17/04/2026
MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI 2026
Pada hari Khamis, 16 April 2026, Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan harmoni. Majlis ini diadakan bagi meraikan sambutan Aidilfitri serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru, murid-murid serta kakitangan sekolah.
Pelbagai juadah istimewa telah disediakan dan dinikmati bersama, di samping suasana yang dihiasi dengan senyuman, gelak tawa serta semangat perpaduan yang tinggi. Majlis ini turut menjadi platform untuk memupuk nilai kebersamaan, hormat-menghormati serta semangat kekeluargaan dalam komuniti sekolah.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga sambutan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi kenangan manis yang akan terus terpahat dalam ingatan semua warga Sekolah Kebangsaan Pulau Seduku.