30/03/2025
[SALAM AIDILFITRI 1446H]
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Mahasiswa Madani.
Kami daripada Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga UPNM khususnya Mahasiswa/i UPNM.
Aidilfitri bukan sekadar sebuah perayaan tetapi juga sebuah peringatan tentang makna kesyukuran, pengorbanan dan kemaafan. Ia hadir sebagai penutup madrasah Ramadan yang penuh ujian, membawa kita kembali kepada fitrah yang suci dengan hati yang bersih.
Justeru, marilah kita raikan dengan kesyukuran, eratkan silaturahim dan semai kemaafan agar keberkatan terus mengiringi langkah kita.
Sekian, terima kasih.
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2024/2025
18/03/2025
[SALAM NUZUL QURAN 1446H]
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Mahasiswa Madani.
Kami daripada Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam, khususnya Mahasiswa/i UPNM.
Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah bagi seluruh umat manusia. Justeru, marilah kita mengambil peluang ini untuk lebih mendalami, memahami, dan mengamalkan ajaran-Nya agar terus berpegang teguh pada nilai kebenaran dan kebaikan.
Akhir sekali, semoga Ramadan yang berbaki ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh hubungan dengan Al-Quran serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Sekian, terima kasih.
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2024/2025
30/01/2025
[JASAMU DIKENANG]
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Mahasiswa Madani.
Kami daripada Kesatuan Debat UPNM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad yang telah bersara sekaligus menamatkan tugas beliau sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Segala khidmat bakti dan jasa Datuk. amatlah kami hargai dan senantiasa diingati di hati. Terima kasih dan selamat maju jaya, Datuk!
Sekian, Terima kasih.
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2024/2025
29/01/2025
[SELAMAT TAHUN BARU CINA 2025]
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Mahasiswa Madani.
Kami daripada Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia Mahasiswa/i UPNM. Semoga tahun baru ini membawa tuah serta kemakmuran kepada semua.
Gong Xi Fa Cai!
Sekian, Terima kasih.
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2024/2025
26/01/2025
[SALAM ISRAK MIKRAJ 1446H]
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Mahasiswa Madani.
Kami daripada Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengucapkan Salam Israk Mikraj 1446 Hijrah buat seluruh umat Islam khususnya kepada Mahasiswa/i UPNM. Semoga peristiwa agung ini terus diingati sebagai petunjuk kebesaran Allah SWT dan kecintaan-Nya kepada Rasulullah SAW.
Salam Israk Mikraj!
Sekian, Terima kasih.
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2024/2025
25/11/2024
[SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN PASUKAN DEBAT DIRAJA UPNM]
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Mahasiswa Madani.
Kami daripada Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada wakil UPNM yang juga ahli Kesatuan Debat atas kejayaan merangkul Naib Johan bagi Kategori Bahasa Melayu dan Menamatkan Pusingan Awal bagi Kategori Bahasa Arab dan Bahasa Inggedu dalam Pertandingan Debat Diraja Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2024.
Tarikh: 17-18 November 2024
Tempat: Arena Gemilang, DeTAR Putra, UNIMAS
Anjuran: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).
Berikut merupakan nama-nama pendebat yang terlibat:
Kategori Bahasa Melayu
1. Mohamad Marzuhaimie bin Marzuki
2. Abdul Azim bin Azmi
3. Muhammad Idham Hafizie bin Zainuddin
4. Umi Izzatti binti Khairul Azman
Kategori Bahasa Inggeris
1. Kiven Thanapalan
2. Mohamad Fardeen Khan bin Hj Newaz Khan
3. Suneil a/l Vijiyendra
4. Chandresh a/l Suresh
Kategori Bahasa Arab
1. Safiq Alif Muzaffar bin Amzam
2. Nor Azmira Aizam binti Noor Azizan
3. Norzulaikha binti A. Razak
4. Che Muhammad Ammar Amani bin Cik Muhammad Sardi
Justeru, semoga warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terus mendoakan kejayaan pasukan Kesatuan Debat UPNM bagi pertandingan-pertandingan mendatang.
Sekian, Terima kasih.
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2024/2025
03/11/2024
[SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN KESATUAN DEBAT UPNM]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam Mahasiswa Madani.
Kami daripada Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada wakil UPNM yang juga ahli pendebat Kesatuan Debat atas kejayaan sebagai Johan dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Pulau Pinang 2024 .
