05/10/2026
OUR HEROES! – BE WHO YOU WANT TO BE! 👩🍳👨⚕️👮♂️
Alhamdulillah, satu lagi aktiviti yang penuh warna-warni dan bermakna. Khalifah berpeluang untuk mengenali pelbagai jenis kerjaya sambil bergaya dengan pakaian mengikut cita-cita mereka.
Tengoklah betapa bersemangatnya Khalifah kita bawa peranan 'heroes' impian mereka! Dari doktor yang penyayang sehinggalah polis yang berani, semuanya nampak hebat dan berkaliber!
Yang paling menggembirakan, melihat wajah ceria khalifah apabila dapat “menjadi” insan yang mereka impikan! ✨
Di Tadika Dzul Iman, kami percaya pendidikan awal bukan sekadar tentang membaca, menulis dan mengira. Anak-anak juga perlu diberi ruang untuk meneroka, berimaginasi, membina keyakinan dan mengenali potensi diri. Sertai pengambilan baru 2027, terus hubungi kami!