Klinik Kaunseling Assyafi

Klinik Kaunseling Assyafi Menjalankan sesi kaunseling secara profesional kepada masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan a b) Kaunseling Perkahwinan. c) Kaunseling Rumahtangga.

Kaunselor Haji Zailan Bin Wagimin
Kaunselor Berdaftar (00209)
Sijil Perakuan Amalan (00243)

Kaunseling Profesional:
a) Kaunseling Individu & Kelompok. d) Kaunseling Personaliti & Kerjaya. Kami juga menjalankan beberapa Program & Bengkel kepada mereka yang berminat. Antaranya:-

Program Pelajar:
a) Program Motivasi Belajar
b) Program Kepimpinan
c) Tamrin Nuqoba'
d) Kemahiran Belajar
e) Sijil Kemah

iran Fasilitator

Bengkel:
a) Mudahnya Menjadi Ibubapa
b) Bengkel Asas Kaunseling
c) Bengkel Terapi Kaunseling
d) Kemahiran Asas Fasilitator
e) Bengkel Personaltit & Kerjaya

Senang je mak ayah nak rosakkan anak sebenarnya1. Nak anak biadap?- selalulah berkasar dengan dia2. Nak anak memberontak...
04/02/2023

Senang je mak ayah nak rosakkan anak sebenarnya

1. Nak anak biadap?
- selalulah berkasar dengan dia

2. Nak anak memberontak?
- cuba halang dan sekat segala kemahuan dia secara melampau

3. Nak anak pemalas?
- jangan bagi langsung anak tolong kita

4. Nak anak jadi raja?
- tunaikan je semua kemahuan dia

5. Nak anak jadi pembuli?
- rendahkan dan malukan dia setiap masa sambil berkasar dengan ahli keluarga

6. Nak anak keras hati?
- marah dan tengking dia setiap hari

7. Nak anak hilang hormat?
- maki dan herdik dia setiap hari

8. Nak anak rosak akhlak?
- cari je kejiranan dan rakan sebaya yang rosak untuk dia

9. Nak badan dan otak anak jadi rosak?
- bagi je anak beli jajan setiap masa

10. Nak anak susah kawal emosi, susah fokus belajar dan susah bahagia?
- bagi je henfon dan gajet setiap masa

Anak ni fragile. Memang rapuh sangat! Memang mudah je nak rosakkan anak tanpa sengaja.

Makin cepat kita sedar dan baiki anak di awal usia maka makin bagus outcomenya. It's easier to fix broken child than to fix broken adult.

-Taufiq Razif-

Adakah anda mengalami pelbagai gejala fizikal  BERTERUSAN yang tidak dapat dijelaskan?✔️ Pemeriksaan doktor p**a mendapa...
21/06/2022

Adakah anda mengalami pelbagai gejala fizikal BERTERUSAN yang tidak dapat dijelaskan?

✔️ Pemeriksaan doktor p**a mendapati anda TIDAK mempunyai sebarang masalah kesihatan dan sihat tubuh badan.

✔️ Namun gejala tersebut benar benar menganggu dan memberi kesan kepada kehidupan anda seharian.

✔️ Masalah tersebut telah berlanjutan selama 6 bulan

Ini mungkin salah satu dari masalah mental yang dikenali sebagai Somatic Symptom Disorder.

Bukan semua masalah emosi dan kemurungan dipaparkan menerusi gejala biasa kemurungan.. ada yang mengalami gejala fizikal seperti ini.

Dapatkan rujukan dan pemeriksaan ya 💕

like health malaysia

14/06/2019

Bad Parenting - GADGET vs JERIT

Kesilapan besar saya dalam mendidik anak adalah dengan memberikan dia TABLET (TAB). Ketika itu anak saya Muhammad Jibriel Emand baru berusia setahun setengah. Tujuan awal "kononnya" supaya dia :

1) Mudah mengenal huruf dan belajar melalui software interaktif pintar yang menarik dan menyeronokkan;

2) Emand ini sub-modality nya adalah "kinestetik" iaitu jenis anak sangat sangat lincah, aktif dan memang langsung tak boleh duduk diam. Maka dengan adanya TAB, dunia dilihat menjadi aman seketika kerena dia leka bermain TAB tersebut (terutamanya di meja makan);

Pada usia beliau 3 tahun, dia sudah boleh men "download" game-game yang beliau s**a dan dengan jarinya yang kecil itu dia sudah mampu untuk "create new folder" bagi mengisi game baru yang telah dimuatnaik.

