UBK SK Putra Heights 2

UBK SK Putra Heights 2 Info-info terkini dari Unit Bimbingan & Kaunseling SK Putra Heights 2. Semoga bermanfaat. Jom tambah kenalan dalam page ini.

MAKLUMAN PROGRAM “WE LOVE, WE CARE, WE SHARE” SIRI 4 (2026)Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga yang dih...
05/01/2026

MAKLUMAN PROGRAM “WE LOVE, WE CARE, WE SHARE” SIRI 4 (2026)

Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa/penjaga yang dihormati.

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Putra Heights 2 ingin memaklumkan bahawa *Kaunter Pakaian serta Barangan Sekolah Terpakai* akan mula beroperasi sempena Program *“We Love, We Care, We Share” Siri 4* seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh mula: 5 Januari 2026 (Isnin)
🕙 Masa operasi: 10.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Tapak Khemah Kawasan Menunggu Murid

🔹 Antara barangan yang disediakan:

1. Pakaian sekolah terpakai
2. Kasut sekolah terpakai
3. Peralatan sekolah

📌 Pengambilan dibuka kepada:
Semua murid dan keluarga yang memerlukan.

🎯 Tujuan program:

* Membantu murid dan keluarga yang memerlukan
* Menggalakkan penggunaan semula pakaian dan peralatan sekolah yang masih elok
* Mengurangkan pembaziran serta memupuk nilai keprihatinan dan perkongsian

⏰ Tempoh pengambilan:
Setiap hari persekolahan (kecuali Sabtu & Ahad) sehingga sekolah dibuka / mengikut keperluan semasa.

Pihak sekolah dan PIBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga segala kebaikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Kerjasama dan sokongan ibu bapa amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Penyampaian hadiah sempena Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah & Anti buli 2025
16/12/2025

Penyampaian hadiah sempena Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah & Anti buli 2025

Sambutan hari kanak-kanak dan hari lahir (Mei-Dis 2025)10 Dis 2025Dewan Aula Perdana SKPH2 Tema: Faces of the world
16/12/2025

Sambutan hari kanak-kanak dan hari lahir (Mei-Dis 2025)
10 Dis 2025
Dewan Aula Perdana SKPH2
Tema: Faces of the world

Pertandingan MIPeRS Peringkat negeri Selangor 20252 Dis 2025Secara dalam talian
16/12/2025

Pertandingan MIPeRS Peringkat negeri Selangor 2025
2 Dis 2025
Secara dalam talian

Majlis Sanjungan Budi Pemimpin Muda SKPH2 29 Nov 2025Wyndham Garden i-City Shah Alam
16/12/2025

Majlis Sanjungan Budi Pemimpin Muda SKPH2
29 Nov 2025
Wyndham Garden i-City Shah Alam

OPR ceramah bahaya buli bersama Jabatan Penjara Malaysia 5 Nov 2025Dewan Aula Perdana SKPH2
16/12/2025

OPR ceramah bahaya buli bersama Jabatan Penjara Malaysia
5 Nov 2025
Dewan Aula Perdana SKPH2

Laporan Ujian saringan minda sihat Murid SKPH2
16/12/2025

Laporan Ujian saringan minda sihat Murid SKPH2

Tahniah & Terima Kasih! 🌟Tahniah dan terima kasih kepada anak-anak PRS Tahun 6 kerana berjaya melaksanakan Perhimpunan K...
16/12/2025

Tahniah & Terima Kasih! 🌟

Tahniah dan terima kasih kepada anak-anak PRS Tahun 6 kerana berjaya melaksanakan Perhimpunan Kaunseling pagi ini dengan penuh semangat dan tanggungjawab.

Semoga kalian terus menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain ♥️

📅 Tarikh: 3 November 2025
📍 Tempat: Dewan Aula Perdana
🎤 Dikendalikan sepenuhnya oleh PRS Tahun 6

Pencapaian Gemilang SK Putra Heights 2 di Peringkat Daerah Petaling Perdana! 📌 Pertandingan Madah Intelek PRS (MiPeRS) P...
16/12/2025

Pencapaian Gemilang SK Putra Heights 2 di Peringkat Daerah Petaling Perdana!

📌 Pertandingan Madah Intelek PRS (MiPeRS) Peringkat Daerah Petaling Perdana 2025

Kategori Tahun 6
🏆 Johan

Nur Qistina Batrisyia binti Mohd Hazizy (6C)

Kategori Tahun 4 & 5
🥉 Tempat Ke-3

Nur Adriana Tihani binti Sahru (4T)

📌 Pertandingan Mencipta Puisi dan Lagu PPDa

Kategori Sekolah Rendah
🥉 Tempat Ke-3

SK Putra Heights 2

Senarai Peserta:

Amirul Hadif bin Amir Hasbullah (6C)

Aleesya binti Abdul Ghani (6R)

Huda Sakinah binti Saifullizam (6N)

Nur Afina Zahra binti Muhamad Affan (6A)

Muhammad Syaeeq Harazz bin Muhammad Sany (5C)

Zarith Sofya binti Mohd Merican (4R)

Zara Sofya binti Mohd Merican (6N)

👏 Tahniah juga diucapkan kepada semua guru pembimbing dan warga SKPH2 atas bimbingan serta sokongan padu dalam usaha membentuk kemenjadian murid.

💫 SKPH2 Terus Unggul! 💫

🏆 Kejayaan SKPH2 di Peringkat Daerah Petaling Perdana 2025Dalam Pertandingan Akhir Pembentangan Amalan Terbaik, Inovasi ...
16/12/2025

🏆 Kejayaan SKPH2 di Peringkat Daerah Petaling Perdana 2025

Dalam Pertandingan Akhir Pembentangan Amalan Terbaik, Inovasi Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling dan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Sekolah Rendah yang berlangsung pada 3 September 2025 di Kolej Vokasional Shah Alam, pencapaian SKPH2 adalah seperti berikut:

Kategori Ikon Kerjaya: Tempat ke-3

Kategori Model Kerjaya: Tempat ke-2

Tahniah kepada semua warga SKPH2 atas usaha dan dedikasi membanggakan ini!

Tahniah kepada adik PRS Ainul Mardhiah binti Abdul Rasyid (6T) atas kejayaan meraih Tempat ke-3 Peringkat Kebangsaan dal...
16/12/2025

Tahniah kepada adik PRS Ainul Mardhiah binti Abdul Rasyid (6T) atas kejayaan meraih Tempat ke-3 Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Klik Gaya Daya Tindak Minda Sihat (Sek Rendah) di AIU, Kedah (22-25 Sept 2025). Terima kasih juga kepada Cikgu Anis Adilah & UBK SKPH2 atas usaha membanggakan ini!

Address

Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2, Persiaran Putra Bahagia, Bandar Putra Heights
Subang Jaya
47650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UBK SK Putra Heights 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to UBK SK Putra Heights 2:

Shortcuts

Share

Category