 🔥🥋

Anak lasak tak salah…
Yang penting ada DISIPLIN, ADAB & HALA TUJU! 💪

Di Gelanggang Relur Tujuh Legacy Academy, kami bukan sekadar mengajar pertahanan diri…
Kami membentuk:
✅ Keyakinan diri
✅ Disiplin tinggi
✅ Hormat ibu bapa
✅ Semangat juang
✅ Jati diri anak bangsa

📍Tempat terhad!
Jangan tunggu anak hanyut dengan dunia yang sia-sia…
Beri mereka ilmu, adab dan kekuatan diri sejak awal.

🥋 SILAT BUKAN GANAS
SILAT ADALAH WARISAN, DISIPLIN & MARUAH!

5 cawangan dibawah Relur Tujuh Legacy Academy 👇
RTLA KUBU GAJAH (HQ) ✅
RTLA KEM RKAT PAYA JARAS✅
RTLA JASMINE U5✅
RTLA KG. PERMATA (KUNDANG)✅
RTLA MASJID SG. PLONG (MJSP) ✅

📞 013-2086956 (Cikgu Azrul)
📩 PM sekarang untuk pertanyaan & pendaftaran.




















19/04/2026

Terbaik anak2 semua💪💪💪💪

Alhamdulillah, selesai sudah persembahan silat di Masjid jamiul ehsan kg. Kubu Gajah sempena majlis rumah terbuka dan pe...
19/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah persembahan silat di Masjid jamiul ehsan kg. Kubu Gajah sempena majlis rumah terbuka dan penutup tirai bulan Syawal 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan, serta semua yang hadir memberi sokongan. Terima kasih juga pada semua yg terlibat dan tahniah diucapkan. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab untuk terus memartabatkan warisan seni silat, di samping mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Syawal melabuhkan tirai, kenangan tetap terpahat di hati. Moga segala amal diterima dan kita dipertemukan lagi dalam kebaikan akan datang.

Relur Tujuh warisan pusaka,
Hidup untuk silat, mati dalam adab.
Relur Tujuh Legacy Academy.

Terima kasih semua 🤍

Alhamdulillah latihan selepas cuti raya😬😬 nasib baik ramai yg turun dpt la kurangkan lemak2 mkn rendang, lemang😆😆Minggu ...
07/04/2026

Alhamdulillah latihan selepas cuti raya😬😬 nasib baik ramai yg turun dpt la kurangkan lemak2 mkn rendang, lemang😆😆
Minggu ni latihan kasi smua onnnzzzz‼️‼️

Address

Lot 1467 A Jalan Gajah 13
Sungai Buloh
47000

Opening Hours

21:00 - 00:11

Telephone

0132086956

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pssgm Relur Tujuh Legacy Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share