16/08/2026
14 - 16 Ogos 2026 | Jumaat - Ahad
Ihtifal Khalifah Junior Madani JKM 2026
Seramai 2 orang penghuni STBSB menyertai acara Khutbah dan Hafazan Tahap 2 dalam Program Ihtifal Khalifah Junior Madani Tahun 2026 anjuran Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Institut Latihan MARDI, Serdang, Selangor yang melibatkan seramai 130 orang kanak-kanak daripada 30 buah Institusi Kanak-Kanak JKM seluruh Malaysia.
Tahniah buat para penghuni yang terlibat kerana telah menunjukkan persembahan yang terbaik.