SRA Binjai Jaya

SRA Binjai Jaya Ditubuhkan pada Mac 1982

πŸ‚ PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SABAK BERNAM πŸ‚Alhamdulillah, pada hari Selasa bertarikh 14 April 2026 ya...
27/04/2026

πŸ‚ PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH SABAK BERNAM πŸ‚

Alhamdulillah, pada hari Selasa bertarikh 14 April 2026 yang lalu telah berlangsungnya program turun padang oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke daerah Sabak Bernam.

Lawatan ini telah diketuai oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS,) Dato' Haji Mohd Shahzihan Ahmad. Turut serta dalam lawatan ini ialah Orang Besar Daerah Sabak Bernam, YDH Tuan Haji Paridul Adras Ismail, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS), Tuan Yusmizan Yusuf, Pengarah Baitulmal, Encik Indera Sharil Mohd Shahid bersama beberapa pegawai yang lain.

Dalam rangka lawatan tersebut, selain dari melawat Pusat Kegiatan Guru Sekolah Rendah Agama Ehyaul Falah 2, Sungai Besar mereka turut berkesempatan hadir ke SRA Binjai Jaya

Tujuan program ini adalah untuk meninjau sendiri isu serta keperluan yang dihadapi oleh pihak sekolah, di samping memahami situasi semasa dengan lebih dekat. Selain itu, dalam lawatan ini juga maklum balas serta cadangan penyelesaian telah dibincangkan bagi memastikan kelancaran pengurusan sekolah demi keselesaan anak-anak SRA Binjai Jaya.

Semoga lawatan ini dapat memberi impak yang positif serta membawa penambahbaikan yang berterusan demi kesejahteraan dan kemajuan SRA Binjai Jaya kelak.

Terima kasih diucapkan atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.

πŸŒ™ MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH πŸŒ™Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya peringkat sekolah telah berl...
21/04/2026

πŸŒ™ MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH πŸŒ™

Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya peringkat sekolah telah berlangsung dengan penuh meriah dan ceria!

πŸ—“οΈ Khamis // 02 April 2026
⏰ 3.00 petang
πŸ“ SRA Binjai Jaya
🎀 Dirasmikan oleh: Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Orang Besar Daerah Sabak Bernam YDH Tuan Dr Haji Paridul Adras bin Ismail

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan:
πŸŽ‰ Penyampaian hadiah Hiasan Makanan Terbaik
πŸŽ‰ Penyampaian hadiah Gerai Tercantik
πŸŽ‰ Sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah bersama-sama memeriahkan sambutan ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus kekal erat 🀍

🍁 MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH USTAZAH NORIZZATI BT AHMAD FAUZI πŸπŸ—“οΈ Selasa // 31 Mac 2026⏰ 4.00 petang πŸ“ Dewan ...
14/04/2026

🍁 MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH USTAZAH NORIZZATI BT AHMAD FAUZI 🍁

πŸ—“οΈ Selasa // 31 Mac 2026
⏰ 4.00 petang
πŸ“ Dewan Al-Khawarizmi

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustazah Norizzati Bt Ahmad Fauzi atas segala jasa, dedikasi dan komitmen sepanjang berkhidmat di SRA Binjai Jaya. Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah dan terus diberkati.

Selamat maju jaya di tempat baharu, semoga terus cemerlang dalam setiap langkah yang diambil. 🌸

20/03/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILFITRI 1447H βœ¨πŸŒ™

Seluruh warga SRA Binjai Jaya mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua. πŸ’š

Jemput saksikan video ucapan khas daripada guru-guru SRA Binjai Jaya πŸŽ₯✨

Ikhlas daripada,
Warga Guru SRA Binjai Jaya🌈

πŸŒ™ PROGRAM PENUTUPAN IHYA’ RAMADAN PERINGKAT SEKOLAH πŸŒ™SRA BINJAI JAYAπŸ“… Tarikh: 16 Mac 2026 (Isnin)πŸ“ Tempat: Dewan Al-Khaw...
20/03/2026

πŸŒ™ PROGRAM PENUTUPAN IHYA’ RAMADAN PERINGKAT SEKOLAH πŸŒ™
SRA BINJAI JAYA

πŸ“… Tarikh: 16 Mac 2026 (Isnin)
πŸ“ Tempat: Dewan Al-Khawarizmi, SRA Binjai Jaya

Alhamdulillah, program penutupan Ihya’ Ramadan telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan pengisian yang bermanfaat.

Antara pengisian program:
✨ Tadarus Al-Quran
✨ Sambutan Nuzul Al-Quran
✨ Khatam Al-Quran & Upacara Khatam
✨ Pemberian sumbangan kepada anak yatim
✨ Penyampaian cenderahati kepada semua murid
✨ Bakul Rahmah untuk guru

Semoga segala amalan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan ini diterima oleh Allah SWT dan memberi manfaat kepada semua warga sekolah.

