Senarai harga kitab M***i Taqi Usmani
Cetakan Pakistan
فقه البيوع ٢ مجلد rm100
مشروعة للقانون الإسلامي rm40
حرمة الرباrm22
أصول الإفتاء و آدابهrm38
بحوث في القضايا المعاصرة ٢ مجلد70
مقالات العثماني ٢ مجلد80
توثيق الديون45
Terhad kepada yang order awal berserta bayaran. Dijangka tiba pada awal November
Tok Kenali Kitab Arab
Untuk order dan pembayaran hubungi
wa.me/601135505331/M***i
Ahmad Lutfi Muharam Official
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ahmad Lutfi Muharam Official, Tutor/Teacher, Sri, Sungai Besi.
Diniatkan sebagai wadah menyampaikan ilmu dan maklumat terutama masalah fiqh yang diharapkan membantu memberi kefahaman dan kebaikan kepada ummah islam khususnya.
Faedah Maulana Anwar Shah al-Kashmiri 2
Beliau berkata," Hafiz Ibnu Taymiyah merupakan gunumg-gunung ilmu. Begitu hebat dan tingginya kedudukan beliau dalam ilmu sehingga kalau saya mendongak keatas sehingga kopiah yang diapakai tertanggal masih tidak dapat lagi melihat puncak ilmunya. Namun jika pandangan beliau tentang istawa ala arasy ingin masuk dalam kelas ini,saya tak akan benarkan."
Faedah Maulana Anwar Shah al-Kashmiri
إني كلما أطالع كتاب "الأم" يقع في قلبي أن الإمام الشافعي رحمه الله من أذكياء الأملة.
و كان يقول : أقدر على تلخيص كتبهم أي كتاب كان إلا كتاب "الأم"،
Beliau berkata," Setiap kali saya membaca kitab al-Umm ,hati saya merasakan Imam Syafii adalah dari kalangan genius dan bijak pandai umat ini."
Beliau sering berkata," Saya mampu untuk meringkaskan apa pun kitab-kitab karangan para ulama yang saya telah baca tetapi tidak kitab al-Umm . Saya tidak mampu meringkaskannya." (kerana ia sarat dengan ilmu dan isinya semuanya adalah point)
12/06/2024
Alhamdulillah!
Serahan infaq bernilai RM 2500 kepada perpustakaan Madrasah Mahmudiah Kg Badlishah Serdang Kulim Kedah.
Terima kasih kepada Ustaz Abd Aziz Mohammad yang sedia menerima infaq ini dan terima kasih juga kepada penginfak
# Kami membuka peluang kepada sesiapa yang ingin membeli dan menghadiahkan kitab-kitab kepada para asatizah ataupun madrasah untuk menghubungi
https://wa.link/bl9ye2/hadiahkitab
Terjemahan buku siri 26
(Pemikiran politik Maulana Asyraf Ali Tanwi :Karangan M***i Taqi Usmani)
89- Kerana,mana-mana undang-undang yang diluluskan, ia adalah berdasarkan pandangan semua ahli parlimen yang disatukan kemudian baru diluluskan.
90- Didalam parlimen pun tiada kebebasan mutlak sehingga sesiapa sahaja memberi padangan maka akan diluluskan
Terjemahan buku siri 25
(Pemikiran politik Maulana Asyraf Ali Tanwi :Karangan M***i Taqi Usmani)
87- Didalam pelbagai siri ceramah dan nasihatnya, Hazrat Hakeem Ummat telah memberi komentar berkenaan demokrasi dan autokrasi. Boleh dikatakan , ceramah beliau yang kemudiannya dicetak dan disebarkan dibawah tajuk تقليل الاختلاط مع الأنام adalah yang paling menyeluruh serta terperinci perbahasannya. Berikut beberapa petikan dari ceramah tersebut yang saya khidmat membentangkannya;
88- Hakikatnya, orang yang mempertahankan kerajaan demokrasi sebenarnya mereka juga mempertahankan kerajaan autokrasi kerana autokrasi ada dua,pertama secara hakiki dan yang kedua secara maknawi. Satu kenyataan dalam ilmu falsafah: satu himpunan juga dikira individual,bukan secara hakiki tetapi secara maknawi. Mereka yang menjunjung dan mengikuti keputusan yang dibuat oleh ahli parlimen dalam dewan rakyat ,walaupun nampak pada zohirnya ahli dewan terdiri dari ramai orang, tetapi sebenarnya himpunan ahli dewan itu berkumpul dan terbentuk satu entiti seperti satu individu sahaja.
