Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Al-Ta'lim

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Al-Ta'lim Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Ta'lim menerapkan 3 elemen pembelajaran iaitu, Tahfi
(1)

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PSRASelamat menduduki Peperiksaan Percubaan PSRA buat semua calon Darjah 6. Pada...
17/08/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PSRA

Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PSRA buat semua calon Darjah 6. Pada 17 hingga 21 Ogos 2026. Semoga segala usaha, doa dan persiapan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang terbaik.

Hadapilah peperiksaan dengan tenang, yakin dan bersungguh-sungguh. Baca soalan dengan teliti, gunakan masa sebaiknya dan jangan mudah berputus asa. Ingatlah, kejayaan hadir bersama usaha, doa dan tawakal.

“Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah hati kami dan kurniakanlah kejayaan yang terbaik buat anak-anak kami.”

Semoga semua calon Darjah 6 dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan hati, ketajaman fikiran serta memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan PSRA.

Daripada:
Mohd Ahsani Takwim bin Jasman
Mudir SRITI Al-Ta’lim Sungai Besar

“Membina Generasi Rabbani & Murabbi”

🌟 LAWATAN & PEMANTAUAN PRESTIJ 🌟Alhamdulillah, pihak Sriti Al-Ta’lim Sungai Besar telah menerima kunjungan Puan Siti Mah...
14/08/2026

🌟 LAWATAN & PEMANTAUAN PRESTIJ 🌟

Alhamdulillah, pihak Sriti Al-Ta’lim Sungai Besar telah menerima kunjungan Puan Siti Mahani binti Johdi, Penyelia Naziran Daerah (Unit Pendidikan Islam), Pejabat Agama Islam Daerah Sabak Bernam, bersama AJK PRESTIJ.

Lawatan dan pemantauan ini bertujuan untuk meninjau serta melihat perjalanan pengurusan dan pelaksanaan sekolah secara menyeluruh, meliputi aspek:

📚 Kurikulum
👩‍🏫 Hal Ehwal Murid (HEM)
🏃 Kokurikulum

Tinjauan ini merupakan sebahagian daripada usaha penarafan sekolah berkelas tinggi JAIS (PRESTIJ) bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan pendidikan di sekolah sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Mahani binti Johdi serta AJK PRESTIJ atas kunjungan, pemantauan, bimbingan dan pandangan yang diberikan.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan demi melahirkan sekolah yang berkualiti, berprestij dan cemerlang. 🤲✨

"MEMBINA GENERASI RABBANI DAN MURABBI"

🇲🇾 AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 2026🇲🇾السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, SRITI Al-Ta'l...
07/08/2026

🇲🇾 AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 2026🇲🇾

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, SRITI Al-Ta'lim Sungai Besar akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik bagi menyemarakkan semangat patriotisme, mencungkil kreativiti serta memupuk rasa cinta akan agama, bangsa dan negara dalam kalangan murid.

🗓️ Hari: Isnin – Jumaat
📅 Tarikh: 10 – 14 Ogos 2026

✨ Pertandingan Mengikut Tahun:

🎨 Tahun 1 – Mewarna
🖼️ Tahun 2 – Kolaj
💌 Tahun 3 – Kad Ucapan Kemerdekaan
📝 Tahun 4 – Bina Pantun Kemerdekaan
🎙️ Tahun 5 – Bina Sajak: "Semangat Kemerdekaan"
🌟 Tahun 6 – Bina Sajak: "Tokoh Kemerdekaan"

📢 Ayuh, sertai dengan penuh semangat! Tampilkan kreativiti, bakat dan semangat cintakan tanah air dalam setiap hasil karya.

MERDEKA 69!!

🇲🇾 Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan 2026! 🇲🇾

"Membina Generasi Rabbani dan Murabbi"

Konvoi Semarak Merdeka Sungai BesarSRITI al-Ta'lim akan menganjurkan  Program Raikan 3 Cinta bersempena meraikan sambuta...
07/08/2026

Konvoi Semarak Merdeka Sungai Besar

SRITI al-Ta'lim akan menganjurkan Program Raikan 3 Cinta bersempena meraikan sambutan 10 tahun penubuhan dengan kerjasama Pusat Khidmat ADN Sungai Panjang.

Oleh itu, untuk Cinta Negara akan dianjurkan Konvoi Merdeka Dan Sembang Santai Merdeka seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29/8/2026 | Sabtu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Tarbiyah Darussalam (bersebelahan KK Simpang 5)

Tempat berkumpul : Tapak Parking Tonggak 9
Masa : 2.00 petang (zohor berjemaah Di Masjid Padu Permai)
Tayar Golek : 2.30 petang

Untuk penyertaan konvoi Dan pendaftaran,
Sila layari link ini :

https://forms.gle/XNUSPDpa2PPtr7wz7

'lim


SELAMAT BERJUANG KEPADA1. NUR AQEELA ALISYA BINTI MOHD RASHID2. NUR ADELIA QAISARA BINTI MUHAMMAD ‘AZIEM 3. NUR AMANINA ...
07/08/2026

SELAMAT BERJUANG KEPADA

1. NUR AQEELA ALISYA BINTI MOHD RASHID
2. NUR ADELIA QAISARA BINTI MUHAMMAD ‘AZIEM
3. NUR AMANINA AUNI BINTI KHAIRULANUAR

MEWAKILI KONTINJEN BOLA JARING SRITI NEGERI SELANGOR DIDALAM KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA KESUGA MALAYSIA

DI UIA GAMBANG, KUANTAN PAHANG

PADA 07,08&09 OGOS 2026

Semoga beroleh kejayaan yang membanggakan dan terus menjadi inspirasi buat semua!