✨ PROGRAM NUZUL AL-QURAN ✨SRA BINJAI JAYAπŸ“… Tarikh/Hari: 5 Mac 2026 (Khamis)πŸ“ Tempat: Dewan Al-KhawarizmiPenceramah: Usta...
08/03/2026

✨ PROGRAM NUZUL AL-QURAN ✨
SRA BINJAI JAYA

πŸ“… Tarikh/Hari: 5 Mac 2026 (Khamis)
πŸ“ Tempat: Dewan Al-Khawarizmi
Penceramah: Ustaz Mohamad Riduwan bin Ibrahim

Alhamdulillah telah berlangsungnya Program Nuzul Al-Quran di SRA Binjai Jaya bagi memperingati peristiwa agung turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.

Program ini telah diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Riduwan bin Ibrahim. Semoga segala perkongsian yang disampaikan memberi manfaat serta menambahkan lagi kecintaan murid-murid terhadap Al-Quran.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya menjawab soalan kuiz yang diadakan sepanjang program berlangsung. Semoga usaha ini dapat meningkatkan lagi minat dan semangat murid untuk mendekati serta memahami Al-Quran.

πŸ“– β€œAl-Quran sebagai panduan hidup, membimbing ke arah kebaikan di dunia dan akhirat.” 🀲

🌸 MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPKK 2025SRA BINJAI JAYA πŸŒΈπŸ—“ Tarikh/Hari: 3 Mac 2026 (Selasa)πŸ“ Tempat: Dewan Al-Khawar...
04/03/2026

🌸 MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN UPKK 2025
SRA BINJAI JAYA 🌸

πŸ—“ Tarikh/Hari: 3 Mac 2026 (Selasa)
πŸ“ Tempat: Dewan Al-Khawarizmi

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas usaha, kesungguhan serta komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang menghadapi peperiksaan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada para ibu bapa serta guru-guru yang sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan tanpa jemu.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang, insya-Allah✨

🌟 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 SRA Binjai Jaya 🌟Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung PIBG ...
17/02/2026

🌟 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 SRA Binjai Jaya 🌟

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 SRA Binjai Jaya pada:

πŸ—“ Sabtu | 14 Februari 2026
⏰ 8.30 pagi
πŸ“ Dewan Al-Khawarizmi

Majlis telah dirasmikan oleh:
Yang Berbahagia Tuan Dr. Haji Paridul Adras bin Ismail
Y.D.H Dato Orang Kaya Mahabijaya Sabak Bernam
Orang Besar Daerah Sabak Bernam

Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi kecemerlangan anak-anak SRA Binjai Jaya. 🀝✨

πŸŽ‰ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima hadiah cabutan bertuah! Semoga hadiah yang diterima menjadi kenangan manis serta menambah kemeriahan majlis.

✨ Penggunaan AI Gemini sebagai Alat Sokongan ProfesionalGuru & Kakitangan SRA Binjai Jaya ✨Satu sesi pendedahan dan perk...
04/02/2026

✨ Penggunaan AI Gemini sebagai Alat Sokongan Profesional
Guru & Kakitangan SRA Binjai Jaya ✨

Satu sesi pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam membantu tugas profesional guru dan kakitangan sekolah.

πŸ“… Tarikh: 4 Februari 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 9.20 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ Tempat: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI),
Balai JKKK Parit 16, Sungai Panjang, Binjai Jaya

🎀 Penceramah:
Cik Nureena binti Suhaimi
(Penyelaras NADI)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka ruang kepada penggunaan teknologi secara lebih efektif dalam dunia pendidikan. πŸŒπŸ“š

✨ Aktiviti Gotong-Royong Warga SRA Binjai Jaya ✨Bersama ibu bapa murid Tahun 6 πŸ’ͺπŸŒΏπŸ“… Tarikh: 31 Januari 2026 (Sabtu)⏰ Masa...
01/02/2026

✨ Aktiviti Gotong-Royong Warga SRA Binjai Jaya ✨
Bersama ibu bapa murid Tahun 6 πŸ’ͺ🌿

πŸ“… Tarikh: 31 Januari 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ Tempat: SRA Binjai Jaya

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SRA Binjai Jaya serta ibu bapa murid Tahun 6 diatas kerjasama dan komitmen yang sangat baik sepanjang aktiviti gotong-royong ini dijalankan.
Semoga segala usaha yang dicurahkan diberkati dan memberi manfaat kepada sekolah serta anak-anak didik kita.

✨ Program Israk Mikraj ✨Peringkat Sekolah SRA Binjai Jaya πŸ“… Tarikh / Hari: 22 Januari 2026 (Khamis)⏰ Masa: 3.00 petangπŸ“Œ ...
28/01/2026

✨ Program Israk Mikraj ✨
Peringkat Sekolah SRA Binjai Jaya

πŸ“… Tarikh / Hari: 22 Januari 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 3.00 petang

πŸ“Œ Anjuran:
Unit Bimbingan
HEM SRA Binjai Jaya

πŸ‘₯ AJK Pelaksana
🎀 Pengacara Majlis (MC): Ustazah Hasidah
πŸ“– Penceramah (PC): Ustaz Mohammad Riduwan

Semoga program ini dapat menambah kefahaman serta menyemai kecintaan murid terhadap peristiwa agung Israk dan Mikraj. βœ¨πŸ•Œ

Address

Sungai Panjang
Sungai Besar
45300

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRA Binjai Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRA Binjai Jaya:

Shortcuts

Share

Category