SMK Binjai Jaya Sekolah Model Khas Komprehensif 11-K11

SMK Binjai Jaya Sekolah Model Khas Komprehensif 11-K11 SMK BINJAI JAYA adalah SEKOLAH MODEL KHAS KOMPREHENSIF 11 (K11). Murid-muridnya terdiri daripada murid PPKI Rendah dan Menengah, Prasekolah hingga Tingkatan 5

Meraikan dan menghargai pencapaian murid-murid SMK Binjai Jaya Sekolah Model Khas Komprehensif 11-K11 di peringkat daera...
24/08/2026

Meraikan dan menghargai pencapaian murid-murid SMK Binjai Jaya Sekolah Model Khas Komprehensif 11-K11 di peringkat daerah Sabak Bernam dan negeri Selangor.

πŸŒ΄πŸ† TAHNIAH PASUKAN SAWIT GENIUS SMK BINJAI JAYA K11!πŸ†πŸŒ΄Tahniah diucapkan kepada 4 orang murid SMK Binjai Jaya K11 iaitu M...
24/08/2026

πŸŒ΄πŸ† TAHNIAH PASUKAN SAWIT GENIUS SMK BINJAI JAYA K11!πŸ†πŸŒ΄

Tahniah diucapkan kepada 4 orang murid SMK Binjai Jaya K11 iaitu
Mohammad Shakir bin Saiful, Muhammad Aqil bin Abd Rahim, Muhammad Najib bin Malek Saiful Lizan & Nur Yasmin Marissa binti Mohd Marhanif dan guru pembimbing Puan Nor Azieda Ab. Aziz dan Puan Rozita binti Ibrahim (Eyta Ibrahim) atas pencapaian yang membanggakan dalam pertandingan Palm Oil Innovation Challenge anjuran Kursi Endowmen MPOB-UKM.

Inovasi yang bertajuk "Palm Water Biochar Filter: Turning Palm Waste Into Clean Water" ini mendapat tempat ke-5 daripada 324 penyertaan dari seluruh negara. Pasukan ini akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM300 dan sijil pencapaian.

Terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta ibu bapa/penjaga yang sentiasa memberikan sokongan.

πŸ… Fifth Place Winner | Palm Oil Innovation Challenge 2026 πŸŒ΄πŸ†A big...

Bersempena program Gotong-royong Perdana 2026, Unit Hal Ehwal Murid SMK Binjai Jaya K11 telah mengadakan kenduri doa sel...
22/08/2026

Bersempena program Gotong-royong Perdana 2026, Unit Hal Ehwal Murid SMK Binjai Jaya K11 telah mengadakan kenduri doa selamat bersama-sama ibu bapa/penjaga murid. Semoga sekolah ini lebih sejahtera, dirahmati oleh Allah serta murid-muridnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga dan wang ringgit dalam memastikan kenduri doa selamat ini berjalan seperti yang dirancang. Kemeriahan dan keceriaan jelas terpancar sepanjang program hasil kerjasama antara guru, staf, ibu bapa dan murid-murid.

Alhamdulillah. Dengan izin Allah program Gotong-royong Perdana 2026 SMK Binjai Jaya K11 telah berjaya dilaksanakan pada ...
22/08/2026

Alhamdulillah. Dengan izin Allah program Gotong-royong Perdana 2026 SMK Binjai Jaya K11 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Hampir 100 orang ibu bapa/penjaga murid-murid telah hadir menyumbang tenaga. Semoga SMK Binjai Jaya Sekolah Model Khas Komprehensif 11-K11 lebih ceria dengan persekitaran yang kondusif dan selamat di dalam bilik darjah.

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan KDEB Waste Management (KDEB) yang menyumbang penggunaan tong sampah Roll On Roll Off (RORO) sepanjang program berlangsung.

Tidak lupa kepada YBhg. Dato' Mohd Imran bin Tamrin (Penyelaras DUN Sungai Panjang), Puan Nur Farehan Nieza Osman (Pengerusi JPKK Parit 16 Sungai Panjang), Puan Norsalina binti Abd Manaf (NYDP PIBG) dan Puan Norasiah binti Ali (AJK PIBG) yang sudi menyumbang hadiah-hadiah cabutan bertuah khusus untuk peserta program.

Semoga jalinan kerjasama bersama agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat ini dapat dikekalkan pada masa akan datang. InsyaAllah.

21/08/2026
AJK majlis kenduri doa selamat yang merupakan sebahagian daripada program Gotong-royong Perdana esok (22 Ogos 2026), dik...
21/08/2026

AJK majlis kenduri doa selamat yang merupakan sebahagian daripada program Gotong-royong Perdana esok (22 Ogos 2026), diketuai oleh Penolong Kanan HEM Dr. Izzah Supeni telah membuat persiapan awal pada petang tadi. Terima kasih atas sumbangan bahan masakan yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Diharapkan majlis akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir untuk sama-sama kita menceriakan persekitaran sekolah dan memeriahkan majlis. Sebanyak 40 cabutan bertuah menanti tuan/puan.

Bermula 18 Ogos 2026, SMK Binjai Jaya K11 telah mengorak langkah setapak lagi dalam memastikan keselamatan murid sebelum...
19/08/2026

Bermula 18 Ogos 2026, SMK Binjai Jaya K11 telah mengorak langkah setapak lagi dalam memastikan keselamatan murid sebelum masuk kawasan sekolah dengan menggunakan Metal Detector di pintu pagar sekolah. Cara ini digunakan sebagai langkah pencegahan dan keselamatan murid di dalam kawasan sekolah.

Pada 16 Ogos 2026- Ahad, warga SMK Binjai Jaya K11 yang terdiri daripada pentadbir yang diketuai oleh Dr Izzah Supeni, g...
17/08/2026

Pada 16 Ogos 2026- Ahad, warga SMK Binjai Jaya K11 yang terdiri daripada pentadbir yang diketuai oleh Dr Izzah Supeni, guru, ahli kumpulan pelaksana dan murid-murid telah menyertai Binjai Jaya Fun Run 5km anjuran JKKK Binjai Jaya. Tahniah dan syabas kepada semua, terima kasih atas jemputan.

*πŸ“£ JOM DAFTAR PRASEKOLAH! πŸ₯°*Prasekolah SMK Binjai Jaya K11 masih ada *6 kekosongan! πŸŽ‰*✨ Tiada yuran🍱 Bantuan makanan dis...
17/08/2026

*πŸ“£ JOM DAFTAR PRASEKOLAH! πŸ₯°*

Prasekolah SMK Binjai Jaya K11 masih ada *6 kekosongan! πŸŽ‰*

✨ Tiada yuran
🍱 Bantuan makanan disediakan
🏫 Kelas yang kondusif
πŸ‘©β€πŸ« Tenaga pengajar yang berpengalaman

Cepat-cepat daftar sebelum penuh! ❀️

Untuk pertanyaan, boleh hubungi Pn Norjariah: 013-366 5795 πŸ“ž

Semua ibu bapa/penjaga murid-murid SMK Binjai Jaya K11 dijemput hadir.
13/08/2026

Semua ibu bapa/penjaga murid-murid SMK Binjai Jaya K11 dijemput hadir.

Address

Parit 16, Sungai Panjang
Sungai Besar
45300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Binjai Jaya Sekolah Model Khas Komprehensif 11-K11 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share