Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Melugu

Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Melugu

5 Mac 2026- Program merewang, mengagihkan Bubur Pedas dan Iftar Jama'ie SK Melugu 2026
05/03/2026

5 Mac 2026- Program merewang, mengagihkan Bubur Pedas dan Iftar Jama'ie SK Melugu 2026

📢 HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPKK 2025 📢Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.Dimaklumkan bahawa keputusan Ujian ...
01/03/2026

📢 HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPKK 2025 📢

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2025 telah dikeluarkan secara rasmi pada 25 Februari 2026 (Rabu) yang lalu.

مَبْرُوك أَلْفَ مَبْرُوك

Diucapkan kepada semua murid atas usaha dan pencapaian yang diperoleh. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada para guru serta ibu bapa atas sokongan dan bimbingan yang berterusan. Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.

SYABAS & TAHNIAH!

22/02/2026

📚 Sehari Satu Info, Kecil Ilmunya, Besar Manfaatnya

18/02/2026

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Marilah kita sama-sama mengisi bulan yang mulia ini dengan amalan yang baik dan penuh keikhlasan.

(Late post)Majlis Khatam Al-Quran Zon Undop anjuran bersama SK Melugu & SK St. Lawrence 2025Selasa | 25.11.2025 | 4 Jama...
02/12/2025

(Late post)

Majlis Khatam Al-Quran Zon Undop anjuran bersama SK Melugu & SK St. Lawrence 2025
Selasa | 25.11.2025 | 4 Jamadil awal 1447H

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana adik Syameer bin Abdullah (6 Yakin) telah berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran pada 24 November 2025 di bawah bimbingan Ustazah Dayangku Nurul Husna binti Awg Suhaimi.

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Melugu telah merancang satu majlis bagi meraikan adik Syameer dan murid tahun 6 dari Zon Undop & SK St. Lawrence yang telah berjaya khatam Al-Quran.

Syabas kepada semua anak-anak yang telah menamatkan bacaan Al-Quran. Usaha yang penuh dedikasi ini membuahkan hasil yang manis. Semoga Al-Quran terus menjadi panduan dan inspirasi dalam hidup kita.

(Late post)Ujian Penilaian Kelas KAFA 202517 - 20 November 2025Seramai 3 orang murid tahun 5 SK Melugu telah menduduki U...
02/12/2025

(Late post)

Ujian Penilaian Kelas KAFA 2025
17 - 20 November 2025

Seramai 3 orang murid tahun 5 SK Melugu telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA untuk tahun 2025.

Moga setiap usaha gigih dalam mempelajari ilmu agama diberi kemudahan dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPKK kali ini.

Terima kasih.

16/11/2025
Throwback7 & 13 Oktober 2025Solat Hajat untuk UP-DLPS6 dan Mendoakan Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF)
14/11/2025

Throwback

7 & 13 Oktober 2025

Solat Hajat untuk UP-DLPS6 dan Mendoakan Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF)

Selasa | 11.11.2025 | 20 Jamadilawal 1447HPenyerahan Bantuan Asnaf daripada Bank Rakyat Sri Aman kepada Murid Muslim SK ...
14/11/2025

Selasa | 11.11.2025 | 20 Jamadilawal 1447H

Penyerahan Bantuan Asnaf daripada Bank Rakyat Sri Aman kepada Murid Muslim SK Melugu 2025

🌷Terima kasih kepada pihak Bank Rakyat Sri Aman kerana telah mengagihkan bantuan asnaf kepada 16 orang murid Muslim SK Melugu.

🌷Terima kasih kepada YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) menyumbangkan juadah untuk murid Muslim SKM.

ThrowbackMajlis Perpisahan Ustazah Maisarah binti Tusiran29.09.2025 | Isnin🌷Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Maisar...
14/11/2025

Throwback

Majlis Perpisahan Ustazah Maisarah binti Tusiran
29.09.2025 | Isnin

🌷Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Maisarah kerana telah menabur bakti sebagai Guru Pendidikan Islam di SK Melugu dari Mac 2022. Jasa dan pengorbanan Ustazah akan kami kenang selalu.

🌷Moga Ustazah terus cemerlang di sekolah baharu dan bahagia di samping keluarga tersayang.

🌷Kalau ada rezeki kita bertemu semula pada masa akan datang in shaa Allah.

Address

SK Melugu
Sri Aman
95007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab SK Melugu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share