Sewaktu umur beliau 4 tahun, dia sudah bermain "Zombie Plant" pada "level" yang tinggi. Beliau akan menjadi "tutor" kepada ibunya bagaimana cara bermain dengan betul. Sebelum bermain dilevel yang lebih tinggi, Emand akan belajar dulu teknik-teknik baru melalui "You Tube" yang kami sendiri pun tak tahu masa bila dan macamana dia boleh tahu tentang "You tube" tu.

Pada usia 6 tahun, beliau mula bermain "strategic war game" yang "complicated" dan tahu sangat banyak terminology gamers yang ada.

Adakah ini suatu pencapaian yang dibanggakan ?
TIDAK !

Suatu malam saya terjaga sekitar jam 2 pagi untuk ke tandas dan sangat terkejut apabila dia begitu asyik bermain gamenya didalam kegelapan bilik tidur !.

Selain itu kami juga menyedari perkara-perkara berikut :

1) Dia menjadi sangat tidak sabar bila apa yang diingini tidak kesampaian. Dalam game atau alam maya nak dapat sesuatu cepat dan senang, jadi di alam sebenar juga bagi dia harus begitu.

2) Watak anak yang ceria, aktif dan menghiburkan tiba-tiba berubah menjadi watak pemalu dan tidak s**a bergaul. Dia sudah mula masuk dalam dunia game beliau dan terasa kekok bila berdepan dengan manusia lain;

3) Emand menjadi mudah sangat nak merajuk dan terasa hati serta mudah menangis. Anak-anak yang kurang bersentuhan dan berinteraktif dengan orang lain akan terasa seperti dip**au dan tidak disayangi.

4) Wataknya mudah bertukar agresif dan memukul ibunya jika tidak mendapat apa yang dipinta. Kalau ingin menang dalam game, anda harus membunuh musuh atau halangan anda dan mengambil apa yang anda inginkan. MAKA itulah yang dia buat.

5) Ujian mata yang dibuat di sekolah tadika beliau menunjukkan tanda-tanda rabun sedang berlaku.

Melihat kepada perkembangan yang menakutkan ini, kami telah mencuba banyak cara dan apa yang paling jelas adalah, kami MESTI mengurangkan masa yang diambil untuk bermain game-game kes**aanya .

Antara langkah yang kami diambil adalah :

1) Hanya 5 minit siang dan 5 minit malam untuk bermain. Jika dia melanggar lebih dari 5 minit maka dia akan kehilangan masa bermain selama 3 hari. 1 hari tanpa handphone atau tab cukup memberi sengsara bagi hidupnya.

2) Aktiviti luar yang lebih banyak. Emand dibawa lebih kerap untuk berbasikal, melakukan aktiviti luar yang lebih lasak dan dihantar ke program "survival" agar dia kembali berkomunikasi dengan orang lain.

3) Dia dihantar menjalani latihan karate supaya bila badannya letih keinginan nak bermain game itu sedikit berkurangan.

4) Saya gunakan sifatnya yang semulajadi aktif dengan menambah aktiviti yang lebih mencabar seperti berlumba dilitar motocross pada usia beliau 5 tahun sehinggalah sekarang.

5) Beliau juga tahu jika disekolah terdapat sebarang aduan dari guru atau markah peperiksaan beliau jatuh ke gred C, maka beliau akan kehilangan peluang bermain game selama 2 bulan.

