15/08/2026
EKSPO PENDIDIKAN YAYASAN SARAWAK FTES 2026 DAERAH SRI AMAN
15 OGOS 2026 (SABTU) | DEWAN SUARAH SRI AMAN
Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak FTES 2026 Daerah Sri Aman telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Ogos 2026 di Dewan Suarah Sri Aman, melibatkan peserta daripada Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 daripada lima buah sekolah menengah di daerah Sri Aman.
Program dimulakan dengan Program Nadi Negara: Perkongsian Inisiatif Kementerian dalam Konteks MADANI yang disampaikan oleh Tuan Haji Nadimin bin Abdul Aziz, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, diikuti Taklimat Penajaan Yayasan Sarawak serta Program Kesedaran Pendidikan Free Tertiary Education Sarawak (FTES).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mahra bin Salleh, Residen Bahagian Sri Aman.
Turut hadir:
β’ Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Muhiyuddin, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Sri Aman.
β’ Encik Watson Chunggat anak Leornard Doo, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, mewakili Pengarah Yayasan Sarawak.
β’ Encik Mohd Hamizan bin Yahya, Pegawai Tadbir, mewakili Pegawai Daerah Sri Aman.
β’ Puan Limok anak Shem, Pengetua SMK St Luke merangkap Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Bahagian Sri Aman.
Turut berlangsung penyampaian Sijil Hadiah Pelajar Cemerlang SPM dan STPM 2025 kepada 42 orang penerima sebagai penghargaan atas pencapaian akademik yang membanggakan.
Para tetamu kehormat dan jemputan turut berkesempatan melawat ruang pameran yang menampilkan pelbagai institusi pendidikan tinggi dan latihan bagi memberikan maklumat berkaitan program pengajian, syarat kemasukan serta peluang pendidikan dan kerjaya kepada para murid.
Penganjuran ekspo ini merupakan satu usaha penting dalam memperluas akses dan meningkatkan kesedaran murid terhadap peluang pendidikan tinggi, khususnya melalui inisiatif Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) dan pelbagai bentuk penajaan serta bantuan pendidikan Yayasan Sarawak.
Semoga program ini dapat membantu para murid membuat perancangan pendidikan yang lebih jelas dan terarah serta menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus mengejar kecemerlangan dan merealisasikan cita-cita.