Tabika Perpaduan Seri Pristana

Tabika Perpaduan Seri Pristana


17/01/2025

Tabika Perpaduan Seri Pristana,
Daerah Kuala Selangor, Selangor
Jumaat |
17 Januari 2025

TABIKA PERPADUAN SERI PRISTANA
SESI 2024

🩷 Detik terakhir bersama murid akan terus terpahat di hati mereka yang bergelar guru sejati.

🩵 Kehadiran para waris mengukir seribu kenangan penuh bermakna serta melakar memori indah buat murid, guru serta para waris.

🩷 Kami para guru ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekhilafan sepanjang kami berusaha mendidik dan membimbing seseorang insan.

🩵 Kami ikhlaskan segala ilmu dengan harapan agar anakanda semua menjadi insan berguna dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

🩷 Terima kasih atas segala bentuk sumbangan dari waris semua. Mohon halalkan segala terlebih dan terkurang sepanjang kita bersama.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai cikgu bila nampak,
Cikgu kan terus rindu-rinduan.







17/01/2025

Tabika Perpaduan Seri Pristana,
Daerah Kuala Selangor, Selangor
Khamis |
16 Januari 2025

Majlis Apresiasi
Santai Mesra Si Cilik
TABIKA PERPADUAN SERI PRISTANA
SESI 2024

🧑‍🎓Majlis yang diadakan di sebuah taman indah berlatar belakang tasik serta pancutan air dengan bertemakan 💜🤍🩶 berjaya menambat hati seluruh keluarga yang begitu 'sporting' sekali mengenakan tema yang sama.

🧑‍🎓Majlis santai mesra dan berkelah di tepi tasik bersama-sama, namun penuh bermakna serta melakar kenangan indah buat murid, guru serta para waris.

🧑‍🎓Majlis diserikan dengan kehadiran dan ucapan perasmian oleh tuan Mohamad Shahrin Shuib, PPD Kuala Selangor.

🧑‍🎓Majlis yang bertujuan menghargai semua murid atas usaha, kecekalan dan semangat mereka menimba ilmu sebagai bekalan hidup mereka di masa akan datang.

🧑‍🎓Doa agar anakanda semua menjadi insan berguna dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

🌟 Seterusnya persembahan tarian tradisional murid dengan lagu 'Lemak Manis' bagi meninggalkan kenangan manis dan hiburan buat semua.

🌟Ribuan terima kasih kepada PPD Kuala Selangor, En Mohamad Shahrin Shuib yang sudi hadir merasmikan serta para waris yang amat membantu merealisasikan majlis ini.

🫰 Diharap majlis gilang gemilang dan penghargaan yang diterima ini dapat menjadi inspirasi dalam kehidupan seharian anakanda semua di masa akan datang.
💜🤍🩶💜🤍🩶💜

Warna ungu cantik berseri,
Pilihan hati murid cemerlang,
Doa cikgu setiap hari,
Anakanda menjadi insan terbilang.







Usai selesai Majlis Kecemerlangan Akademik SK Seri Pristana, beliau bersama ibunya terus ke Tabika Perpaduan Seri Prista...
17/01/2025

Usai selesai Majlis Kecemerlangan Akademik SK Seri Pristana, beliau bersama ibunya terus ke Tabika Perpaduan Seri Pristana , kelas formal pertama nya semata-mata nak bergambar dengan cikgu.
Khalila adalah antara murid hebat 2017/18.
Tahniah anakanda Khalila Zulkifly dinobatkan murid cemerlang tahun 6.
Bersedia untuk berhadapan dunia yang lebih luas di luar sana.
Doa cikgu kan terus bersama mu 🫰

Fly high girl 🩷

PROGRAM PEMERKASAAN PROFESIONALISME GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN Bahagian Pendidikan Khas (UPMI)Kursus Pengajaran MBPK Mas...
16/01/2025

PROGRAM PEMERKASAAN PROFESIONALISME GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Bahagian Pendidikan Khas (UPMI)

Kursus Pengajaran MBPK
Masalah Pembelajaran Spesifik (DISLEKSIA) Secara dalam talian tahun 2025

10 Januari 2025

Kursus bertujuan untuk memberi kefahaman berkaitan pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
Masalah Pembelajaran Spesifik (MPS)

Tabika Perpaduan Seri Pristana, Daerah Kuala Selangor, SelangorRabu | 15 Januari 2025HARI BERTEMU PELANGGAN✅Tabika Perpa...
16/01/2025

Tabika Perpaduan Seri Pristana, Daerah Kuala Selangor, Selangor
Rabu | 15 Januari 2025

HARI BERTEMU PELANGGAN

✅Tabika Perpaduan Seri Pristana telah mengadakan 'Hari Bertemu Pelanggan' bersama waris bertujuan mengetahui perkembangan murid secara dua hala.

✅Guru memberi maklum balas perkembangan prestasi murid sepanjang sepanjang tahun kepada waris murid.

✅Waris juga memberi maklum balas perkembangan anak mereka sepanjang tahun dari perspektif mereka.

✅ Perjumpaan bersama waris mendapat respons positif untuk lebih memahami perkembangan murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka dengan lebih jelas.

✅Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang begitu prihatin.

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka 🇲🇾







Tabika Perpaduan Seri Pristana, Daerah Kuala Selangor, SelangorKhamis | 8 Januari 2025 MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA PERPADU...
10/01/2025

Tabika Perpaduan Seri Pristana,
Daerah Kuala Selangor, Selangor
Khamis |
8 Januari 2025

MAJLIS KONVOKESYEN
TABIKA PERPADUAN DAERAH KUALA SELANGOR
SESI 2024

🧑‍🎓Majlis diadakan di dewan Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang.

