Smk Sri Aman, Sarawak - Laman Rasmi

Smk Sri Aman, Sarawak - Laman Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Smk Sri Aman, Sarawak - Laman Rasmi, Middle School, Jalan Gamang, Sri Aman.

SMK Sri Aman:
Sekolah Asrama Harian, Kelas Tingkatan 6, Kelas Pendidikan Khas (PPKI), Kelas Aliran Agama (KAA), Kelas Dual Language Programme (DLP)

Menyampaikan berita terkini SMK Sri Aman

🎉 TAHNIAH PEMENANG PEMBACA BESTARI PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026! 🎉Tahniah dan syabas diucapkan kepada Awangku Saeed Muham...
17/08/2026

🎉 TAHNIAH PEMENANG PEMBACA BESTARI PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026! 🎉

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Awangku Saeed Muhamad Azim bin Awangku Nor Azwan, Naib Johan (Tempat Kedua), dari SMK Sri Aman, Sri Aman atas kejayaan dalam Pertandingan Pembaca Bestari Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026, Kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu. 🏆📚

Kejayaan ini membuktikan usaha, kesungguhan dan kecintaan terhadap budaya membaca mampu melahirkan generasi yang cemerlang.

Terima kasih juga kepada semua peserta dan guru pembimbing atas kerjasama, sokongan serta komitmen yang diberikan.

🌟 Syabas dan tahniah! Semoga terus melakar kejayaan serta menjadi inspirasi kepada warga sekolah dalam membudayakan amalan membaca. 📚✨

SMK Sri Aman — Terus Membaca, Terus Cemerlang! 💙🏆

📌PERTANDINGAN GIRLSCODE CHALLENGE SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH SRI AMAN 2026📅 Tarikh    : 5-6 OGOS 2026📍Tempat  : S...
11/08/2026

📌PERTANDINGAN GIRLSCODE CHALLENGE SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH SRI AMAN 2026

📅 Tarikh : 5-6 OGOS 2026
📍Tempat : SJKC Chung Hua Simanggang, Sri Aman

🧑‍🏫Guru Pembimbing:
1. Cikgu Madihah bt Mohamad Hashim

✔️Penyertaan : 4 kumpulan (16 orang)

Keputusan:
📌Team Codex - 1st Runner Up
📌Team Bytex - 2nd Runner Up
📌 Team Alphacode - 4th place
📌 Team Code Blossom - 5th place

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta. Semoga dengan penglibatkan kali ini menyemai minat pelajar dalam bidang coding khususnya dan bidang STEM amnya.

Tahniah team Girlscode Semeksa!



Kenyataan Media Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
10/08/2026

Kenyataan Media Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026Tahniah kepada team olahraga PPKI Sri Aman. Tahnia...
03/08/2026

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026

Tahniah kepada team olahraga PPKI Sri Aman.

Tahniah kepada adik Damien Engkaring yang berjaya mendapat :
1. Gangsa - Acara lompat jauh (BDL15)
2. Gangsa - Acara 1500m (BDL15)

Pertandingan E-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026Tarikh : 31 Mac – 16 April 2026 Anjuran : Sektor...
03/08/2026

Pertandingan E-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026

Tarikh : 31 Mac – 16 April 2026
Anjuran : Sektor Pendidikan Khas, JPNS bersama PPD Mukah dan Dalat

Nama Peserta :
1. Nur Adriana Asyikin binti Yuseri – Tempat ke 6 (Kategori Perempuan BP Sekolah Menengah)
2. Lorenzo Allvanzo anak Frankie – Tempat ke 8 (Kategori Lelali BP Sekolah Menengah)
3. Shafiq Kairul Nizam – Penyertaan
4. Rickie anak Corina – Penyertaan
5. Mohamad Zikqri – Penyertaan
6. Arthur Igatson anak Peter Salang – Penyertaan

Guru Pembimbing :
1. Sharifah Izzati Farzana binti Wan Azman
2. Lydia Najihah Tuk Abdullah
3. Siti Noraziah binti Azib
4. Sia Hui Shan
5. Nur Syakirah binti Abdul Rahman
6. Rata anak Lutau

🎬 TVPSS SMK Sri Aman kini di TikTok!Jom ikuti akaun rasmi TVPSS SMK Sri Aman untuk menyaksikan pelbagai kandungan menari...
01/08/2026

🎬 TVPSS SMK Sri Aman kini di TikTok!

Jom ikuti akaun rasmi TVPSS SMK Sri Aman untuk menyaksikan pelbagai kandungan menarik seperti aktiviti sekolah, liputan program, video kreatif, temu bual, dan pelbagai lagi.

📱 Saksikan video pertama kami dan jangan lupa:
✅ Follow
❤️ Like
💬 Tinggalkan komen
📤 Kongsikan kepada rakan-rakan

https://vt.tiktok.com/ZS4huTwtB/

Terima kasih atas sokongan anda dalam memartabatkan TVPSS SMK Sri Aman.

