20/09/2026
20 September 2026
Teras 5 RPM (2026-2035 ) Mempergiat sinergi dengan pihak berkepentingan.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada KSIB F5 kerana mengadakan aktiviti sokongan bagi batch SPM 2026.
Bermula daripada mencari motivator, mengurus jamuan sehingga ke akhir program, semuanya diuruskan oleh KSIB F5 @ parents F5 Tun Rahah. Sebahagian dapat hadir membantu secara fizikal, sebahagian lain membantu dari segi kewangan dan sokongan moral.
Anak2 sangat teruja dan bersemangat dengan kehadiran para ibu bapa. Syukur alhamdulillah.
KSIB akan beraksi lagi selepas ini…Solat hajat perdana dan santapan kasih SPM. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Doakan kecemerlangan kami dalam SPM 2026 ya.
Terima kasih En Adib selaku YDP PIBG, En Herman selaku Pengerusi KSIB F5 dan semua ibu bapa tingkatan 5, terutama yang hadir pada hari ini. Semoga usahasama kita menatijahkan kecemerlangan insha allah.
Para ibu bapa…kami “lock” 10 Oktober 2026 untuk program Solat Hajat dan Multaqa. Hadir ya…