SK Mutiara Perdana, Bayan Lepas, Pulau Pinang

SK Mutiara Perdana, Bayan Lepas, Pulau Pinang Kami bawakan aktiviti SK Mutiara Perdana kepada anda

27/04/2026



“Kecil-kecil rajin membaca, besar nanti luar biasa”
13/04/2026

“Kecil-kecil rajin membaca, besar nanti luar biasa”



“Bila buku lebih menarik daripada telefon 😄”
13/04/2026

“Bila buku lebih menarik daripada telefon 😄”



“Senyap bukan kosong, tapi penuh ilmu 🤫📚
13/04/2026

“Senyap bukan kosong, tapi penuh ilmu 🤫📚



Alhamdulillah, pada 9 April 2026 bersamaan 20 Syawal 1447H, telah berlangsung dengan meriah Majlis Sambutan Hari Raya Ai...
13/04/2026

Alhamdulillah, pada 9 April 2026 bersamaan 20 Syawal 1447H, telah berlangsung dengan meriah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SK Mutiara Perdana dalam suasana ceria dan penuh ukhwah.

Murid-murid dan warga sekolah tampil dengan pakaian raya yang berwarna-warni serta menikmati pelbagai juadah tradisional yang disediakan.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pertandingan karaoke raya, pakaian raya bergaya, sesi bergambar dan jamuan hari raya yang meriah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, staf sekolah, PIBG serta ibu bapa dan waris atas sumbangan makanan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis ini. Sokongan anda amatlah dihargai.

Semoga kemeriahan Aidilfitri ini terus mengeratkan silaturrahim dan menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.




10/03/2026

PELANCARAN PROGRAM SPARK 2026
Tarikh : 2 Mac 2026
Tempat : Dewan As Siddiq
Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling
Dirasmikan oleh : Puan Dalia binti Johari(Guru Besar)

Program ini menekankan beberapa nilai utama yang diwakili oleh huruf dalam perkataan SPARK, iaitu:

S – Sejahtera Minda & 5S:
Menggalakkan amalan 5S dalam kalangan murid iaitu Senyum, Sapa, Salam, Sopan dan Santun bagi mewujudkan suasana sekolah yang positif.
P – Penyayang:
Menggalakkan budaya guru penyayang yang mengambil berat tentang kebajikan dan perkembangan murid.
A – Anti Buli & Anti Gangguan Seksual:
Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menghormati antara satu sama lain serta menolak sebarang bentuk buli dan gangguan.
R – Rajin Hadir ke Sekolah:
Menggalakkan kehadiran penuh murid ke sekolah dengan memberi penghargaan seperti piala pusingan.
K – Keluarga Mentor Mentee:
Mengukuhkan hubungan antara guru dan murid melalui sistem bimbingan mentor mentee.



MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA/PENJAGA MURID SK MUTIARA PERDANAUnit Disiplin dan Sahsiah bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling ...
04/03/2026

MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA/PENJAGA MURID SK MUTIARA PERDANA

Unit Disiplin dan Sahsiah bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) serta Unit Hal Ehwal Murid SK Mutiara Perdana sangat menitikberatkan isu kehadiran murid ke sekolah pada sesi 2026 ini dalam usaha untuk mencapai target kehadiran 92% yang ditetapkan. Oleh itu, beberapa pendekatan seperti di bawah akan diambil :

1. SURAT AMARAN akan dikeluarkan kepada murid sekiranya tidak hadir 3 hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut(berselang) tanpa alasan yang munasabah.

2. SURAT AMARAN akan di jana melalui sistem IDME.

3. Makluman ketidakhadiran murid di dalam kumpulan telegram kelas tidak dikira sebagai makluman rasmi sebaliknya perlu disertai dengan Sijil Cuti Sakit (MC) atau surat rasmi. Sekiranya tiada, murid akan dikira sebagai PONTENG SEKOLAH .

4. Ibubapa/penjaga diminta cakna terhadap isu kehadiran anak.

5. Kerjasama penuh ibubapa amat diperlukan bagi memastikan murid hadir ke sekolah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

TERIMA KASIH.


PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH KPM KALENDAR AKADEMIK SESI 2027Permohonan adalah secara dalam talian sahaja dan boleh di...
04/03/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH KPM
KALENDAR AKADEMIK SESI 2027

Permohonan adalah secara dalam talian sahaja dan boleh dibuat melalui laman sesawang:

🌐https://eprasekolah.moe.gov.my

Tarikh permohonan secara dalam talian bermula:
🗓 2 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026

Kanak-kanak yang layak memohon:
👧🧒 Kanak-kanak warganegara Malaysia

🪪 Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023

LANGKAH PROSES PERMOHONAN
Tempoh : 2 Mac - 31 Mei 2026

1. Isi borang
📌 log masuk dan isi borang di https://eprasekolah.moe.gov.my

2. Cetak
📌Cetak borang permohonan yang telah lengkap diisi.

3. Hantar (WAJIB)
📌Serahkan borang cetakan berserta salinan dokumen sokongan yang telah disahkan ke sekolah yang dimohon.

🛑 PENTING:
Dokumen perlu dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dalam talian tujuan semakan dan pengesahan sekolah.

Senarai semak dokumen sokongan
(Sila sediakan dokumen asal dan salinan yang telah disahkan)
1. Sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat

2. Mykad ibu bapa/ Penjaga

3. Slip gaji/ Penyata Pendapatan/ Pengesahan Pendapatan

4. Bil utiliti (Elektrik/ Air/ Telefon) untuk pengesahan alamat

5. Surat Nikah / Cerai (Jika Berkaitan)

6. Hak penjagaan/ Perintah Mahkamah (Jika Berkaitan)

7. Laporan Doktor/ Kad OKU (Jika Berkaitan)

25/02/2026

Majlis Pelancaran Program BURST
(Belajar, Usaha, Rajin, Sahsiah Terpuji) 🌟
Tarikh : 23 Februari 2026
Hari : Isnin
Anjuran : Unit 3K | Unit Bimbingan & Kaunseling | Unit Disiplin | Pusat Sumber Sekolah

Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana dengan bangganya melancarkan Program BURST, satu usaha berterusan untuk menyemai budaya belajar yang positif, meningkatkan motivasi murid,memberi galakan kehadiran murid serta membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan warga sekolah.

Program ini diharap dapat melahirkan murid yang berdisiplin, berdaya saing dan sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan akademik serta pembangunan diri.

BURST! Menyemai usaha, menuai kejayaan.


12/01/2026

Selamat kembali ke sekolah, anak-anak SK Mutiara Perdana❤️

Hari ini bukan sekadar bermulanya sesi persekolahan,
tetapi bermulanya satu lagi perjalanan untuk membina impian,
mengukir kejayaan dan membentuk masa depan yang lebih gemilang.

Teruskan melangkah dengan berani,
belajar dengan penuh semangat,
dan jadilah insan yang membanggakan keluarga, sekolah dan negara.

Semoga tahun 2026 membawa seribu kenangan indah dan kejayaan buat semua warga SKMP 💙

11/01/2026

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid, guru dan warga SK Mutiara Perdana, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Semoga esok bakal menjadi permulaan yang baik untuk sesi persekolahan 2026 yang penuh semangat, ilmu dan kejayaan.
Ayuh kita mulakan hari dengan azam baharu, disiplin tinggi dan senyuman yang ikhlas.
SKMP terus melangkah maju, bersama mencipta lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan! 💙✨





Assalamualaikum & salam sejahtera Warga SK Mutiara Perdana dengan rasa penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran guru baha...
08/01/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera

Warga SK Mutiara Perdana dengan rasa penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran guru baharu ke sekolah kami tercinta.

✨ Selamat datang ke SK Mutiara Perdana!
Semoga kehadiran anda membawa sinar baharu, menyemarakkan lagi semangat pendidikan dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.

Bersama kita melangkah maju, mencipta kecemerlangan demi anak-anak didik tercinta 💫



Address

Jalan DATO ISMAIL HASHIM
Sungai Ara
11900

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:45
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+6046445500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Mutiara Perdana, Bayan Lepas, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Mutiara Perdana, Bayan Lepas, Pulau Pinang:

Shortcuts

Share

Category