KAFA Sri Fursan Soleh - Putra Height

KAFA Sri Fursan Soleh - Putra Height PENDAFTARAN 2026 TELAH DIBUKAโ€ผ๏ธ
[TEMPAT TERHAD]๐Ÿ›๏ธ

Utk Pertanyaan/pendaftaran, hubungi:
Admin: 014-344 3855

Sekolah Agama Rendah Islam (KAFA/Fardhu-ain)
Pagi & Petang

*SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H โœจ*Aidiladha mengajar kita bahawa cinta kepada Allah menuntut jiwa yang reda, hati yan...
26/05/2026

*SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H โœจ*

Aidiladha mengajar kita bahawa cinta kepada Allah menuntut jiwa yang reda, hati yang taat dan kesanggupan untuk berkorban demi sesuatu yang lebih besar daripada diri sendiri.

Daripada kisah agung Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, kita belajar bahawa pengorbanan bukan sekadar memberi apa yang kita ada, tetapi menyerahkan apa yang paling kita sayang dengan penuh keimanan kepada Allah swt.

Semoga Aidiladha tahun ini menjadikan kita insan yang lebih ikhlas dalam beramal, lebih kuat dalam berjuang, lebih erat dalam ukhuwah dan lebih lapang dalam memberi manfaat kepada sesama manusia.

Semoga Allah swt menerima ibadah korban, amal soleh dan segala kebaikan kita semua.

_Daripada:_
Ustaz Fakaruddeen & Ustazah Asmak Husin
Fursan Forward Academy
SRI Fursan Soleh
Ikhtiar Ihsan Care (IIC)

[HARI PERTAMA AJK KECIL TABUNG JUMAAT SURAU BAITURRAHMAN]Ini anak-anak kecil โ€œAJK SRI Fursan Solehโ€ yang diberi amanah m...
23/05/2026

[HARI PERTAMA AJK KECIL TABUNG JUMAAT SURAU BAITURRAHMAN]

Ini anak-anak kecil โ€œAJK SRI Fursan Solehโ€ yang diberi amanah menggerakkan Tabung Jumaat Surau Baiturrahman ๐Ÿ™‚.

Setiap Jumaat, sebelum khutbah bermula, mereka menggerakkan tabung sumbangan jemaah.
Pegang kotak kayu, senyum dan sampaikan amanah dengan tertib.

Bukan sekadar kutip duit.
Ini latihan awal untuk anak-anak belajar amanah, tanggungjawab, dan rasa peduli pada masyarakat.

Dari kecil dah biasa hulur tangan, besar nanti insya Allah jadi anak yang pemurah dan ringan tulang.

Terima kasih kepada semua barisan pengurusan Surau Baiturrahman yang sentiasa menyokong & memberi kepercayaan kepada pelajar Fursan.

Teruskan doakan anak-anak kita membesar jadi generasi berhati mulia.

SRI Fursan Soleh -
Future leaders KAFA.

[ ๐๐„๐‘๐๐€๐Š๐ˆ  ๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐๐‰๐„๐‹๐€๐๐† ๐–๐”๐Š๐”๐… ] โœจSemoga Allah SWT meminjamkan kita kesihatan yang baik dan kelapangan masa untu...
22/05/2026

[ ๐๐„๐‘๐๐€๐Š๐ˆ ๐Ÿ“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ ๐Œ๐„๐๐‰๐„๐‹๐€๐๐† ๐–๐”๐Š๐”๐… ] โœจ

Semoga Allah SWT meminjamkan kita kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk terus beribadah dengan tenang menjelang hari wukuf nanti, Insya-Allah.

Moga setiap hari yang berbaki dimanfaatkan sebaiknya dengan doa dan persiapan hati ๐Ÿค







21/05/2026

Di sebalik setiap kejayaan murid, pasti ada doa dan pengorbanan seorang guru ๐Ÿค
Terima kasih buat semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan menyayangi anak-anak murid seperti keluarga sendiri.

Sempena Hari Guru ini, sedikit montaj ucapan daripada murid-murid khas buat insan hebat yang bergelar guru ๐ŸŒท
Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi saham pahala yang berterusan.

Nantikan video seterusnya...

โ€œGuru ibarat lilin, membakar diri demi menerangi orang lain.โ€ โœจ






Alhamdulillah, Kem Kepimpinan Fursan 2026 telah berlangsung pada 15-16 Mei 2026 dengan penuh makna.Melihat anak-anak kec...
20/05/2026

Alhamdulillah, Kem Kepimpinan Fursan 2026 telah berlangsung pada 15-16 Mei 2026 dengan penuh makna.

Melihat anak-anak kecil ini berani mencuba, belajar memimpin, bekerjasama dan memikul tanggungjawab, hati kami sangat tersentuh.

