Tabika Perpaduan Taman Sri Jaya Cempaka

Tabika Perpaduan Taman Sri Jaya Cempaka Tabika Perpaduan Taman Sri Jaya Cempaka, Sri Aman

🧑🏻‍⚕️CERAMAH DAN PEMERIKSAAN GIGITarikh : 17-20 November 2025Masa : 9.00 PAGITempat :TP TAMAN SRI JAYA CEMPAKA 🪥Tujuan p...
17/12/2025

🧑🏻‍⚕️CERAMAH DAN PEMERIKSAAN GIGI

Tarikh : 17-20 November 2025
Masa : 9.00 PAGI
Tempat :TP TAMAN SRI JAYA CEMPAKA

🪥Tujuan pemeriksaan dan ceramah pergigian diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid- murid kepentingan penjagaan kebersihan mulut dan amalan memberus gigi dengan betul diperingkat awal usia.

🪥Pegawai pergigian telah memberikan rawatan asas seperti cara memberus gigi dengan betul dan penjagaan kebersihan mulut.

Terima kasih kepada pasukan pergigian serta ibu bapa yang turut serta dalam program ini.






PELAKSANAAN PROGRAM PINTAR KREATIF & MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA PERPADUAN BAHAGIAN SRI AMAN 202523 NOVEMBER 2025  (AHAD)D...
17/12/2025

PELAKSANAAN PROGRAM PINTAR KREATIF & MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA PERPADUAN BAHAGIAN SRI AMAN 2025

23 NOVEMBER 2025 (AHAD)
DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG MUHIBBAH

Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Bahagian Sri Aman 2025 telah dilaksanakan bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Muhibbah Sri Aman.

Program ini adalah melibatkan semua kelas Tabika Perpaduan Bahagian Sri Aman dan dirasmikan oleh Ybhg Tuan Haji Dirwana Bin Haji Azool, Pengarah JPNIN Negeri Sarawak.

Tahniah diucapkan kepada murid- murid guru-guru serta JPTP Bahagian sri aman.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mencipta kejayaan di masa hadapan.

Program ini juga merupakan satu usaha murni daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam pendekatan memupuk semangat perpaduan di kalangan kanak- kanak dan masyarakat.







LAWATAN TABIKA PERPADUAN KE BALAI BOMBA SRI AMAN 🚒📅 Rabu, 3 Disember 2025⏰ 8.00 pagi – 11.00 pagi📍 Balai Bomba dan Penye...
17/12/2025

LAWATAN TABIKA PERPADUAN KE BALAI BOMBA SRI AMAN 🚒

📅 Rabu, 3 Disember 2025
⏰ 8.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman

🚒Telah berlangsung lawatan sambil belajar murid-murid ke Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman sebagai salah satu aktiviti pembelajaran luar bilik darjah.

🚒Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang peranan dan tanggungjawab pasukan bomba dalam menjaga keselamatan awam serta menangani situasi kecemasan.

🚒Sepanjang lawatan, murid-murid berpeluang melihat dengan lebih dekat jentera bomba, peralatan pemadam kebakaran serta mendengar penerangan ringkas mengenai langkah-langkah keselamatan kebakaran dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

🚒Penerangan yang diberikan sangat jelas dan mudah difahami, menjadikan lawatan ini satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna buat murid-murid.

🚒Aktiviti ini bukan sahaja menambah pengetahuan, malah membantu meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, rakan-rakan dan persekitaran.

🚒Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman atas layanan mesra, kerjasama serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.




Jom Baca Bersama 10 Minit📅 1 Oktober 2025🕚 11.00 pagi📍 Tabika Perpaduan Taman Sri Jaya CempakaObjektif program:1. Memupu...
17/12/2025

Jom Baca Bersama 10 Minit

📅 1 Oktober 2025
🕚 11.00 pagi
📍 Tabika Perpaduan Taman Sri Jaya Cempaka

Objektif program:
1. Memupuk minat membaca sejak usia awal.
2. Membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian.
3. Menyokong aspirasi .
4. Mari kita semarakkan budaya membaca demi melahirkan masyarakat berilmu.



PROJEK KEBUNITI TABIKA PERPADUAN TAMAN SRI JAYA CEMPAKA, SRI AMAN.
17/03/2025

PROJEK KEBUNITI TABIKA PERPADUAN TAMAN SRI JAYA CEMPAKA, SRI AMAN.


Gotong-Royong Pertama Tabika Perpaduan Taman Sri Jaya Cempaka.
14/03/2025

Gotong-Royong Pertama Tabika Perpaduan Taman Sri Jaya Cempaka.

Address

No 36, Lorong 3J, Taman Sri Jaya
Sri Aman
95000

Opening Hours

Monday 07:30 - 15:00
Tuesday 07:30 - 15:00
Wednesday 07:30 - 15:00
Thursday 07:30 - 15:00
Friday 07:30 - 13:00

Telephone

+60178594958

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tabika Perpaduan Taman Sri Jaya Cempaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category