🧑‍🎓Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, negeri Selangor. Bacaan doa oleh ustaz Shamsul Imraq.

🧑‍🎓 Ucapan perasmian oleh tuan Mohamad Shahrin Shuib, PPD Kuala Selangor. Diserikan dengan kehadiran Penolong Pegawai Perpaduan, tuan Hamdan Harun, tuan Faruq Husni selaku juru acara bersama majlis, 16 orang Pengerusi JPTP setiap kelas, semua waris serta murid Tabika Perpaduan Daerah Kuala Selangor.

🧑‍🎓Majlis bertujuan menghargai semua murid atas usaha, kecekalan dan semangat mereka menimba ilmu sebagai bekalan hidup mereka di masa akan datang agar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

🌟 Majlis diserikan dengan tiga persembahan oleh murid cilik, cabutan nombor bertuah dan penyampaian sijil kepada Pengerusi JPTP setiap kelas.

🫰 Diharap majlis gilang gemilang dan penghargaan yang diterima ini dapat menjadi inspirasi dalam kehidupan seharian anakanda semua di masa akan datang.
✨✨✨✨✨✨
Kain songket cantik berseri,
Pilihan para hulubalang,
Doa cikgu setiap hari,
Murid menjadi insan terbilang 🤲







Latihan Pengguna MyGovUC Dalam Talian Bagi Guru Tabika Di Zon Tengah (WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Selangor)Medium Goo...
31/12/2024

Latihan Pengguna MyGovUC Dalam Talian Bagi Guru Tabika Di Zon Tengah
(WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Selangor)

Medium Google meet

Latihan oleh:
Cawangan Teknologi Maklumat (CTM)

30 Disember 2024 (Isnin)
2.00 hingga 5.00 ptg.

Topik Latihan Pengguna MyGovUC adalah seperti berikut:
Topik 1 : Penggunaan e-mel secara efektif
Topik 2 : Penggunaan aplikasi Google seperti Calender, Chat, Meet, Drive
Topik 3 : Perkhidmatan Komunikasi & Kolaboratif Google Sites
Topik 4 : Sistem Penghantaran Dokumen Sulit & Terhad (SPDT)
Topik 5 : Portal Rasmi MyGovUC 3.0
Topik 6 : Meja Bantuan

Bengkel "Teacher, Anak Saya Speech Delay ke?"Bersama Akademi As Soffiyah28 Disember 20249.00 - 11.40 pagiMedium Zoom
30/12/2024

Bengkel "Teacher, Anak Saya Speech Delay ke?"

Bersama Akademi As Soffiyah

28 Disember 2024
9.00 - 11.40 pagi
Medium Zoom

Tabika Perpaduan Seri Pristana, Daerah Kuala Selangor, SelangorKhamis | 19 Disember 2024Lawatan Sambil Belajar dan Sambu...
21/12/2024

Tabika Perpaduan Seri Pristana,
Daerah Kuala Selangor, Selangor
Khamis |
19 Disember 2024

Lawatan Sambil Belajar dan Sambutan Hari Kanak-kanak

🧑‍🚒 Bomba Sukarela Saujana Utama
🩷 Sambutan Hari Kanak-kanak

TABIKA PERPADUAN SERI PRISTANA
SESI 2024

🫰 Lawatan ke Bomba Sukarela Saujana Utama untuk memberi kefahaman tentang tugas ahli Bomba sebagai barisan hadapan dalam memberi pelbagai bantuan awal kepada masyarakat dengan penuh bertanggungjawab.

🫰 Murid juga berpeluang merasai pengalaman melihat dan berada di dalam jentera yang digunakan dalam operasi. Jentera seperti pelbagai bot untuk operasi banjir juga memberi kefahaman betapa pentingnya kegunaanya di dalam situasi yang tidak terduga.

🫰 Murid dan AJK JPTP yang hadir berpeluang untuk belajar tentang pelbagai spesies ular serta melihat dengan lebih dekat dua spesies ular yang kebetulan belum dilepaskan ke habitat asal iaitu ular paling berbisa, ular tedung selar dan ular sawa.

🫰 Sambutan Hari Kanak-kanak diakhiri dengan jamuan Muiz Fried Chicken untuk semua.

🫰 Diharap pengisian bermanfaat ini dapat menjadi inspirasi dalam kehidupan seharian mereka di masa akan datang dan berpeluang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

🫰Terima kasih atas kesudian waris dalam membantu guru sepanjang lawatan.

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka 🇲🇾







Tabika Perpaduan Seri Pristana, Daerah Kuala Selangor, Selangor | 17 Disember 2024 (Selasa)Pintar Kreatif peringkat daer...
19/12/2024

Tabika Perpaduan Seri Pristana, Daerah Kuala Selangor, Selangor
| 17 Disember 2024 (Selasa)

Pintar Kreatif peringkat daerah Kuala Selangor sesi 2024
Di Perbadanan Perpustakaan Kuala Selangor.

🩷 Pertandingan Membaca Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bercerita dan persembahan di kalangan murid dari 16 kelas di daerah Kuala Selangor.

💚 Bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang kesungguhan dan semangat diri dalam sesuatu pertandingan dan memberi pengalaman serta perkara baru dalam hidup mereka.

🩵 Murid menunjukkan kesungguhan membaca dengan penuh bersemangat, berceloteh dan persembahan dengan gaya tersendiri serta penggunaan props yang bersesuaian.

💜 Sekalung tahniah kepada murid atas usaha yang bersemangat serta keyakinan yang amat membanggakan.

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka







Address

23 Jalan SP 1/6 Seri Pristana
Sungai Buloh New Village

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabika Perpaduan Seri Pristana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tabika Perpaduan Seri Pristana:

Shortcuts

Share

Category