Tarikh: 18 - 20 Oktober 2024
Tempat: Penang Skills Development Centre (PSDC)
Anjuran: Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Negeri Pulau Pinang.
Berikut merupakan nama-nama pendebat yang terlibat:
1. Mohamad Marzuhaimie bin Marzuki
2. Abdul Azim bin Azmi
3. Muhammad Idham Hafizie bin Zainuddin
4. Amirrul Izzat bin Zumihirwan
Tahniah juga diucapkan kepada saudara Muhammad Idham Hafizie bin Zainuddin kerana merangkul Pendebat Terbaik Akhir dan Pendebat Terbaik Liga Ke-2 , Mohamad Marzuhaimie bin Marzuki sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan dan Abdul Azim bin Azmi sebagai Pendebat Terbaik Liga Ke-4.
Justeru, semoga warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terus mendoakan kejayaan pasukan Kesatuan Debat UPNM bagi pertandingan-pertandingan yang mendatang.
Sekian, Terima kasih.
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2024/2025
31/10/2024
[SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI]
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Mahasiswa Madani
Kami daripada Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh warga UPNM yang beragama Hindu khususnya kepada Mahasiswa/i UPNM.
Deepavali Valtukal!
Sekian terima kasih,
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2024/2025
30/10/2024
[SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN KESATUAN DEBAT UPNM]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam Mahasiswa Madani.
Kami daripada Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada wakil UPNM yang juga ahli pendebat Kesatuan Debat atas kejayaan di Separuh Akhir dalam Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pendidikan Tinggi Ke-30 Tahun 2024.
Tarikh: 25 - 28 Oktober 2024
Tempat: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Anjuran: Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Berikut merupakan nama-nama pendebat yang terlibat:
1. Mohamad Marzuhaimie bin Marzuki
2. Abdul Azim bin Azmi
3. Muhammad Idham Hafizie bin Zainuddin
4. Umi Izzatti binti Khairul Azman
Tahniah juga diucapkan kepada saudara Muhammad Idham Hafizie bin Zainuddin kerana merangkul Pendebat Terbaik Liga ke-3, saudara Mohamad Marzuhaimie bin Marzuki sebagai Pendebat Terbaik Liga ke-4 dan saudara Abdul Azim bin Azmi sebagai Pendebat Terbaik Liga ke-5.
Justeru, semoga warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terus mendoakan kejayaan pasukan Kesatuan Debat UPNM bagi pertandingan-pertandingan yang mendatang.
Sekian, Terima kasih.
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2024/2025
17/10/2024
[MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESATUAN DEBAT UPNM SESI 2024/2025]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dan Salam Mahasiswa Madani.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kesatuan Debat Sesi 2024/2025 telah berjaya diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh / Hari: 14 Oktober 2024 / Isnin
Masa: 2030H - 2230H
Tempat: BK03-C-02, Aras 3, Bangunan Bestari UPNM
Untuk pengetahuan semua, mesyuarat ini juga telah membincangkan mengenai perancangan aktiviti-aktiviti kelab bagi sesi 2024/2025 yang mendatang.
Di kesempatan ini juga, pihak kesatuan ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Kesatuan Debat Sesi 2023/2024 yang telah bertungkus lumus mentadbir dan menguruskan Kesatuan Debat dengan penuh jayanya sepanjang tempoh perkhidmatan. Segala khidmat bakti dan jasa kalian amatlah kami hargai dan senantiasa diingati di hati.
Sekian, Terima kasih.
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2024/2025
16/06/2024
[ Salam Aidiladha 1445 Hijrah ]
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Pengorbanan adalah kalimah yang ringan dilafazkan di lisan tetapi berat untuk dizahirkan menerusi perbuatan.
Betapa besar ibrah dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail hingga diangkat menjadi salah satu perayaan dalam kalendar Hijrah.
Semoga kita dapat mengambil iktibar bahawa kisah pengorbanan tersebut adalah didikan untuk membunuh rasa pemilikan ke atas sesuatu atau seseorang yang kita sayang kerana hakikat semuanya adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita sehingga usai waktunya.
Semoga tiap perkara yang kita korbankan kerana Allah akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran dari-Nya.
Buat mereka yang menunaikan ibadah haji pula,semoga berjaya mendapatkan haji mabrur.
“Melentur Idea Buana”
Kesatuan Debat
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Sesi 2023/2024