Surau Madrasah Darul Futuh

Surau Madrasah Darul Futuh Mata rantai kepada dakwah dan tarbiah yang dibawa oleh manusia Agung, Muhammad s.a.w.

Kuliah SubuhDisampaikan oleh Ustaz RajiTajuk : Pengebumian Semua jemaah dijemput hadir
31/01/2026

Kuliah Subuh

Disampaikan oleh Ustaz Raji

Tajuk : Pengebumian

Semua jemaah dijemput hadir

[UPDATE PROJEK PENYELENGGARAAN SURAU: DANA INFAQ ANDA SEDANG BEKERJA!]Assalamualaikum w.b.t buat seluruh ahli qariah yan...
31/01/2026

[UPDATE PROJEK PENYELENGGARAAN SURAU: DANA INFAQ ANDA SEDANG BEKERJA!]

Assalamualaikum w.b.t buat seluruh ahli qariah yang dirahmati Allah.

Alhamdulillah, amanah infaq dan sedekah yang tuan/puan berikan telah kami salurkan untuk memastikan rumah Allah ini kekal kondusif dan selamat. Berikut adalah perkembangan gerak kerja "Wajah Baharu Surau" yang sedang dan telah dijalankan:

๐Ÿ”ง Servis Aircond & Penyejukan: Kerja-kerja servis berkala telah selesai bagi memastikan ruang solat utama kekal sejuk dan selesa untuk semua.

๐Ÿ› ๏ธ Pembaikan Kritikal (Tangki & Dinding): Kami telah membaiki kebocoran tangki air yang sebelum ini menjejaskan bekalan. Selain itu, masalah dinding berkulat telah dibersihkan dan dicat semula dengan cat anti-kulat demi kesihatan jemaah.

๐Ÿ’ก Keselamatan Laluan Muslimat: Penambahan lampu di laluan ke ruangan solat muslimat telah dilaksanakan. Kini, laluan lebih terang dan selamat untuk ibu-ibu dan saudari kita, terutamanya sewaktu waktu Subuh dan Isyak.

๐Ÿงน Gotong-Royong Pembersihan: Terima kasih kepada sukarelawan kariah yang turun padang membersihkan habuk dan menyusun atur ruang dalaman.

Setiap ringgit sumbangan anda bukan sekadar angka, tetapi ia menjadi saksi keselesaan seorang jemaah yang bersolat dan keselamatan seorang muslimah yang berjalan ke rumah Allah.

Salurkan Infaq Anda Disini:
๐Ÿฆ Maybank ๐Ÿ”ข 572740331531 (Musolla Darul Futuh)
๐Ÿ“Œ Rujukan: Infaq Bangunan

"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat..." (Surah At-Taubah: 18)

Terima kasih atas sokongan berterusan anda!

Terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada pembaikan penghawa dingin MDF. Alhamdulillah, aircond kami kembali berf...
26/01/2026

Terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada pembaikan penghawa dingin MDF. Alhamdulillah, aircond kami kembali berfungsi untuk manfaat jemaah MDF. Semoga Allah lah yang membalas jasa kalian. Teruskan menyumbang untuk untuk program-program dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadan nanti

Kuliah Subuh Sirah NabawiyahDakwah Rasulullah ke Taif, Peristiwa isra' dan mikraj, Pengislaman bangsa Jin dan Jaminan ke...
24/01/2026

Kuliah Subuh Sirah Nabawiyah

Dakwah Rasulullah ke Taif, Peristiwa isra' dan mikraj, Pengislaman bangsa Jin dan Jaminan keselamatan kepada Rasulullah oleh Mut'im.

