10/08/2026
π KEM PEMANTAPAN AKIDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK π
Tahniah diucapkan kepada 2 orang pelajar SMK Simanggang yang telah mewakili sekolah dalam Kem Pemantapan Akidah Peringkat Negeri Sarawak yang telah berlangsung pada 7 hingga 8 Ogos 2026 bertempat di Kem Pusat Latihan Kenegaraan, Sampadi, Lundu.
Program anjuran Unit HEM ini bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan peserta melalui pelbagai aktiviti pengisian, perbincangan dan pembelajaran secara berkumpulan.
Kem ini turut memberikan pengalaman bermakna kepada para peserta serta menjadi nilai tambah dalam pembelajaran Pendidikan Islam, di samping membantu membentuk kefahaman dan penghayatan akidah yang lebih mendalam.
Pihak sekolah amat menghargai peluang dan pengalaman yang diberikan kepada para pelajar untuk menyertai program di peringkat negeri ini.
Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta dikongsikan bersama warga sekolah.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat! ππ