Assalamualaikum & Selamat Pagi semua...
Mari kita mulakan hari kita dengan Bismillah dan akhiri hari kita dengan Alhamdulillah.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Aamiin.
Penerbitan Kaseh Aries Shop
Kedai buku-buku Penerbitan Kaseh Aries untuk dijual!!
Hai & Happy Monday semua..
Dah sedia ke nak jumpa kami di Pesta Buku Mini di PKNS Bangi yang akan bermula pada hari Rabu, 4hb - 8hb September 2024. Ada 3 buku baru yang akan ada nanti.
Jumpa di sana ya.....
26/08/2024
Assalamualaikum & Selamat Pagi,
Semoga hari ini permulaan yang baik kepada kita semua. Kami doakan moga pembaca-pembaca semua diberkati dan dilindungi Allah selalu.
Sambil-sambil tu nak tanya, ada yang perasan tak di Shopee Kaseh ada MERDEKA SALE untuk novel serendah RM5 sahaja. Dah order ke belum? Kalau belum, tunggu apa lagi, click lah link yang ada kat bawah ini:
https://my.shp.ee/kSGykYo
03/10/2023
Assalammualaikum semua. Penerbitan Kaseh Aries akan terbitkan sebuah novel terbaru karya Saralee bulan Oktober ini!
TEASER MRS AAYAN HAYDAR:
Aayan mengangkat wajahnya memandang seorang perempuan bertudung sedang melangkah masuk ke dalam pejabatnya bersama senyuman manis yang terukir indah pada wajah jelitanya.
Wajah muram lelaki itu terus bertukar ceria, bibir melorekkan senyuman manis sehingga menampakkan kedua lesung pipit yang terdapat pada kedua belah pipinya. Gadis itu meletakkan beg kertas di atas meja Aayan sebelum melabuhkan punggung dihadapan lelaki tersebut.
“Client?” Aayan hanya mengangguk apabila gadis itu menyoal perlahan seperti berbisik. Gadis dihadapannya itu hanya tersenyum manis dan mengangguk perlahan menerima jawapan daripada Aayan. Beg kertas yang dibawanya tadi diambil sebelum bekas makanan dikeluarkan dan diletakkan di atas meja kaca.
“You? Dengar tak ni?” Aayan mengemam kuat bibirnya apabila suara gemersik Nadda yang berada di dalam talian menghentam gegendang telinga.
“Aku busy. Take care.” Gadis dihadapan Aayan hanya melihat telatah Aayan pada waktu itu, senyuman kelat disembunyikan dengan sebaik mungkin.
“You—"
TUT
Aayan meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja. Bekas makanan plastik yang dihulurkan oleh gadis yang berada dihadapannya itu diambil bersama senyuman manis yang tertampal elok pada wajah tampannya.
“Itu Nadda kan?” Terhenti gerakkan tangan Aayan yang hendak mengambil sudu di dalam beg kertas tersebut apabila disoal dengan soalan sedemikian. Anak mata gadis bertudung dihadapannya itu menikam tepat anak matanya.
“Sampai bila kita nak sorok benda ni, abang? Nadda berhak tahu. Sampai bila kita kena menipu dia?” Aayan menghela nafas perlahan. Tangan gadis itu yang berada di atas meja kaca di capai dan digenggam kemas.
“Sayang, belum sampai masanya lagi. Nanti bila dah sampai masa, abang bagitahu Nadda. Okay?” Belakang tapak tangan isterinya itu dikucup lembut menyebabkan gadis tersebut tersenyum manis melihat tindakkan suaminya itu.
Ya, suaminya. Aayan Haydar, suaminya yang sah. Milik mutlaknya.
04/11/2022
Assalamualaikum & Hi!
Contest time 📣 ‼️
Bermula hari ini 3 Nov 2022 - 17 Nov 2022 Penerbitan Kaseh mengadakan peraduan teka & menang. 1 pemenang bertuah akan memenangi 1 set kombo novel terbaru kami. Jom sertai ramai ramai! Mana tahu anda yang bertuah!
Syarat-syarat:
Anda perlu jawab soalan yang tertera di poster di atas dengan pantas & tepat!
Hanya perlu Like, follow & share post ini dan tag kami
P/s: 5 pemenang saguhati akan mendapat 1 buah buku keluaran terbaru kami secara rawak!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
1-11-01, Jalan Medan PB7, Bangi Sental, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
Stiawan
43650
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |