19/06/2017
"Jangan sekali-kali tinggalkan Al-Quran, ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.
Rumah yang dibacakan Al-Quran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.
Jika orang yang s**a baca Al-Quran ni meninggal dunia, cahaya dari rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tahu, 'Oo, mati sudah si pembaca Al-Quran ni, mari kita solatkan rohnya'.
Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dengan mayatnya.
Al-Quran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi dan dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.
Jangan tinggalkan Al-Quran.
Jangan tinggalkan Al-Quran.
Azab kubur bermula the moment mayat tak dapat menjawab soalan-soalan malaikat.
Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.
Penting 7 hari ni kita mendapat doa dari anak-anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.
Masa mayat tu duduk kita akan sedar, 'Ohh...aku dah meninggal dah'.
Sebelum mati tolong pastikan sekurang-kurangnya ada Surah Al-Mulk dalam dada kita.
InsyaAllah. Amin.
Celakalah orang yang tak dapat menjawab soalan mengenai Rasullullah s.a.w.
Dalam kubur Al-Quran akan berkata kepada mayat, 'Aku ini Al-Quran yang dulu kamu baca dengan suara yang lantang & mendayu.
Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga'.
Lepas tu baru Al-Quran akan lepaskan mayat kepada 2 malaikat yang akan menyoal.
Jangan lupa berselawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa."
Ustaz Dusuki
IKIM FM
Al-Quran versi web,
http://quran.ksu.edu.sa/m.php?l=ar =1_1
Al-Quran versi app,
https://play.google.com/store/apps/details?id=sa.edu.ksu.Ayat