Mereka bukan sekadar hadir ke kem, tetapi sedang dibentuk menjadi anak yang lebih yakin, lebih matang dan lebih bersedia memimpin diri serta rakan-rakan.

Terima kasih kepada guru, fasilitator, ibu bapa dan semua peserta yang menjayakan program ini.
Semoga pengalaman kecil ini menjadi titik mula lahirnya pemimpin hebat berjiwa soleh daripada Fursan.

โœจSelamat Hari Guru 2026โœจโ€ข Guru Bitara, Nadi Negara โ€ขDi sebalik setiap kejayaan seorang murid, ada insan hebat yang tidak...
17/05/2026

โœจSelamat Hari Guru 2026โœจ

โ€ข Guru Bitara, Nadi Negara โ€ข

Di sebalik setiap kejayaan seorang murid, ada insan hebat yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mendoakan.

Terima kasih buat semua guru yang menjadi cahaya ilmu, pembina akhlak dan inspirasi masa depan anak bangsa.

Semoga segala pengorbanan dan keikhlasan kalian sentiasa diberkati.





08/05/2026

๐Ÿ”ฅ ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต : ๐‘บ๐‘จ๐‘ญ๐‘ฌ๐‘ป๐’€ ๐‘ญ๐‘ฐ๐‘น๐‘บ๐‘ป ๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillah, murid-murid dapat belajar banyak ilmu keselamatan dengan suasana yang seronok dan ceria ๐Ÿ˜†โœจ

Semoga ilmu yang dipelajari hari ini dapat memberi kesedaran kepada semua tentang pentingnya menjaga keselamatan diri dan tahu cara bertindak ketika kecemasan ๐Ÿ”ฅ๐Ÿงฏ

๐™…๐’‚๐™œ๐’‚ ๐’…๐™ž๐’“๐™ž, ๐’‹๐™–๐’๐™œ๐’‚๐™ฃ ๐™ข๐’‚๐™ž๐’ ๐’‚๐™ฅ๐’Š! ๐Ÿš’๐Ÿ”ฅ






Alhamdulillah, satu pencapaian yang sangat bermakna buat seluruh warga pendidik SFS ๐ŸคTahniah kepada SRI Fursan Soleh ata...
28/04/2026

Alhamdulillah, satu pencapaian yang sangat bermakna buat seluruh warga pendidik SFS ๐Ÿค

Tahniah kepada SRI Fursan Soleh atas kejayaan meraih Tempat Pertama Anugerah Sekolah Rendah Islam (SRI) Terbaik UPKK 2025 ( Kategori B )๐ŸŽ‰

Pengiktirafan ini adalah hasil usaha, komitmen dan doa yang tidak putus-putus daripada semua guru yang sentiasa memberi yang terbaik demi anak-anak pelajar.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak ๐ŸŒ™โœจ
Haaza min fadhli robbi








*SATU QURBAN, MANFAAT SERIBU UMMAT*Assalamualaikum IBU/BAPA/PENJAGA SRI Fursan Soleh,Allah SWT berfirman: "Daging dan da...
27/04/2026

*SATU QURBAN, MANFAAT SERIBU UMMAT*

Assalamualaikum IBU/BAPA/PENJAGA SRI Fursan Soleh,

Allah SWT berfirman: "Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai ialah ketakwaan kamu." [Surah Al-Hajj: 37]

Tahun ini, mari kita tunaikan korban bukan hanya untuk keluarga kita. Tapi untuk lebih 10,000 asnaf di Kelantan, Kedah & Pattani yang setahun sekali sahaja dapat rasa daging.

Inilah makna sebenar korban: **Ibadah untuk kita, rezeki untuk mereka.**

*PROMOSI TERAKHIR APRIL - TUTUP 17 MEI 2026*

๐Ÿ„ Lembu Kelantan: RM795 [Harga asal RM845] - Tinggal 2 ekor promosi
๐Ÿ„ Lembu Pattani 280kg++: RM695
๐Ÿ Kambing Pattani: RM950 - Pakej pilihan ramai

๐Ÿ’ณ Booking hanya RM200. Baki boleh bayar 3X ansuran.

Lepas *30 APRIL* harga kembali normal.

Jangan biar peluang pahala & keberkatan ini terlepas.

Nabi SAW bersabda: "Tiada amalan anak Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Raya Aidiladha selain menyembelih korban." [HR. Tirmizi]

Jom sama-sama kita berikhtiar.

Whatsapp untuk tempahan: 011-2073 3832 / 012-6549 344

Ikhtiar Ihsan Care - Amanah 25 Tahun

Address

3-1 , 5-1, 7-1, 9-1 Jalan Putra Permai 10/5 Putra Heights
Subang Jaya
47650

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:29 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60143443855

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Sri Fursan Soleh - Putra Height posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KAFA Sri Fursan Soleh - Putra Height:

Shortcuts

Share