6) Kami berikan dia LEGO yang dia s**a bagi mengisi masa lapangnya. LEGO adalah gaming yang sangat baik untuk ransangan minda dan kreativiti. Tahap kes**aran LEGO itu saya tambah pada setiap binaan yang telah lengkap.
Alhamdulillah terdapat banyak peningkatan yang berlaku namun apa yang berlaku pada Emand terjadi pada ramai anak-anak kecil yang lain.
Teknologi sepatutnya membawa kemajuan dan peningkatan mutu hidup NAMUN, ia misti dikawal dan digunakan sesuai pada umur dan masa. Jangan diulangi kesilapan saya.
Jangan sammpai anak-anak anda ketagihan bermain TAB dan GADGET hingga menjahanamkan mata, otaknya dan yang paling bahaya adalah jiwanya.
Biarlah dia menangis dimeja makan, biarlah dia berlari di Shopping Mall, biarlah dia menjerit dan meraung sekuat hati didalam kereta sewaktu anda sedang memandu kerana semuanya itu hanya seketika. Itulah masa yang paling manis dan indah ketika dia masih kecil dan akan menjadi saat yang akan dirindui.
Usah kerana inginkan anak itu tenang dan terkawal maka TAB itu dihulurkan, takut- takut nanti kita p**ak yang tak akan senang dan gulana sampai ke mati.

"fitnah langit terbuka mengundang bencana"
22/02/2019

"fitnah langit terbuka mengundang bencana"

إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنهAl Fatihah kita panjatkan untuk perwira negara kita yang tel...
17/12/2018

إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Al Fatihah kita panjatkan untuk perwira negara kita yang telah kembali menghadap Ilahi. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dikalangan hambanya soleh. Ucapan takziah kepada keluarga aruah & diberi kesabaran yang besar.

Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi.

Tsunami Acheh (2004) & Tsunami Sulawesi (2018)Macam mana besar sekalipun bencana Allah bagi. Rumah Allah juga satu satun...
02/10/2018

Tsunami Acheh (2004) & Tsunami Sulawesi (2018)

Macam mana besar sekalipun bencana Allah bagi. Rumah Allah juga satu satunya yang selamat dan ditinggalkan.

Allah nak tunjuk dan buktikan pada semua manusia atas muka bumi ini agama apa yang benar dan tuhan manakah yang patut disembah. Untuk manusia fikir sendiri.

🤲

15/09/2018
Sayyidah Aisyah radhiyallahu anha tinggal di sebahagian sisi dari kamar an nabawiy. Dan tidak ada penutup di antara kama...
18/08/2018

Sayyidah Aisyah radhiyallahu anha tinggal di sebahagian sisi dari kamar an nabawiy. Dan tidak ada penutup di antara kamarnya dan pemakaman Nabi.

Dan ketika Sayyidina Abubakar As Shidiq meninggal, beliau mengizinkan untuk memakamkan Sayyidina Abubakar bersama Nabi SAW maka dikuburlah Sayyidina Abubakar as Shidiq dibelakang Nabi SAW dengan jarak satu dhiro'. Dan kepala beliau menghadap kedua bahu mulia Rasulullah SAW. Dan Sayyidah Aisyah juga masih tidak meletakan antara kamarnya dan kedua pemakaman tersebut penghalang, dan beliau berkata: "Sesungguhnya dia adalah Suamiku dan Ayahandaku".

Dan setelah meninggalnya Sayyidina Umar al Khattab radhiyallahu anhu, Sayyidah Aisyah mengizinkan untuknya supaya sayyidina Umar dikuburkan bersama kedua sahabatnya (Rasulullah dan Abubakar). Maka dikuburlah Sayyidina Umar dibelakang Sayyidina Abubakar As Shidiq dengan jarang satu hasta dan menghadap bahu Sayyidina Abubakar. Maka ketika itu barulah Sayyidah Aisyah meletakan penghalang antara kamarnya dengan makam.

Kerana Sayyidina Umar bukanlah mahram baginya, maka menghormati akan hal itu sekalipun setelah kewafatanya Radhiyallahu anhum jami'an.