Oleh Ust Zakariyya Zainul

Semoga bermanfaat

Kuliah SubuhTajuk : Solat Jenazah dan kepentingannyaDisampaikan oleh : Ustaz Raji MusaTarikh : 18 Januari 2026Semoga ber...
17/01/2026

Kuliah Subuh

Tajuk : Solat Jenazah dan kepentingannya
Disampaikan oleh : Ustaz Raji Musa
Tarikh : 18 Januari 2026

Semoga bermanfaat

Kisah Tahun KesedihanKisah pengorbanan Abu Talib dalam membantu dan mempertahankan dakwah Rasulullah dari tekanan pembes...
08/11/2025

Kisah Tahun Kesedihan

Kisah pengorbanan Abu Talib dalam membantu dan mempertahankan dakwah Rasulullah dari tekanan pembesar Quraish. Namun pada tahun ke 10 kenabian, Abu Talib telah meninggal dunia. Satu kesedihan kepada Rasulullah s.a.w atas pemergian orang yg disayangi dan dicintainya.

Ikuti kisah seterusnya, kisah kewafatan isteri Baginda s.a.w yg sangat dicintai iaitu Saidatina Khadijah, yg meninggal pada tahun yang sama.

Kuliah subuh disampaikan oleh Ust Zakariyya Zainul Abidin, di Madrasah Darul Futuh.

Muslimin Muslimat dijemput hadir.

Kuliah Subuh Darul Futuh berkaitan Sirah Nabawiyah disampaikan oleh Ustaz Zakariyya.
25/10/2025

Kuliah Subuh Darul Futuh berkaitan Sirah Nabawiyah disampaikan oleh Ustaz Zakariyya.

Beginilah rutin program pagi ahad sejak setahun yg lalu apabila Kuliah Subuh pagi ahad mula dihidupkan kembali selepas t...
11/10/2025

Beginilah rutin program pagi ahad sejak setahun yg lalu apabila Kuliah Subuh pagi ahad mula dihidupkan kembali selepas tertangguh sekian lama. Kuliah pagi ahad dulu dimulakan oleh Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun.

Semoga Allah memberikan keberkatan kepada semua yg menghidupkan majlis ilmu.

Kuliah Subuh di Darul Futuh. Disampaikan oleh Ustaz Zakariyya Zainul. Sirah Nabawiyah - Kisah Pengislaman Saidina Umar d...
11/10/2025

Kuliah Subuh di Darul Futuh. Disampaikan oleh Ustaz Zakariyya Zainul. Sirah Nabawiyah - Kisah Pengislaman Saidina Umar dan Peranannya

๐Ÿ“ข *JEMPUTAN CERAMAH NUZUL QURAN & MAJLIS IFTAR* ๐Ÿ“ขAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Surau Madrasah Darul Futuh m...
17/03/2025

๐Ÿ“ข *JEMPUTAN CERAMAH NUZUL QURAN & MAJLIS IFTAR* ๐Ÿ“ข

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Surau Madrasah Darul Futuh menjemput semua untuk menghadiri ceramah khas sempena Nuzul Quran:

๐Ÿ“– Tajuk: Bersahabatlah dengan al-Quran
๐Ÿ‘ค Penceramah: Dr. Muhammad Mukhlis bin H Mohd Yunus
๐ŸŽ“ Pendidikan: Degree (Al Azhar) | Master & PhD (UM)
๐Ÿ›๏ธ Kerjaya: Penyelidik & Penerbitan, Yayasan Institut Pengajian al-Quran (IPaQ)

๐Ÿ“… Tarikh: 18 Mac 2025
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: 6.30 ptg
๐Ÿ“ Lokasi: Surau Madrasah Darul Futuh

โœจ Sesi Interaktif & Hadiah Menarik! โœจ
Untuk menjadikan sesi ceramah ini lebih interaktif, para tetamu digalakkan mengemukakan soalan kepada penceramah. Soalan boleh diajukan melalui Google Form (https://forms.gle/hACjW1WGqd2BuB5i8) atau bertanya terus semasa sesi berlangsung.

๐Ÿ“š Sertai sesi soal jawab & kuiz!
Tiga Pemenang kuiz akan membawa pulang hadiah tajaan Terasa Cafรฉ ๐ŸŽ

Mari sama-sama menimba ilmu dan mendekatkan diri dengan al-Quran. Sebarkan & ajak keluarga serta sahabat!

Jazakumullahu khayran.

Address

Lot 3200, Jalan Haji Surin, Paya Jaras Hulu
Sungai Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Madrasah Darul Futuh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category