28/07/2021
E02: Dana Kecemasan
๐๐ฝ๐ฎ ๐ถ๐๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฐ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป?
Dana kecemasan ialah rizab wang yang diperuntukkan ketika waktu yang diperlukan. Ianya bertindak menampung perbelanjaan terdesak yang boleh terjadi pada bila-bila masa.
Rujuk ใใ
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30992?language=my
Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengenai definisi bila waktu diperlukan. Contohnya bayar bil rawatan kecemasan dalam waktu yang tak dijangka, pembayaran ketika kereta breakdown atau penyelenggaraan, kehilangan pekerjaan dsb.
Oleh itu,dana kecemasan tidak sama dengan dana persaraan, dana pendidikan dsb. Ianya wang yang perlu digunakan pada waktu yang tak dirancang. Paling penting ianya membantu disaat anda memerlukan.
Ringkasan dari urutan maslow's hierarchy of need, asasnya ialah memenuhi keperluan utama dari segi fizikal dan biologi seperti makan, minum, tidur dll. Setelah mendominasi peringkat asas, keperluan keselamatan seperti keselamatan diri, kewangan kesihatan dll akan cuba dipenuhi ya'ni peringkat kestabilan hidup.
Ini menunjukkan bahawa dana kecemasan boleh dikategorikan kepada beberapa keadaan;
1) Keadaan dimana anda memerlukan wang dengan kadar segera (instant cash). Contohnya : Tayar motor bocor tepi jalan dsb.
2) Keadaan dimana anda tidak memerlukan wang dalam kadar segera. Contohnya : kos perubatan klinik dsb.
3) Membina dana kecemasan dalam jangka masa panjang. Contoh: kehilangan pekerjaan, modal kecemasan perniagaan dsb. Baca modal pusingan perniagaan https://t.me/NotaEmasMY/94
Mulakan membina dana kecemasan dengan simpanan wang kemudian jadikan emas sebagai jaring keselamatan (safety net) atau lapis ke-2 bagi dana kecemasan anda. Bina asas kepada dana kecemasan dalam bentuk wang. Terpulang kepada anda samada nak simpan dalam tabung kucinh, tabung ayam, tabung rimau atay tabung sotong (untuk keadaan 1).Selepas itu, barulah kembangkan dana kecemasan melalui asb dan emas.
Umum mengetahui bahawa emas dan wang adalah dua perkara berbeza. Realitinya sekarang, wang digunakan sebagai medium exchange untuk urusan jualbeli bukan emas. Manakala,emas adalah aset yang menyimpan nilai ekonomi walaupun sejarah mencatatkan emas pernah menjadi medium exchange yang utama untuk urusan jualbeli. Ianya S.E.J.A.R.A.H, bukan sistem kewangan yang sedang dipakai pada zaman sekarang.
Perbandingan dari segi kecairan/liquidity sepatutnya dibandingkan 'apple to apple'. Aset dibandingkan dengan aset. Pelaburan dibandingkan dengan pelaburan.
Pernah baca kisah brader yang beli barang keperluan dengan menggunakan syiling? Atau anda pernah merasakan sendiri, hujung bulan korek syiling?Haa, itu salah satu contoh kepentingan menyediakan dana kecemasan walaupun dengan duit syiling. Masa ada duit RM100, duit syiling pun jarang dipandangnya.
Jadi kesimpulannya, samada emas atau wang yang patut dijadikan dana kecemasan bukanlah isu utama, yang pentingnya anda dah mula ke belum?
**Perkongsian ini sekadar pandangan peribadi penulis mengenai relevan wang atau emas bagi dana kecemasan, ianya bukanlah nasihat kewangan.
Sambungan https://t.me/NotaEmasMY/177