Terjemahan buku siri 24
(Pemikiran politik Maulana Asyraf Ali Tanwi :Karangan M***i Taqi Usmani)
85- Selain dari itu ,oleh kerana pemerintah tertinggi kerajaan mengikut al-Quran dan Hadis maka setiap tindakan yang diambil olehnya, setiap perintah dan setiap undang-undang yang digubal, sekiranya pada bila-bila masa pun yang dia melangkaui hukum-hakam al-Quran dan Hadis ataupun didalam mana-mana tindakannya telah melanggar konsep keadilan dan kesaksamaan maka tindakannya itu boleh ditentang melalui proses keadilan dihadapan hakim oleh sesiapa sahaja hatta rakyat yang paling rendah darjatnya sekalipun mempunyai hak berbuat demikian dan hak mereka itu tidak boleh dibatalkan.
86- Untuk menulis segala perincian tentang sistem kerajaan Islam tersebut adalah luar dari objektif penulisan ini namun disini cukup untuk disampaikan bahawa kerajaan autokrasi yang disebut oleh Hakeem Ummat ,didalamnya tidak ada segala faktor kerosakan yang terdapat pada pemerintah-pemerintah terdahulu dan masakini dari kalangan diktator dan penzalim
Terjemahan buku siri 24
(Pemikiran politik Maulana Asyraf Ali Tanwi :Karangan M***i Taqi Usmani)
85- Selain dari itu ,oleh kerana pemerintah tertinggi kerajaan mengikut al-Quran dan Hadis maka setiap tindakan yang diambil olehnya, setiap perintah dan setiap undang-undang yang digubal, sekiranya pada bila-bila masa pun yang dia melangkaui hukum-hakam al-Quran dan Hadis ataupun didalam mana-mana tindakannya telah melanggar konsep keadilan dan kesaksamaan
Terjemahan buku siri 23
(Pemikiran politik Maulana Asyraf Ali Tanwi :Karangan M***i Taqi Usmani)
81- Dengan kata lain, kerajaan Islam tidak mengamalkan undang-undang ciptaan manusia,bahkan ia datang berpaksikan sebuah undang-undang samawi yang merupakan ciptaan autoriti dan penguasa tertinggi kepada seluruh makhluk dan ia dipelihara dalam bentuk al-Quran dan hadis.
82- Ye, kerajaan mempunyai keluasaan untuk merangka sendiri undang-undang pentadbiran dan perlaksanaan dengan syarat ia tidak terkeluar dari sempadan al-Quran dan hadis
83- Tetapi untuk melaksanakannya, tetap pemerintah terikat dengan tanggungjawab untuk bermesyuarat dengan ahli majlis mesyuarat (kabinet) dalam langka-langkah dan keputusan -keputusan berkenaan undang-undang dan pentadbiran yang diambil olehnya.
84- Maksud dari mesyuarat bukanlah supaya secara wajib pemerintah mesti menurut pandangan majoriti bahkan maksud mesyuarat adalah agar semua sudut sesuatu masalah datang dihadapannya (melalui perkongsian dan pandangan ahli mesyuarat) dan setelah ia diteliti serta diamati , dengan menggunakan kebolehan terbaik yang dimilikinya serta bergantung kepada Allah, pemerintah sendiri membuat keputusannya.
Terjemahan buku siri 22
(Pemikiran politik Maulana Asyraf Ali Tanwi :Karangan M***i Taqi Usmani)
80- Kemudian, khalifah tersebut yang memiliki yang memiliki tahap pengetahuan yang tinggi serta membawa kualiti pribadi yang unggul bukanlah seorang yang bebas melakukan apa sahaja,tidak terikat dengan undang-undang,bahkan dia terikat dengan Quran,hadis dan ijmak ulama.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Sri
Sungai Besi