23/01/2026
Lensa Irshadiah
Pada hari Jumaat, 23 Januari 2026, Madrasah Irshad Al-Ashraf Al-Wataniah telah menerima kunjungan istimewa Sahibus Samahah Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sempena penganjuran Majlis Daurah Kitab Ramadhan.
Program yang penuh bermakna ini membicarakan kitab Ramadhan al-Mubarak yang menghuraikan secara terperinci berkaitan fadhilat dan hukum-hakam puasa.
Dalam pengisian daurah tersebut, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengulas dengan jelas dan mendalam mengenai bab Ramadhan, merangkumi definisi, kelebihan bulan yang mulia ini serta catatan-catatan kemenangan yang dicapai oleh umat Islam sepanjang sejarah.
Kupasan yang disampaikan bukan sahaja menambah ilmu, malah menyuntik semangat dan kefahaman kepada para hadirin dalam membuat persediaan menyambut kedatangan Ramadhan yang kian hampir.
Diharapkan program seumpama ini dapat terus menyemarakkan jiwa dan rohani warga Irshadiah dalam menanti bulan yang penuh keberkatan.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan untuk semua hadirin yang hadir memeriahkan acara, di samping jualan buku-buku agama terbitan penulis sendiri, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Kemeriahan, keseronokan dan kepuasan jelas terpancar di wajah para hadirin, menandakan kejayaan program yang memberi manfaat besar dari sudut ilmu dan penghayatan agama.