+ Jafri Abu Bakar Mahmoodi

Pengalaman memandikan jenazah pondan-saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah.Terpanggil dihati...
13/08/2018

Pengalaman memandikan jenazah pondan-saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah.

Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.

Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.

Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.

Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi setelah tahun mengenai jentina anaknya itu, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak
( buang najis ), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat.

Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.

Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.

Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.

Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.

Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.

Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara’ berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.

ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.

Firman ALLAH yang bermaksud :-

” Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk “.

( Surah AT-Tiin ayat 4 )

Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa ( Maksudnya ) :-

” Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki “.

( Hadis Riwayat AL-Bukhari )

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata

( Maksudnya ) :-

” Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki “.

( Hadis Riwayat Abu Daud )

Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA..

Sumber: Syed Sohleh Syed Jalaluddin

inShare

bila Jadi Kaunselor ni...bila murid datang mengadu pada kita, "saya benci cikgu tu!", kita tak keluarkan hadis mentaati ...
05/08/2018

bila Jadi Kaunselor ni...

bila murid datang mengadu pada kita, "saya benci cikgu tu!", kita tak keluarkan hadis mentaati guru, kita akan tanya dulu, "apa yang dah berlaku?"

bila murid datang mengadu, "cikgu, saya suke la kat dia..", kita tak terus baca ayat la taqrobu zina, kita akan tackle dulu dengan soalan, "siapa bdk bertuah tu?"

bila kita jumpa murid yang selalu ponteng sekolah sebab malas belajar, kita tak gantung dia sekolah. tapi kita ajak dia "mari belajar kt bilik kaunseling."

bila murid datang dan mengadu ketagih dadah. kita tak terus beritahu 1 bilik guru, kita tanya dia dulu "sehari berapa awak spend untuk itu?"

bila kita handle kes budak mencuri, kita tak tanya apa awak curi, kita akan tanya kenapa awak mencuri.

bila murid tak bawa buku, kita tak kata "nak suruh nenek awak baca ke?" tapi kita akan ceritakan tips2 untuk tidak tertinggal buku lagi.

bila kita handle murid2 sosial, kita tak layan dia mcm ahli neraka, tapi kita buat dia sedar yang dia calon syurga.

bila berhadapan murid lemah, kita tak kata dia lembab! tapi kita cari titik kekuatan lain murid tu, buat dia rasa dirinya berharga juga.

bila berhadapan murid gagah, kita buat yang sebaliknya.

bila jumpa murid nakal, kita mntak tolong dia. bagi dia rasa dia pun bernilai kt sekolah. bukan pengawas saja.

bila murid keras kepala taknak cakap. kita tak tarik rambut dia. tapi kita bagi dia kertas suruh dia tulis apa dia nak kata.

kalau murid datang komplen susah nk hadam nota bnyak2. kita tak cakap dia bebal or malas. tapi kita ajar dia buat peta minda.

kita harap kita boleh buat semua tu
sebab 4 tahun kita disediakan untuk itu.

tapi orang tak faham orang fikir kita makan gaji buta,
sana sini orang mengata.

orang fikir kita tak buat kerja.
tapi orang tak beri peluang kita buat kerja.

bila kita panggil murid untuk sessi kaunseling
guru2 mula bising.

bila tugas kita orang tak faham,
orang akan beri tugas2 yang kita tak faham.

kita tak bantah lansung perlaksanaan rotan.
sebab kita tahu tiap cara ada kelebihan.
cuba la bagi kami peluang,
kami tak kisah jadi s/u peperiksaan,
atau jadi kerani sambilan,
atau s/u tiap persatuan,
cuma berilah kami sedikit masa,
kami ingin semua rasa,
apa yang kaunseling bawa,
kami pun ingin semai jasa,
melalui opsyen yang kami kerja.

kalau kami tak diberi peluang,
tak juga diberi ruang,
bagaimana kami nak hidang,
ilmu kaunseling membentuk orang.

-Ibnu Rijal-

Address

58 Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama 3
Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+60133734033

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kaunseling Assyafi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Klinik Kaunseling Assyafi:

Shortcuts

Share

Category