17/03/2018
Assalamualaikum. Cikgu sertakan syarat untuk .
A.
1. Halaman ( i )
• Nama dan kelas murid
• Gambar murid
• Nama dan alamat sekolah.
• Nama bidang kerjaya yang dipilih
2. Halaman ( ii )
• Kandungan
3. Halaman ( iii )
• Penghargaan
• Pengesahan
B.
1. Latarbelakang bidang kerjaya (bermula pengiraan muka surat)
2. Senarai lima pekerjaan dalam bidang kerjaya yang dipilih
3. Kerjaya pilihan (satu kerjaya sahaja)
4. Latarbelakang kerjaya pilihan.
C.
1. Pakej SPM yang perlu diikuti untuk membolehkan murid menceburi kerjaya pilihan .
2. Kursus / latihan yang perlu diikuti .
3. Kelulusan dan latihan akademik / ikhtisas yang diperlukan dan badan-badan profesional yang mengiktirafkannya.
4. Uni Awam / Uni Swasta di dalam dan di luar negara yang menawarkan latihan kerjaya berkaitan, yang diiktiraf oleh kerajaan.
D.
1. Prospek masa depan – kenaikan pangkat,latihan dan pendidikan lanjutan kerjaya pilihan.
2. Gaji, imbuhan lain, kemudahan seperti pinjaman, perubatan, biasiswa dan lain-lain dalam bidang kerjaya pilihan.
3. Spesifikasi pekerjaan dan etika kerja.
4. Suasana pekerjaan – kemudahan, risiko dan tuntutan kerja.
5. Stail kehidupan, ciri-ciri, personaliti dan nilai seseorang dalam bidang kerjaya pilihan berdasarkan pemerhatian / temubual yang telah dilakukan oleh peserta sendiri.
6. Gambar bersama personalia menyokong maklumat kerjaya (sekitar tempat kerja, gaya kehidupan dan gambar yang menyokong)
E.
1. Kesimpulan / Penutup
2.Sumbangan kerjaya tersebut terhadap pembangunan negara
F.
Kreativiti dan Kekemasan
1. Mesra pembaca
2. Pemilihan warna yang sesuai.
3. Gaya persembahan yang jelas dan menarik.
4. Kepelbagaian bahan Media cetak
5. Susun atur bahan mengikut syarat-syarat pertandingan
6. Kesalahan ejaan akan ditolak markah maksimum 5 markah.
G.
Pembentangan
1. Pembentangan secara lisan yang menarik perhatian dengan menggunakan bahasa yang mudah. (Penyampaian berbentuk Pidato/choral speaking /bahas atau syarahan adalah tidak sesuai.)
2. Pembentangan dan Folio mestilah menggunakan bahasa yang sama.
Semoga panduan ini, menjadi titik tolak untuk pelajar JELAS dengan kerjaya yang ingin diceburi nanti.
semoga berjaay