03/08/2026

🇲🇾 PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 🇲🇾

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-69 di SRITI Al-Ta’lim (SAT SuBes).

Pelancaran ini menjadi titik permulaan kepada pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ogos yang bertujuan menyemai semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan negara serta menghargai jasa para pejuang kemerdekaan dalam kalangan murid.

📌 Antara pertandingan yang bakal berlangsung:
🎨 Tahun 1 – Mewarna
✂️ Tahun 2 – Kolaj
💌 Tahun 3 – Bina Kad Ucapan Kemerdekaan
📝 Tahun 4 – Bina Pantun Kemerdekaan
✍️ Tahun 5 – Bina Sajak Semangat Kemerdekaan
🇲🇾 Tahun 6 – Bina Sajak Tokoh Kemerdekaan

Penyertaan semua warga SATSuBes amatlah dialu-alukan bagi menjayakan program ini.

“Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi penghayatan nilai perpaduan, pengorbanan dan kecintaan kepada negara.”

“Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.”

“SELAMAT MEYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN KALI KE 69”




⏳ TINGGAL 1 HARI LAGI!📢 Esok Hari yang Dinantikan – Mesyuarat Agung JIBG!Jangan lupa hadir bagi bersama-sama memainkan p...
31/07/2026

⏳ TINGGAL 1 HARI LAGI!

📢 Esok Hari yang Dinantikan – Mesyuarat Agung JIBG!

Jangan lupa hadir bagi bersama-sama memainkan peranan dalam menyumbang idea, berkongsi pandangan dan memperkukuhkan kerjasama antara ibu bapa, penjaga serta pihak sekolah.

🤝 Kehadiran tuan/puan bukan sekadar memenuhi jemputan, malah menjadi bukti komitmen dalam membina kecemerlangan pendidikan anak-anak dan kemajuan sekolah.

✨ Ayuh, luangkan sedikit masa demi masa depan yang lebih gemilang.

📍 Jumpa tuan/puan esok di Mesyuarat Agung JIBG. Kehadiran anda amat kami nantikan!

31/07/2026

🌹 RAIKAN 3 CINTA ❤️

Jom semua hadir memeriahkan program Sungai Besar Berselawat bersempena -Ta'lim bersama ahli keluarga.

📅 Sabtu, 29 Ogos 2026
🕘 9.15-11.15 malam
📍 Pusat Tarbiyah Darussalam Simpang Lima

✨ Penampilan khas Imam Muda Megat serta persembahan Qasidah Maahad Tahfiz Asy-Syakirin & kumpulan Nasyid ZAIDAN.

❤️ Raikan 3 Cinta — Cinta Negara, Cinta Rasulullah ﷺ dan Cinta Sesama Insan.

Jemput hadir, ajak keluarga dan sahabat. Semoga kita dapat menjalinkan ukhuwah di program ini! 🤲🌹

fans

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِBersempena program Raikan 3 Cinta Sedekad SRITI Al-Ta'lim yang bakal dianjurkan pa...
28/07/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Bersempena program Raikan 3 Cinta Sedekad SRITI Al-Ta'lim yang bakal dianjurkan pada 29-30 Ogos 2026.
Akan dianjurkan beberapa program melibatkan 3 Cinta
1. Cinta Negara
2. Cinta Rasul
3. Satukan Cinta

Oleh yang demikian, untuk Cinta Negara, SRITI Al-Ta'lim dengan kerjasama Pusat Khidmat ADN Sungai Panjang akan menganjurkan Konvoi Semarak Merdeka Dan Sembang Santai pada ketetapan berikut :

Tarikh : 29/8/2026 | Sabtu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Tarbiyah Darussalam, Simpang 5 (bersebelahan Klinik Kesihatan Simpang 5)

RV (berkumpul) : Parking Tonggak 9, Sungai Besar
Masa : 2.00 petang (zohor berjemaah di Masjid Taman Padu Permai)
Tayar Golek : 2.30 Petang

Kepada sahabat² yang ingin menyertai konvoi Dan membeli baju konvoi, tekan link

https://forms.gle/XNUSPDpa2PPtr7wz7

Tarikh akhir pembelian baju ialah pada 31 Julai 2026

Sebarang pertanyaan hubungi Kasim -
016685755

Assalamualaikum wbt.Warga Sungai Besar!!🌹 JOM HADIR! PROGRAM RAIKAN 3 CINTA ❤️✨ SUNGAI BESAR BERSELAWAT📅 29 Ogos 2026 (S...
28/07/2026

Assalamualaikum wbt.
Warga Sungai Besar!!

🌹 JOM HADIR! PROGRAM RAIKAN 3 CINTA ❤️

✨ SUNGAI BESAR BERSELAWAT

📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
🕘 9.15-11.15 malam
📍 Pusat Tarbiyah Darussalam Simpang Lima

🌙 Ayuh luangkan malam bersama keluarga mengimarahkan majlis selawat, zikir dan pengisian rohani yang penuh keberkatan.

🎤 Penampilan Khas: Imam Muda Megat

🎶 Persembahan Istimewa: Kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Asy-Syakirin & Kumpulan Nasyid ZAIDAN

🤲 Jom raikan 3 cinta — Cinta Negara, Cinta Rasulullah ﷺ dan Cinta Sesama Insan. ❤️

Sebarkan dan ajak keluarga serta sahabat hadir bersama. Jumpa di sana, insya-Allah! 🌹

-Ta'lim fans

Address

Lot 2244 Taman Bedena 2
Sungai Besar
45300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60332242510

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Al-Ta'lim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam - SRITI Al-Ta'lim:

Shortcuts

Share

Category