🚨Jemputan Pelajar "A" Achievers SPM 2025 ke Majlis Apresiasi "Fly Kenyalang Fly" Salam sejahtera, mohon bantuan guru kel...
31/07/2026

🚨Jemputan Pelajar "A" Achievers SPM 2025 ke Majlis Apresiasi "Fly Kenyalang Fly"

Salam sejahtera, mohon bantuan guru kelas tingkatan 5 tahun 2025 dan guru kelas tingkatan 6 bawah untuk memanjangkan info tersebut kepada pelajar lepasan SPM yang tersenarai.

Mohon pelajar lepasan SPM 2025 yang dijemput mengisi link berikut untuk maklum balas kehadiran sebelum 11 Ogos 2026 .
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecwl315mOnva4TlS9rxYaZriVkMF5YyuKUfeBIBkuoCd1HQg/viewform?usp=sharing&ouid=111847007619057344096

📍Tarikh Majlis: 17 Ogos 2026 (Isnin)
📍Masa: 1:00 PM (Pendaftaran)
📍Tempat: Hotel Sri Simanggang
📍Peringatan:
1. WAJIB membawa kad pengenalan
2. Boleh membawa SEORANG wakil (ibu, bapa atau penjaga) untuk menemai anda.
3. TIDAK BOLEH HANTAR WAKIL untuk menerima insentif.

Kerjasama semua guru amatlah dihargai. Terima kasih.

Guru Bertanggungjawab,
Cikgu Chan, Cikgu Dyg Juliana dan Cikgu Dayangku Rossllini

Tahniah kepada adik Nur Izzati Binti Balkis atas pencapaian ini👏👏👏
30/07/2026

Tahniah kepada adik Nur Izzati Binti Balkis atas pencapaian ini👏👏👏

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Nur Izzati bin Balkis SMK Sri Aman atas keberanian, kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang Penilaian Calon Pembaca Bestari Peringkat Negeri.

Setiap langkah yang diambil hari ini bukan sekadar sebuah pertandingan, tetapi merupakan bukti bahawa budaya membaca mampu melahirkan insan yang berilmu, berfikiran kritis dan berkeyakinan tinggi.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan membuahkan hasil yang terbaik. Apa jua keputusannya nanti, adik telah membuktikan bahawa semangat mencintai ilmu adalah kemenangan yang paling bermakna.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, dipermudahkan segala urusan, diberikan ilham ketika menyampaikan hujah, serta dikurniakan kejayaan yang terbaik.

Teruskan melangkah, teruskan membaca, dan teruskan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

Selamat maju jaya, Adik Nur Izzati ninti Balkis Kami semua mendoakan yang terbaik buatmu.** 🌹📚✨

📌BENGKEL STRATEGI MENJAWAB SOALAN KIMIA SPMPenceramah: Cikgu Victoria Liza Anak Petrus📅Tarikh: 25/7/2026 / Sabtu🕰️Masa: ...
29/07/2026

📌BENGKEL STRATEGI MENJAWAB SOALAN KIMIA SPM

Penceramah:
Cikgu Victoria Liza Anak Petrus

📅Tarikh: 25/7/2026 / Sabtu
🕰️Masa: 8.00 pagi - 1.30 petang
📍Tempat: Dewan Hollis

📚Objektif: Program PRO-PinTAS A SPM 2026: Bengkel Strategi Menjawab Soalan Kimia SPM dianjurkan bagi penguasaan ilmu, kemahiran menjawab soalan & keyakinan murid Tingkatan 4 & 5. Bengkel ini memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan secara sistematik dan berkesan bagi membantu murid meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan SPM.

✔️Kehadiran: Tingkatan 5 (16/19)
Tingkatan 4 (24/26)

☑️Harapan: Semoga pelajar dapat mengusai teknik menjawab yang betul dan meningkatkan kuantiti dan kualiti pelajar yang lulus dan cemerlang.

🏆 TAHNIAH KONTINJEN PUSAT TINGKATAN ENAM SMK SRI AMAN! 🏆Kejohanan Futsal Pusat Tingkatan Enam Peringkat Daerah Sri Aman ...
28/07/2026

🏆 TAHNIAH KONTINJEN PUSAT TINGKATAN ENAM SMK SRI AMAN! 🏆
Kejohanan Futsal Pusat Tingkatan Enam Peringkat Daerah Sri Aman 2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh kontinjen Pusat Tingkatan Enam (PTE) SMK Sri Aman atas pencapaian yang amat membanggakan dalam Kejohanan Futsal Pusat Tingkatan Enam Peringkat Daerah Sri Aman Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 28 Julai 2026 di Mini Stadium Sri Aman.
Hasil semangat juang, kerjasama berpasukan dan komitmen tinggi para pemain serta guru pengiring, PTE SMK Sri Aman berjaya meraih keputusan cemerlang:

🥇 Johan – Kategori Lelaki Semester 1
🥉 Tempat Ketiga – Kategori Lelaki Semester 3
🥇 Johan – Kategori Perempuan

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain, bimbingan guru-guru serta sokongan padu daripada pihak pentadbir dan seluruh warga sekolah.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengharumkan nama Pusat Tingkatan Enam SMK Sri Aman dalam bidang sukan dan kokurikulum pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat! 👏👏





🏆⚽

Address

Jalan Gamang
Sri Aman
95000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smk Sri Aman, Sarawak - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Smk Sri Aman, Sarawak - Laman Rasmi:

Shortcuts

Share

Category